Resipi Pulut Udang Mewah Dengan Inti, Tambah Bahan ‘Rahsia’ Ni Gerenti Anak-anak Suka
Pulut udang antara menu yang sesuai dinikmati seisi keluarga. Biasanya bila kita makan pulut udang, tentu kita inginkan inti yang banyak. Kalau beli di luar, memang tak akan dapatlah pulut udang yang mewah dengan intinya.
Apa kata kita cuba masak sendiri. Berapa banyak inti kita nak letak, ikut suka hati kita. Tak perlu nak ‘sekat-sekat.’ Bila buat sendiri memang puas hati sebab boleh makan berulang-ulang.
Cuma untuk mama yang ada anak-anak yang masih kecil boleh cuba kurangkan sedikit pedasnya. Letak hanya sedikit cili kisar supaya anak-anak yang masih kecil pun boleh makan tanpa kepedasan.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini.
RESIPI PULUT UDANG
Ads
BAHAN INTI PULUT:
3 cawan kelapa parut putih (dalam 1 biji)
2 batang serai*
2 biji bawang merah*
2 sudu besar udang kering* (dalam segenggam)
1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit*
2-3 sudu besar cili kisar*
1 sudu besar jintan manis* | tumbuk halus
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Sedikit udang hidup | goreng dulu dan asingkan (bahan rahsia)
CARA MEMBUAT:
1. Kisar bahan-bahan bertanda.* Sementara itu, masak pulut macam nasi. Masuk santan, garam dan daun pandan.
Ads
2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan garam, gula. Kacau hingga agak kering.
4. Kelapa dikisar bagi halus.
Ads
5. Masukkan kelapa, udang hidup dan kacau hingga sebati. Lebih kurang selama 10 minit.
6. Ambil pulut, penyek bagi leper dan letak inti tadi. Saiz pulut ikut masing-masing nak besar mana.
7. Kemudian, bakar di atas dapur sehingga masak.
Resipi ini bukan sahaja sesuai untuk makan sendiri tapi boleh juga dijadikan jualan. Memang puas hati siapa sahaja yang memakan pulut udang yang mewah dengan intinya.
Sudah puas beraya dengan pelbagai menu rendang dan lemang, ramai yang sudah mula teringin menu ringkas serta kudapan ringkas seperti buah dan sebagainya.
Lebihan buah epal, apa kata ada sajikan epal jeruk masin dan apple turnover ini untuk keluarga. Pasti habis licin!
Rumah kami dan epal seperti ada hubungan yang berjongkang-jongket. Ada masa, habis sebelum sempat saya rasa sebiji pun.
Pada masa yang lain asyik tukar bekas dari bekas besar ke bekas kecil dan bekas lebih kecil apabila bilangan epal berkurangan.
Saya bawa ke rumah emak, emak suruh bawa balik. “Tak apalah, nanti kakak buat apple turnover,” kata saya.
Kupas kulit epal dan hiris ~⅛ inci tebal. Campur-campur hirisan epal merah dan hijau.
Tabur jeruk memasin. Buat dua lapisan. Sejukkan sebelum hidang.
Bahan-bahan untuk Apple Turnover:
Pastri lapis (puff pastry)
2 biji epal hijau Granny Smith
2 sudu makan gula putih
2 sudu makan gula perang
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 cubit serbuk biji pala (jika mahu)
1 sudu makan jus limau nipis/ jus lemon
Kupas epal dan dadukan sederhana kecil.
Masukkan gula, serbuk kayu manis, serbuk biji pala, tepung jagung dan jus limau nipis.
Gaul rata dan ketepikan.
Ambil sekeping pyff pastry dan canaikan supaya lebar sedikit. Letak inti pada separuh bahagian pastri. Tinggalkan ~½ inci untuk kelim.
Terbalikkan bahagian pastri yang tidak berinti supaya menangkup bahagian yang berinti membentuk segitiga. Kelim menggunakan garfu.
Sapu telur sebelum dibakar dalam oven 180°C/ 350°F selama 15-20 minit sehingga garing keemasan.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Siapa kata makanan berpantang membosankan dan tidak sedap seperti makanan yang kita ambil setiap hari? Menu berpantang sememangnya dihasilkan daripada menu-menu terpilih malah merupakan menu yang sihat dan segar buat ibu yang baru melahirkan anak.
Soal bosan, tidak pedas dan tidak berempah bukan alasan. Jika kita bijak mevariasikan gabungan dalam menu, makanan berpantang selama 44 hari ini menjadi menu yang bakal dirindui selepas habis tempoh berpantang. Tak gitu?
Selain perlukan makanan untuk membekalkan susu buat bayi, makanan juga menjadi penyumbang untuk ibu kembali menjadi sihat dan cergas selepas kehabisan tenaga yang banyak ketika bersalin. Jadi ibu perlu makan lebih dengan berselera. Namun awas jangan terlebih, berat badan anda bakal naik!
Bagi memastikan berat turun lebih pantas, elakkan sama sekali minyak dalam tumisan anda. Lebihkan menu rebus dan panggang serta menu ringkas. Resipi hebat buat anda seperti di bawah:
IKAN SELAR SINGGANG
Bahan-bahan:
2 ekor ikan kelar
2 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 batang serai -diketuk
½ inci lengkuas -diketuk
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Cara Memasak:
1. Didihkan air dalam periuk bersama serbuk kunyit, bahan hirisan, serai dan lengkuas.
2. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Biarkan masak dan angkat.
LOBAK PUTIH TUMIS KERING
Bahan-bahan:
1 biji lobak putih -dihiris nipis
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan lobak merah dan biarkan masak sekejap.
4. Perasakan dengan garam dan angkat.
ROTI PITA TUNA
Bahan-bahan:
4 keping roti pita
1 tin kecil ikan tuna
1 biji bawang merah -dicincang halus
2 helai daun salad
4 keping hirisan tomato
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit perahan limau nipis
Mayonise secukup rasa
Cara Memasak:
1. Roti pita dibakar di atas gril sehingga menjadi cukup panas. Kemudian angkat dan potong dua.
2. Isikan setiap poket dengan sehelai daun salad dan kepingan tomato.
3. Gaulkan isi tuna bersama bawang merah, serbuk lada hitam mayones dan perahan limau nipis sehingga sebati.
4. Isikan inti tuna ini secukupnya ke dalam roti pita. Sedia dihidang.
SUP IKAN HARUAN
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan -saiz kecil
2 biji bawang kecil -dihiris
2 ulas bawang merah -dihiris
½ inci halia -dihiris
1 batang serai
2 keping asam keping
1 biji cili merah
1 biji tomato
Garam dan air secukupnya
Cara Memasak:
1. Didihkan bahan hiris bersama serai yang diketuk.
2. Masukkan ikan dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan asam keping, tomato dan cili merah serta perasakan dengan garam.
4. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
SAWI TUMIS AIR
Bahan-bahan:
Sawi secukupnya
2 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 biji cili merah -dihiris
Minyak dan garam secukup rasa
Sedikit air
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili merah dan biarkan masak sekejap.
3. Masukkan sayur bersama air dan perasakan dengan garam secukupnya.
4. Biarkan masak sekejap dan angkat.
BUBUR NASI HALIA
Bahan-bahan:
½ cawan beras
Sedikit garam
½ inci halia -dihiris nipis dan digoreng
Air secukupnya
Cara Memasak:
1. Basuh beras bersih.
2. Biarkan dimasak lama hingga menjadi bubur.
3. Tambah air sedikit demi sedikit dan biarkan dimasak lagi hingga pekat.
4. Hidangkan bersama halia yang siap digoreng.
BOTOK ULAM IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan:
4 keping ikan tenggiri
8 helai daun betik
2 helai daun kunyit
4 helai daun cekur
1 sudu makan air asam jawa
Sedikit santan
Garam secukup rasa
Bahan B:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 ½ sudu teh rempah kari
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga garing.
2. Kemudian masukkan sedikit santan, air asam jawa dan garam secukupnya. Biarkan masak hingga sedikit pekat.
3. Angkat dan sejukkan.
4. Ambil daun pisang, susun daun-daun dan letakkan rempah yang siap dimasak dan letakkan ikan tenggiri.
5. Letakkan lagi daun dan kukus hingga masak.
IKAN SELAR BAKAR DAN AIR ASAM
Bahan-bahan:
1 ekor ikan selar
Serbuk kunyit dan garam
Bahan Air Asam:
2 biji cili padi
½ biji cili merah
1 biji bawang merah
Air asam secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit belacan
Cara Memasak:
1. Gaulkan ikan selar bersama garam dan serbuk kunyit kemudian bakar hingga masak.
2. Untuk penyediaan air asam pula, satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
3. Hidangkan bersama ikan bakar dan nasi panas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.