apuan seri kaya sememangnya tidak boleh ditandingi sejak dulu. Apa kata kita cari kelainan dengan krim sapuan roti dari labu pula. Bukan hanya sedap berlemak bahkan rendah karbohidrat dan paling sesuai untuk ibu yang berdiet.

Paling menarik, resipi seri kaya labu yang dihasilkan oleh Noorul Izzah Marzuki ini cukup berlemak dan manis buah labu yang cukup sempurna. Nak tahu macam mana rasanya? Jom cuba!

Resipi Seri Kaya Labu, Manis Berlemak & Rendah Karbo, Sedap Sungguh!


Disebabkan saya amalkan pemakanan rendah karbo, jadi saya olah supaya resepi sesuai dengan rendah karbo. Saya bukan penggemar labu, jadi saya cuba olah jadikan sebagai seri kaya.

Alhamdulillah gebu, wangi dan sedap, lebih kurang sama rasa seperti seri kaya ori biasa. Peminat labu pun pasti suka ni.

Resepi Seri Kaya Labu:
400-500g labu (1 biji saiz kecil)
200ml santan
100g gula*/lakanto/sweetener
4 helai daun pandan
1 sudu besar coconut oil
Secubit garam pink himalaya
*boleh guna gula biasa juga sekiranya tak amalkan low carb

Resipi Seri Kaya Labu, Manis Berlemak & Rendah Karbo, Sedap Sungguh!

1. Potongkan labu jadi potongan saiz kecil, buangkan kulit dan kukuskan selama 20 minit sehingga lembut dan empuk.

2. Blendkan labu yang telah dikukus bersama santan sehingga halus menggunakan blender.

Resipi Seri Kaya Labu, Manis Berlemak & Rendah Karbo, Sedap Sungguh!

3. Masukkan adunan labu, lakanto/sweetener, daun pandan dan coconut oil ke dalam periuk, guna api perlahan dan sentiasa kacau sehingga kaya jadi pekat. Masak lebih kurang 15-20 minit.

Sedia dimakan dengan roti. Boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Resipi Seri Kaya Labu, Manis Berlemak & Rendah Karbo, Sedap Sungguh!

Selamat mencuba!

Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!

Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.

Resipi Seri Kaya Labu, Manis Berlemak & Rendah Karbo, Sedap Sungguh!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI