Dah bosan makan nasi ketika berbuka. Apa kata kita sajikan mi kicap pulak untuk anak-anak. Mee Kicap Berlauk Sotong ini lain dari yang lain. Padu.

Nak buat macam mana? Air tangan superdaddy Khairul Abdullah tidak pernah mengecewakan. Jom cuba!

Resipi Mee Kicap Berlauk Sotong, Simple Tapi Sedapnya Lain Macam!


Nah aihhh, Mee Kicap Berlauk Sotong Sedap Yakmat. Mee kicap ni resepi ni sama lah dengan mee kicap yang famous kat Ipoh tu. Cuma aku boring makan ayam, aku tukar sotong.

Sedap sungguh baqhang. Rugi kalau hang tak cuba. Ni haa bahan-bahan nak kena ada. Tak banyak aihh:

Untuk buat sup:
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih dihiris nipis
2 batang daun sup, ambil bahagian batang bawah.
6 cawan air.
1 genggam kecil ikan bilis
1 ketul isi ayam
2 keping fishcake
10 biji fishball
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa

Untuk buat minyak bawang putih:
½ cawan minyak masak
5 ulas bawang putih didadu halus.
Untuk buat kuah mee kicap:
2 sudu besar minyak masak
1 inci halia
1 mangkuk air sup
½ cawan kicap pekat manis Mudim.
½ cawan kicap istimewa Mudim.
4-5 sudu kicap karamel, kalau takde tambah gula.
2 sudu besar kicap cair, kalau takde tambah garam
1 sudu sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
Boleh tambah garam dan gula secukup rasa

IKLAN

 

Bahan untuk di celur:
1 paket/ 500g mee kuning
2-3 pokok sayur pak choy
3-5 ekor sotong dipotong bulat
2-3 genggam taugeh jika suka
Untuk taburan hiasan:
Daun bawang
Cili merah
Bawang goreng
Haa, banyak jugak noh bahan dia. Tapi sungguh hampa takkan menyesal punya. Dia punya sedap tu berbaloi sungguh.

Resipi Mee Kicap Berlauk Sotong, Simple Tapi Sedapnya Lain Macam!

Ni cara nak buat dia:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan batang daun bawang sampai harum pastu masukkan ikan bilis kacau sekejap jer pastu masukkan 6 cawan air. Biar didih dan masukkan fishball, fishcake dan ayam dan biar masak. Masukkan garam dan lada sulah.

IKLAN

2. Panaskan minyak dan tumiskan halia. Halia tu kalau kau tumbuk atau sagat atau blend lagi umphhh. Dah harum kau masukkan semua bahan kuah mee kicap tadi, kacau sampai didih dan agak pekat dan tutup api. Siap dah kuah.

Resipi Mee Kicap Berlauk Sotong, Simple Tapi Sedapnya Lain Macam!

3. Panaskan kuali dan masukkan ½ cawan minyak masak dan terus masukkan bawang putih yang didadu tadi. Jangan tunggu minyak panas tau, masuk terus dan kacau selalu sampailah nampak garlic tu dah kekuningan terus tutup api dan angkat.

4. Pastu celurlah mee, taugeh, sotong, pok choy tadi dan asingkan.

IKLAN

Resipi Mee Kicap Berlauk Sotong, Simple Tapi Sedapnya Lain Macam!

Siap dah semua.

Nak hidang dia macamana? Mula mula kau cari bekas besar sikit, masukkan satu hidangan mee dan masukkan kuah kicap dan sotong dan kau gaullah sebati. Lepas tu masukkan ke dalam pinggan hidangan. Barulah kau hias dengan sayur pokchoy, taugeh, hirisan cili, renjisan minyak bawang putih dan hirisan daun bawang.

Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Resipi Mee Kicap Berlauk Sotong, Simple Tapi Sedapnya Lain Macam!

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI