Sebut sahaja ayam panggang, anak-anaklah yang paling suka. Berebut-rebut anak makan dengan sos padu dan kuah pekat. Nak tambah lagi, buatkan salad ringkas untuk anak.
Nak jimatkan masa, ayam panggang dengan air fryer paling disarankan. Jom cuba resipi Superdaddy, Khairul Abdullah ini. Memang sedap.
Tadi aku buat ayam panggang guna air fryer. Pastu buat salad kentang untuk dimakan bersama. Kalau nama omputih dia lebih mengancam. Air Fried Roasted Chicken with Potato Salads, aah gittew.
Bahan-bahan dia cuma:
1 ekor ayam dibersihkan
1 senduk miyak zaitun
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu lada hitam
1 sudu dried basil/oregano pun boleh
1 sudu mixed dried herbs
1 tangkai rosemary
6 hirisan lemon
½ biji perahan lemon
3 sudu madu
1-2 sudu serbuk paprika
Garam secukup rasa
Ads
1. Lap ayam dengan paper towel sampai kering dan lumurkan dengan minyak zaitun.
2. Dalam bekas, satukan semua bahan, gaul sebati dan lumurkan pada ayam. Bahan-bahan macam garlic dan bawang serta lemon sumbat masuk dalam perut dia.
Ads
3. Perap dalam 30 minit dan masukkan dalam air fryer. Panggang pada kepanasan 200 degree selama 25 minit dan selepas tu balikkan dan panggan lagi selama 25 minit.
Lollipop yang dijual dikedai sememangnya selalu jadi pilihan anak-anak kita. Apa kata kali ini kita ubah kelainan dengan menjadikan lollipop ini dalam bentuk Meringue yang diperbuat dari telur.
Lebih selamat lagi, kita buat dan boleh kawal sendiri kandungan bahannya. Selamat anak makan. Jom cuba Lollipop Meringue yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah T-hah ini. Simple.
Watermelon Meringue Lollipops. Excited & ralik sangat buat di ni. Sedap, manis-manis rasa lemon + vanila & crunchy. Tak hanyir bau telur. Anak-anak pun suka makan. Siap buat bentuk diorang suka.
Meringue lollipop ni boleh buat macam-macam bentuk atas kreativiti kita sendiri. Boleh ganti perisa lain selain vanila.
Sesuai di jadikan goodies @ gift. Boleh buat deko atas kek jugak. Ia di bakar dalam tempoh yang lama dengan suhu rendah untuk dapatkan kerangupannya tu. Memang love sangat la kejadian dia.
Watermelon Meringue Lollipops
Bahan-bahan:
3 biji putih telur gred C (100gm)
3/4 cawan gula kastor (150gm)
1 sudu teh jus lemon
1 sudu teh esen vanila
Pewarna merah, kuning & hijau
Coklat chips
Satukan putih telur & gula. Kacau dulu hingga sebati. Kemudian, kacau di atas api dengan cara Double Boiler hingga gula cair. Angkat & tapiskan ke dalam mangkuk adunan.
Campur jus lemon. Pukul dengan high speed hingga kembang. Campur esen vanila & pukul lagi (high speed) hingga bertanduk (stiff peak). Bila di terbalikkan mangkuk, adunan tak jatuh.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian warna merah, satu bahagian warna kuning, satu bahagian warna hijau & satu bahagian lagi warna putih. Kemudian, masukkan semua adunan ke dalam piping bag berasingan.
Alas dulang pembakar dengan baking paper. Picit adunan putih secara menegak & letak batang lollipop. Selepas tu, picit adunan merah di bahagian atas sebagai isi tembikai.
Masa ni saya sudah panaskan oven pada suhu 90•c. Picit pula adunan putih & hijau secara memanjang di bawah adunan merah tadi sebagai kulit tembikai. Buat step yang sama dengan lollipop tembikai kuning.
Akhir sekali, hias dengan coklat chips sebagai biji tembikai. Bakar pada suhu 90°c selama 2 jam, api atas & bawah.
Meringue lollipop ni pembakarannya memang lama ye untuk dapatkan kerangupan & tekstur yang cantik lepas di bakar.
Biarkan sejuk sekejap baru tarik lollipop dari dulang. Tengok, warnanya masih sama. Tak perang depan & belakang sebab ianya di bakar dengan suhu yang perlahan.
Sedia di nikmati, crunchy sangat. Boleh simpan dalam balang kedap udara atau peti ais. Kalau nak jual balut dengan plastik yang khas untuk lollipop tu.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Sekiranya anda masih tercari-cari resipi mudah untuk dibuat sarapan pagi atau minum petang esok, salah satunya adalah puding roti. Resipi puding roti ni ada banyak versi. Ada yang dimakan dengan kuah kastard, ada yang dimakan begitu sahaja.
Roti yang digunakan pun ada banyak jenis. Roti putih, roti wholemeal, roti coklay kismis mahupun croissant. Untuk anda yang teringin untuk membuat puding roti, bolehlah cuba resipi menarik yang dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad ini.
Tidak dinafikan warna cukup memainkan peranan yang penting untuk menarik perhatian anak. Warna-warna seperti merah, ungu dan kuning seringkali menjadi perhatian kala hidangan diberikan kepada mereka. Mainan warna inilah yang seharusnya dicuba oleh ibu ketika menyediakan makanan untuk anak.
Pun begitu, jangan pula menggunakan perasa dan pewarna tiruan, sebaliknya pilih pewarna asli seperti yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini. Bubur Sumsum Versi Baby ini menggunakan gabungan buah naga dan buah mangga segar yang pastinya mampu menarik perhatian anak. Nak buatnya pun cukup mudah. Hanya empat bahan sahaja!
BUBUR SUMSUM VERSI BABY
Bahan Bahan :
3 sb tepung beras
1 cawan santan segar
Topping buah buahan pilihan
Satukan tepung beras dan juga santan di dalam periuk. Kacau sebati.
Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil sehingga adunan menjadi likat. Pastikan tepung telah benar benar masak. Tutupkan api.
Tuangkan adunan ke dalam bekas yang bersesuaian. Biarkan adunan sejuk seketika sebelum diletakkan topping buah buahan kegemaran.
Sejukkan di dalam peti sebelum dihidangkan.
Siap , selamat mencuba!
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.