Dalam bulan Ramadan ni memang seronok cuba resipi macam-macam. Sesekali buat wantan goreng pun sedap juga untuk hidangan buka puasa mahupun sahur. Kalau tak ada kulit wantan tak perlu risau boleh guna kulit popia juga sebagai ganti.
Seperti resipi yang dikongsikan oleh Ckin Izz Ilfy menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Menurutnya resepi yang senang dan sedap ini dipelajari daripada salah seorang pesakitnya yang merupakan seorang Cina Muslim.
Walaupun anak sudah mencecah usia 2 tahun dan sudah boleh makan makanan keluarga tapi pemakanan mereka tetap perlu dikawal.
Nak buatkan anak kek hari jadi mudah je asalkan ada kesungguhan untuk mengolah resepi yang sesuai untuk anak-anak yang masih kecil seperti perkongsian ibu ini. Bagi yang nak mencuba resepi mesra kanak-kanak ini boleh ikuti perkongsian di bawah.
Hari ini, sekali lagi tercapai juga hajat nak buat homemade birthday cake untuk Eshan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-2. Oleh sebab Eshan seorang yang choc cake lover, so mami alter resepi kek choc moist untuk dia dan alhamdulillah menjadi dengan gebu dan lembutnya. Tapi coklat bar dan gula-gula tu mami keluarkan siap-siap lepas siap bergambar sebab yang tu Eshan tak boleh makan lagi, strawberi dengan kepingan badam tu sokay laa kalau eshan makan. 😊
Di sini mami kongsikan resepinya:
CHOC MOIST CAKE
BAHAN A
🍰1 cawan susu full cream (mami guna fernleaf)
🍰1 cawan serbuk unsweetened choc (⚠️penggunaan serbuk koko untuk 1 tahun dan ke atas, mami guna brand van houten)
🍰1 cawan madu (⚠️penggunaan madu untuk 1 tahun dan ke atas)
🍰1 cawan minyak jagung @ masak
🍰3 biji telur
🍰Sedikit zest lemon (sebagai pengganti esen vanila utk elak bau hanyir telur, tak ada pun takpe)
**Blend/mixer kesemua bahan ni dalam masa 4 ke 5 minit. Make sure teksturnya betul-betul larut dan berbuih-buih ya.
BAHAN B
🍰1 1/4 cawan tepung gandum
🍰1 sudu teh bikabonat soda
🍰1 sudu teh baking powder
*ayakkan bahan-bahan ini.
Satukan BAHAN A dan juga BAHAN B. Ratakan menggunakan senduk kayu atau whisk sahaja. Apabila telah rata sebati, masukkan dalam loyang yang disapu dengan unsalted butter@minyak supaya tak melekat. Kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit. Jika guna oven panaskan oven dulu selama 10minit, dan bakar selama 50 min dengan suhu 160c.
UNTUK TOPPING
🍰⅓ cawan unsweetened choc (⚠️penggunaan serbuk koko untuk 1 tahun dan ke atas)
🍰⅓ cawan minyak @ unsalted butter yang dicairkan terlebih dahulu
🍰4 sudu besar madu (⚠️penggunaan madu untuk 1 tahun dan ke atas)
🍰Susu full cream (mami guna dalam +-3 sudu)
Masak secara double boiled. susu tu letak sedikit sahaja, setelah nampak ok, hentikan penggunaan susu.
Setelah kek dan topping sejuk barulah curah atas kek dan hias ikut kreativiti masing-masing. Siap.
✏️Penggunaan madu untuk 1 tahun dan ke atas
✏️Penggunaan serbuk koko juga utk 1 tahun dan ke atas dan perlu dihadkan kerana ia merupakan kafein dan boleh menyekat penyerapan zat.
✏️Penggunaan soda disarankan untuk umur 2 tahun. Bawah dari umur tu boleh guna tapi cari yang aluminium free.
Sesekali bertukar menu, anak-anak pasti keriangan. Menu bihun sup sentiasa jadi kegemaran anak-anak kita. Apa kata kali ini kita tambahkan sedikit bebola ayam bagi menambahkan lagi khasiat pada anak.
Resipi simple gabungan bihun sup dan bebola ayam ini memang sedap. Jom cuba resipi perkongsian Khairul Nisah. Memang sedap!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Harini Ajyad sarapan Bihun Sup dan lunch Soto Bebola Ayam.
BIHUN SUP.
Bahan 2 :
Bawang putih seulas*
Bawang merah sebiji*
Halia*
Bihun faiza direbus
Sawi dicelur
Daun sup
Telur
Carrot
Cfs
Sup bunjut
Serbuk ikan bilis homemade sesudu.
Tumbuk bahan bertanda(*). Tumis bahan yang ditumbuk tadi.
Dah garing-garing masukkan air secawan besar. Masukkan sup bunjut, carrot, cfs dan serbuk ikan bilis. Tunggu mendidih.
Bila sudah mendidih bolehlah letak telur. Pastikan telur masak sempurna. Dah masak boleh angkat.
Hidangkan bihun, tuang sup, hiaskan dengan sawi dan daun sup. Siap!
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk memastikan anak-anak mendapatkan nutrisi secukupnya untuk tumbesaran mereka, pemakanan yang sihat dan berkhasiat sangat penting. Salah satunya adalah daripada susu tepung rumusan yang juga dapat membantu proses tumbesaran anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita harus memberi nutrisi yang terbaik untuk anak-anak, tetapi ada masanya mereka lebih gemarkan makanan yang kurang nutrisi. Ibu bapa pun menjadi buntu, tidak tahu apa yang perlu dibuat. Jangan risau kerana jika anak-anak diberikan susu tepung rumusan, mereka tetap akan mendapat nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran mereka.
Di pasaran kini, terdapat banyak jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak. Untuk memastikan anak-anak mendapat khasiat nutrisi yang secukupnya, ibu bapa harus bijak memilih jenama produk yang mengandungi kandungan nutrien-nutrien yang tinggi. Ini adalah kerana setiap produk mempunyai kandungan nutrien yang berbeza dan anak-anak memerlukan nutrisi yang baik untuk menyokong perkembangan dan tumbesaran mereka.
Tahukah anda, kandungan nutrien yang terdapat dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak akan dipaparkan pada label produk tersebut. Jika anda membaca label tersebut, ia dapat membantu anda untuk mengetahui apakah nutrien yang terkandung dalam produk tersebut. Nutrien-nutrien yang membantu menyokong perkembangan otak dan pertumbuhan anak adalah seperti DHA, protein, kalsium, vitamin D, vitamin B12, zat besi dan banyak lagi.
Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang cara untuk membaca label produk, sila layari: https://youtu.be/O50Aaz6sh7A
Di samping mengetahui tentang kandungan nutrien yang terdapat di dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak, ia juga penting untuk mengetahui fungsi ataupun kebaikan nutrien-nutrien dalam perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh, DHA adalah satu komponen yang penting di dalam otak dan ia mampu menyokong perkembangan otak kanak-kanak, manakala protein beperanan bagi pertumbuhan serta memperbaiki tisu badan.
Di pasaran, terdapat beberapa jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dan antaranya adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady yang merupakan salah satu jenama yang sering dipilih oleh ibu bapa. Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady merupakan jenama yang dipercayai oleh ibu bapa, dan mengandungi 5X DHA*, protein serta 20 vitamin & mineral.
Di samping mengandungi nutrisi yang sesuai untuk kanak-kanak, Dutch Lady 5X DHA* juga mendorong kanak-kanak untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menyokong perkembangan otak. Kalau nak cuba main aktiviti-aktiviti ini dengan anak-anak, bolehlah layari: https://www.smartmoments.com.my/ms/nak-pintar/aktiviti-perkembangan-otak/
Seperti yang kita lihat, ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Dari segi nutrien yang dibekalkan serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak, ia secara langsung akan membawa kesan kepada perkembangan dan tumbesaran meraka.
Untuk terus menyokong perkembangan kanak-kanak di Malaysia, Dutch Lady telah pun mengambil inisiatif untuk memupuk tabiat membaca dengan penerbitan dua buah buku cerita audio interaktif eksklusif. Kedua-dua buah buku cerita audio interaktif ini didatangkan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti: pagar sesat, keratan 3D, pelekat, serta mewarna-warni.
Yang terbaik sekali, buku cerita audio interaktif Dutch Lady adalah PERCUMA** dengan sebarang pembelian 2x900g susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady. Kumika Kufaizul pun sudah dapatkan koleksi buku ceritanya dan tengah seronok bermain, tunggu apa lagi? Jom!
Dengan adanya sokongan daripada jenama seperti Dutch Lady, bolehlah ibu bapa bersama-sama memastikan perkembangan dan tumbesaran anak-anak terjamin! Dutch Lady dengan 5X DHA*, pilihan lebih bijak!
*5X DHA: Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu
(Tahun 2009).
^DHA Tertinggi: Tahap DHA untuk setiap hidangan bagi DL 123 Biasa dan Madu berbanding susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang lain (1-3 tahun) dalam lingkungan harga yang sama sebagaimana pada Julai 2018 (Mass category; GUM1+).
**Hanya terdapat di pasar raya yang terpilih. Tertakluk pada terma dan syarat. Sementara stok masih ada. Gambar adalah untuk tujuan illustrasi sahaja. Tebus di kaunter khidmat pelanggan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!