
Selain kuih tepung pelita, kuih tako juga tidak kurang hebatnya. Menu istimewa ini seringkali disajikan setiap kali datangnya bulan Ramadan. Bulan puasa ini, apa kata kita cuba hasilkan sendiri di rumah.
Menu ringkas dan penggunaan bahannya pun tidak banyak. Resipi perkongsian Pn Fatin Shafiqah ini anda wajib cuba!

Kebiasaan orang Johor yang makan kuih Tako ni, belah-belah Perak dorang punya Tepung Pelita. Dan Tako dengan Tepung Pelita lain bentuk dan rasanya. Ok saya baru tahu ada Kuih Limas.
Kuih Limas guna tepung gandum (daun pisang)
Kuih Tepung Pelita guna tepung beras (daun pisang)
Kuih Tako guna tepung jagung (daun pandan)
Resepi Kuih Tako
Bahagian bawah (Hijau)
8 cwn air
1 cwn tapung jagung (penuh)
1 cwn gula
1 biji sengkuang potong dadu (saiz serdahana)
Pewarna ijau

Satukan kesemua bahan kecuali sengkuang, kacau sehingga sebati kesemua bahan dan buka api sederhana, kacau-kacau sampai mendidih.
Lepas tu baru masukkan sengkuang dan tutup api. Letak sengkuang akhir sebab nak bagi dia rasa rangup kriuk kriuk. Tuangkan ke kelongsong pandan.
Bahagian Atas (Putih)
2 biji kelapa parut putih (dapatkan 9 cwn air santan)
1 cwn tepung jagung
1 cwn gula
Garam secukup rasa

Satukan kesemua bahan, kacau sehingga sebati kesemua bahan dengan api sederhana. Kacau lagi sampai mendidih.
Masa buat bahagian atas (putih) tu, lapisan yang bawah akan sejuk. Ngam-ngam siap yang putih terus je tuang atas nya. Siap!
Resepi turun dari mak, mak dah tak sihat kita la pengganti. Nanti boleh turun ke anak pulak.
Artikel menarik: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Ibu Boleh Buat!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


















Jika adunan terlalu pekat dan padat boleh masukkan sedikit air supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam plastik. Gaul rata.
Masukkan ke dalam plastik

Masukkan adunan dalam plastik aiskerim.Pastikan bahagian hujung lagi satu plastik telah digunting untuk mengelakkan tekanan dan memudahkan adunan dimasukkan. Bila siap ikat kedua hujung plastik aiskerim.
Paipkan adunan memanjang mengikut kesesuaian.Gulung kemas dan ikat bahagian hujung gulungan tadi.
Adunan yang telah siap dibungkus.
Sosej yang telah siap dikukus.Angkat dan sejukan.
Buka bungkusan tadi. Jika banyak bolehlah disimpan didalam bekas dan difrozenkan. Boleh masak bila2 suka.
Panaskan minyak dan boleh digoreng. Boleh dibakar guna pan atau oven.
Balik-balikkan. Goreng sampai kekuningan. Dah sia bolehlah diangkat.

