Salah satu menu yang menjadi kegemaran kebanyakan kanak-kanak adalah nasi ayam. Resipinya juga ada pelbagai versi. Rasa sedap, nak buat pun tidaklah sesusah mana. Melalui perkongsian di laman Facebook, Khairul Abdullah atau superdaddy berkongsi resipi nasi ayam yang selalu dia sediakan untuk anak-anak.
Jom, tengok caranya!
“Bila anak petik nak makan nasi ayam aku ada 2 option. Pertama samada aku order nasi dari Chicken Rice Shop atau kedua, aku buat sendiri nasi ayam bodo yang supersedap. Memandangkan semua bahan ada, terus aku bersilat.
Kejap jer siap sebab ini adalah spesis One Pot Nasi Ayam, yakni jenis masak sekali harung atau sekali jalan ni. Mana taknya, semua campak satu periuk sahaja. Terus siap nasi dan lauk. Mudah yakmat. Cara nak buat dia ni kalau nubis buat pun kompom sedap.”
Dua pilihan ayam, stail Hainan atau digoreng
Bahan-bahan yang kena ada untuk buat nasi dan lauk:
1 ekor ayam saiz kecil, dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.
2 pot beras, tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.
4 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis.
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul mati
2 pokok daun bawang.
50gm butter/marjerin.
1 sudu besar minyak bijan.
Cara nak masak dia:
1. Bahagian ayam macam tulang, kaki dan yang kau tak berapa gemar tu kau rebus, masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.
2. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.
Tumiskan segala bahan tumisan sehingga keperang-perangan
3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang kau dah potong lalu kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan dia ikut jenis beras yang kau guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.
Ads
Masukkan beras pilihanTambahkan air rebusan ayam
4. Jika nak masak dalam periuk elektrik maka bolehlah transfer sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas tu elok-elok. Tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.
Siap dah.
Nasi elok berderai, bau harum semerbak!
Ayam tu kalau jenis tak suka ayam putih moist gitu, keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai nampak garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Cara nak buat sambal:
Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap.
Ads
Cara nak buat kicap:
Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati.
Siapp.
Cedok nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar.
Bingka ubi kayu antara makanan tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang lembut di dalam dan rangup di luar ditambah dengan rasa ubi kayu yang kuat memang membangkitkan selera.
Jom ikuti resepi yang dikongsi!
RESEPI BINGKA UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
250g Gula
2 biji Telur
800g Ubi kayu yg telah di blend dan ditapis airnya
(air tapisan ubi tu nanti biarkan mendap..pastu buang airnya perlahan2..ambik tepung mendapan ubi tu..)
300 ml santan kotak + 100 ml air)
Sedikit pewarna kuning
1/4 cawan minyak masak
1/2 st garam halus
CARA MASAKAN:
1.Satukan semua dalam bekas dan tuang dalam acuan.
*saya sapukan loyang dgn sedikit shortening *
2.Bakar suhu 180 C selama 1jam 30min Atau mengikut kesesuaian oven sehingga masak.
saya bakar 2 jam..nak dapatkan garing2 tepi tu.
3.Sejukkan sebelum di potong.
*bingka ubi ni lembut dan moist sangat🥰
Selain perasa CBB, CFS, serbuk ikan bilis dan serbuk ayam homemade, Mirepoix juga tidak kurang hebatnya dalam memberi rasa kepada makanan bayi. Bukan hanya rasa bahkan mirepoix juga dikatakan baik untuk menaikkan selera anak kecil kita. Bagi anak yang tidak mahu makan, mama boleh cuba resipi ini.
Paling penting cara hendak menyediakannya juga teramat mudah. Hanya gunakan tiga bahan sahaja dalam cara pembuatannya. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea ni. Ringkas.
MIREPOIX ( BAHAN PERASA ) UNTUK BABY
Pernah dengar pasal mirepoix tak? Selain cbb dan cfs , mirepoix juga salah satu bahan perasa dalam masakan anak anak. Ramai yang mengatakan bahawa bahan bahan ini membantu untuk menaikkan selera makan anak anak.
Antara bahan yang digunakan untuk menyediakan mirepoix ialah bawang holland, celeri dan lobak merah. Bahan ini dipotong kasar dengan nisbah 2 : 1 : 1. Mudah je kan bahan bahannya.
Mirepoix ini sebenarnya sos asas dalam masakan dan sering digunakan dalam masakan seperti sup, stew dan marinate. Kalau anak anak macam dah tiada selera makan tu cubalah buat mirepoix ini. Siapa tau boleh tarik selera anak makan kan.
Bahan Bahan:
2 cawan bawang holland
1 cawan lobak merah
1 cawan seleri
2 sb minyak zaitun
Potong kasar ke semua bahan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan sehingga kekuningan menggunakan api kecil. Tidak perlu lama kerana hanya mahu mengeluarkan aroma sahaja. Sejukkan seketika.
Kemudian kisarkan bahan bahan tersebut. Tuangkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti bahagian sejuk beku.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bosan dengan kek coklat, apa kata kita cuba pula kek berasaskan gula perang ini. Kek Span Marble Pucci yang comel ini boleh mama cuba untuk variasikan rasa kek buat anak-anak. Paling menarik rasanya cukup enak dan gebu. Nak buat pun senang kerana menggunakan sukatan cawan.
Kek perkongsian Puan Farisha Sofea ini memang cantik, penggunaan warna yang lembut, sesuai untuk disajikan kepada anak-anak sepanjang PKP ini. Paling senang kerana menggunakan sukatan cawan sahaja. Jom cuba!
Bahan Bahan :
Bahan A :
4 biji telur gred B
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan susu penuh krim
1 sb ovallette
1 sk esen vanilla
Bahan B ( diayak ) :
3/4 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
1 sk serbuk penaik
Bahan C :
1/4 cawan minyak jagung
Bahan Lain :
Pewarna pilihan
Satukan ke semua Bahan A. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A dan pukul sehingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan Bahan C dan kaup balik sehingga sebati. Asingkan sedikit adunan untuk diletakkan pewarna.
Tuangkan adunan asal ke dalam loyang 7″ yang telah digris (saya masukkan serbuk koko dalam adunan).
Kemudian masukkan pula adunan berwarna secara bertompok tompok mengikut kreativiti masing masing dan lorekkan adunan tersebut.
Sementara itu panaskan oven, hentakkan sedikit loyang untuk membuang buih gelembung. Bakar pada suhu 170°C selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
Setelah masak , sisipkan keliling loyang dan terlangkupkan. Kemudian terlangkupkan semula dan biarkan sehingga sejuk sebelum dipotong .
Siap sedia dihidang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.