Sedap betul makan laksam dengan kuah putih yang pekat ditambah pula dengan sedikit cili boh. Memang bertambah-tambah! Tapi yang menjadikan makanan ini sedikit susah nak sediakan bila masuk part penyediaan laksam itu sendiri.
Tak kena cara memang berjam-jam di dapur. Bagi yang nak cuba resipi mudah buat laksam, boleh ikuti perkongsian ini.
LAKSAM
Bahan-Bahan;
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air ( 3 cawan air panas+ 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam
( Adunan ni dapat dalam 10 batang laksam)
Cara penyediaan:
Satukan kesemua bahan, kacau sehingga adunan tak berketul. Lepas kacau,Tapis adunan.
Panaskan pengukus. Letakkan tudung periuk didalam kukusan beserta dgn sedikit minyak masak (Tapi tia guna pinggan ikea shja sebab tak ada tudung periuk). Lepastu masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak. Adunan masak dalam 2-3 minit. Angkat dan biarkan seketika, baru gulung. Ulang langkah sehingga adunan habis. Siap
Ads
Untuk kuah putih:
-Ikan kembong 5/6 ekor ( ikan bersize sedang, jangan ikan yg kecil) ( Rebus ikan bersama asam keping dan garam, lepas tu ambil isi ikan dan blend bersama bawang putih, bwg merah dan lada hitam)
-Santan kotak brand M&S 400gram (2 kotak kecil-kotak warna kuning)
-Lada hitam 3 sudu stengah ( sukatn sudu kfc atau sudu kecil) – (Blend bersama ikan)
-Gula 2 sudu besar @ 1 sudu 1/2 sudu besar ( jangan penuh sangat)
-Bawang putih 3 ulas ( Blend bersama ikan)
Ads
-Bawang merah 4 biji ( Blend bersama ikan)
-Ajinomoto jika mahu
-Garam secukupnya
-Air secukupnya ( dalam 2 cawan )
*campur semua bahan dlm periuk, kacau sehingga mendidih. Siap
Tambahan bahan lain : ( Tak nak pun tak apa)
-Belacan
-Ciliboh
-Garam
P/s: Kalau nak makan jenis ada pedas-pedas sikit, Kalau tak nak makan laksam dengan ciliboh, boleh juga makan dengan sambal lada:
Resepi – Ambil cili padi merah 15 biji, 2 biji lada besar merah, sedikit garam & gula. Blend guna blender kering. Masukkan dalam mangkuk, letak sedikit cuka dan air panas. Gaul rata. Siap
P/s : Contoh pinggan ikea yang digunakan untuk mengukus ada di gambar yang terakhir, Jika tak ada tudung periuk, so boleh la guna pinggan ikea yea
Boleh juga makan bersama laksa
Selamat Mencuba
Kredit: Tia Rizz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali buatkan pula menu berasaskan kentang supaya anak masih dibekalkan dengan karbohidrat yang mengenyangkan.
Menu yang satu ini unik kerana bahan utamanya bukanlah tepung tetapi kentang yang diparut halus.
Resipi Hot Dog Tots yang dikongsikan oleh Zuraita Anua ini nampak cukup mudah hendak disediakan. Tak perlukan bahan yang banyak malah cara hendak membuatkan juga mudah dan tidak mengambil masa yang lama hendak di sediakan. Jom cuba menu kentang parut ini.
Bahan-bahan:
5 batang sosej – potong pendek
900gm kentang -buang kulit
1 sudu makan garam (elakkan untuk anak bawah 2 tahun)
Air secukupnya
1 cawan keju Parmesan
2 sudu makan tepung
1 sudu teh oregano
Minyak untuk menggoreng
Didihkan air dan rebus kentang sedikit lembut.
Apabila sejuk, parut kentang hingga halus.
Campurkan Parmesan, tepung dan oregano ke dalam ketang parut. Kacau sampai sebati.
Kepalkan adunan dan letakkan sosej. Balut kemas dan biarkan selama 30 minit.
Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan. Angkat.
Jangan membazir kalau ada lebihan roti yang hampir tamat tempoh tu. Kalau dah bosan makan begitu saja dicicah air kopi, bolehlah cuba resipi ini.
Puding roti dah biasa, tapi kali ini resipi bingka roti pandan. Bingka roti ini boleh dimakan begitu saja atau kalau nak lain sikit, bolehlah dinikmati dengan sos kastard seperti puding roti. Resipi ini dikongsikan oleh Farisha Sofea.
Kisarkan Bahan A dan tapiskan . Kemudian tuangkan semula ke dalam pengisar dan masukkan ke semua Bahan B. Kisar lagi sehingga sebati.
Sementara itu di dalam bekas lain , carik-carikkan Bahan C kepada kepingan kecil. Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke dalam Bahan C dan kacau menggunakan senduk sehingga sedikit hancur.
Panaskan oven bersama loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak. Keluarkan loyang dan tuangkan adunan sebanyak 3/4 penuh.
Ratakan permukaan adunan dan taburkan bijan. Bkar pada suhu 180°C selama 1 jam atau sehingga masak.
Kemudian bakar seketika menggunakan api atas sahaja untuk menggaringkan permukaan bingka.
Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Siap, selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menikmati roti john penuh melimpah dengan inti daging dan cheese yang banyak pastinya membuatkan kita sukar melupakan rasa enaknya. Begitu juga dengan anak-anak kita di rumah. Cukup sukakan roti john yang satu ini. Ada waktunya meminta ibu sediakan sendiri di rumah.
Jangan beli, kali ini kita cuba sendiri di rumah menggunakan resipi semudah ABC yang dikongsikan oleh Ameera Rashid. Paling menarik hanya gunakan roti keping sahaja tetap menjadi, sama seperti kedai. Jom cuba resipi mudah yang dikongsikannya.
Nampak mudah dan menyelerakan!
Roti john semudah abc. Anak-anak request roti john tapi roti untuk roti john tak ada stok. Kes malas nak ke kedai, guna je lah roti yang ada kat rumah.
BAHAN-BAHAN
Roti (roti panjang atau roti biasa pun boleh)
Marjerin (untuk disapu pada roti)
Telur (2 biji untuk 5 keping roti)
Daging hancur 1/2 keping
Sayur kubis dicincang
Serbuk blackpepper secukup rasa
Serbuk bawang putih
Roti keping yang dah disapu marjerin.
Telur 2 biji untuk 5 keping roti.
Ni bahan yang dicampur. Telur 2 biji, daging hancur 1/2 keping, kubis, blackpaper dan serbuk bawang putih.
Mixkan.. Hasilnya.
Ceduk sikit letak atas roti bahagian yang disapu marjerin. Bakar atas pan dengan sedikit minyak.
Letak sos yang korang suka, sos cili dan kewpie mayonis, blackpaper dan mushrooms.
Nilah hasilnya. Rupa tak adalah menawan tapi rasa sangat mewah sebab banyak daging.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.