Resipi Nasi Thailand Super Simple. Rasa Sedap Macam Yang Jual Di Pesta Makanan Tu!

Share

Kalau dahulu, pesta makanan selalu diadakan bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang sangat menghargai makanan serta berani mencuba pelbagai hidangan menarik. Namun, ujian COVID-19 yang melanda Malaysia menyebabkan setiap aktiviti seumpama itu dihentikan demi kesihatan kita.

Salah satu makanan yang terkenal di pesta makanan Thailand adalah nasi istimewa dari negara itu. Rasanya berlemak dan ayamnya pula lembut sekali. Bagi mengelakkan rasa ‘kempunan’, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Aisya ini. Sangat mudah!

Ikuti perkongsian resipinya ini:

Baru tau senang buat nasi ayam thai ni.. 30minit siap.. Kalau tau mcm ni senang.. Kluar2 dr perot mak terus buat.. Hahahahaha….
Moh sarapan….

NASI THAI

BAHAN UNTUK NASI & SUP:
2 whole leg
1 pokok daun ketumbar dgn akar sekali
1 btg serai
3 hiris halia
1 kiub ayam
Sedikit garam

Resipi Lain: [Apam Mekar Gebu Gebas, Blend Sebati & Kukus Sahaja, Mudahnya!]

*Rebus smpi ayam masak…. Sup utk masak nasi dgn utk makan dgn nasi bila dh siap..


*Ok sup dh siap.. Letak beras siap cuci.. Letak sup td.. Dengan daun2.. Serai semua… Ayam letak atas ye… Nsi sukat mcm biasa.. Haaa tekan la, on plug tuu. Nasi siap dah.


*Sup lebih td.. Nk mkn kosong boleh.. Nk buh fish cake ke.. Mushroom ke.. Sukati la..

Resipi Lain: [Resipi ‘Poket Doraemon’ Paling Mudah. Cicah Dengan Sambal Sardin, Terangkat!]

BAHAN SOS:
Seulas bwng putih
Cili api ikut pedas masing2
1 btg cili besar merah
Tangkai pokok ketumbar

*Blend semua bahan ni
*Dh siap blend.. Masuk dlm kuali.. Sbb takot perut tk tahan mkn yg mentah…
Kat sini tambah:
Sos tiram 1 sudu besar
Sos cili 2 sudu besar
Sos nampla

*Dh siap buh dlm mangkuk. Agak2 kepekatan dia tu..
*Racik bawng putih 2 ulas. Setangkai pokok ketumbar.. Masukkan dan kacau sebati. Siap.

Bagi peminat nasi ini, bolehlah mencubanya. Kalau dilihat pada bahan-bahan yang digunakan serta langkah membuatnya tidaklah sesukar mana. Selamat mencuba!

IKLAN