Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
Ads
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.
– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
Ads
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.
– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Ads
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan.
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.
Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.
Menu murtabak sudah semestinya begitu disukai malah dicari-cari sepanjang bulan puasa ini. Tidak yakin untuk menyediakan sendiri murtabak di rumah, apa kata anda cuba mini murtabak ini dahulu buat keluarga.
Paling menarik, tak perlukan adunan kulit daripada tepung sebaliknya hanya gunakan kulit popia sahaja. Jom cuba resipi mini murtabak yang dikongsikan oleh Pn Dianadiandra Diana ini. Cukup mudah!
Ni bukan masakan tak jadi. Tapi saya nak share resepi “MINI MURTABAK” versi saya. Resepi ada di setiap gambar.
Bahan-bahan:- Kulit popia
3 biji ubi kentang (potong dadu)
2 biji bwg besar (saya guna bawang holland)
1 ulas bwg putih (di dadu)
3 sudu makan rmpah kari ikan
Daun sup atau daun bwg
Isi aym @ daging di cincang
Telur ayam (2 biji)
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan merah, masukkan rempah dan tuang sedikit air (jangan banyak).
Lepas rempah pecah minyak masukkan isi ayam dan kentang, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sebati dan masak sampai kering (dengan api sederhana).
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan pukul sebati. Kemudian masukkan bahan inti yang dimasak tadi ke dalam telur dan gaul sebati.
Ini rupa inti setelah digaul bersama telur tadi.
Letakkan di atas kulit popia. Lipat seperti bentuk murtabak.
Begini hasil setelah dilipat.
Goreng dalam periuk ajaib atau pan yang tak melekat dengan minyak yang sedikit. Jika mahu garing atau sebaliknya, terpulang pada anda. Balik-balikkan kedua-dua belah sehingga masak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mee Wantan merupakan antara mee yang sangat popular di Hong Kong, Indonesia serta Malaysia. Ia merupakan hidangan yang terdiri daripada sayuran, mee wantan dan sup panas.
Nak cuba buat sendiri Mee Wantan ini? Jom kita ikuti perkongsian dari Nor Asiah ini. Tengok gambarnya pun dah ramai yang terliur dan mula berkongsi resepi.
Lebihan sup nasi ayam. Pagi ni buat mee wantan sup.
Mee Wantan Sup
Resepi Sup
Bahan-bahan:
Kaki ayam/rangka ayam
3 potong daun saderi *
3 potong daun sup *
2 potong daun bawang *
Bawang putih | belah dua *
Bawang besar | belah empat *
Halia *
Cendawan Shitake kering/fresh | potong nipis
Garam
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos ikan
Cara Penyediaan:
Rebus kaki dan rangka ayam sehingga empuk.
Masukkan bahan bertanda *.
Selepas 20 minit, masukkan minyak bijan, sos ikan, sedikit secukup rasa.
Masukkan juga cendawan dan tunggu sehingga masak.
Siap dan hidangkan.
Jangan lupa sediakan juga sayur Pak Choy dan Garlic Chili Oil. Apabila dah siapkan semua. Bolehlah hidangkan macam biasa.
Resepi Cili Sichuan
Resepi Sayur Pak Choy
Resepi Dumpling
Bahan-bahan:
Isi ayam
Isi udang
Secukup rasa
Sedikit lada sulah
Minyak bijan/sedikit tepung jagung
Garam
Sedikit daun bawang/daun kucai
Cara penyediaan:
Masukkan semua bahan dalam FP hingga hancur dan pekat sebati.
Ambil kulit dumpling. Letak isi ayam tadi. Nak balut sapu dengan sedikit air kelilingnya. Balut ikut suka.
Kemudian boleh goreng atau celur sehingga masak. Terpulang.
BAHAN MEE KICAP:
1 paket mee wantan
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair/manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh lada sulah
CARA-CARA:
-Celur mee wantan dengan air panas dan toskan.
-Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
-Hidangkan mee tadi bersama wantan goreng,cili dan sup wantan.
Masak paprik memang sangat depan. Tak kiralah menggunakan ayam, daging ataupun makanan laut. Kuahnya yang pekat dan dicampur dengan pelbagai sayur membangkitkan lagi selera makan. Kalau nak cuba resipi masak paprik yang mudah boleh cuba resipi ini.
Makan dengan nasi panas-panas, tak perlu lauk lain. Sebabnya kalau campur-campur dengan lauk lain tak terasa nikmat paprik tu.
Bahan-bahannya:
– Ayam
– Carrot
– Kacang Panjang
– Bunga Kobis
– Serai (diketuk)
– Cili Padi
– Lada Merah
– Halia (hiris)
– Bawang Putih (diketuk)
– Bawang Merah (hiris kasar)
– Daun Limau Purut
– Sos Tiram
– Sos Cili
– Kiub Tom Yam
* semua bahan-bahan ni ikut citarasa masing-masing nak banyak mana. Perasakan ikut kesesuaian sendiri ye.
Cara-carannya:
1) Tumis bawang putih sampai naik bau.
2) Masukkan serai & halia.
3) Masukkan sos tiram & sos cili.
4) Masukkan ayam.
5) Masukkan bawang merah, semua sayur & kiub pati ayam.
6) Masukkan daun limau purut + gula (tak perlu garam sebab sos tiram & kiub tomyam dah masin)
Siappp!!! Tak sempat nak snap gambar step by step sebab rakyat jelata dah lapar.
p/s: cara masak setiap org berbeza ye. Ikut citarasa masing-masing nak letak apa, nk masukkan apa. Yg penting sebelum masak baca bismillah dan selawat.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.