Resipi Siakap Tom Yam, Padu Habis Macam Restoran Thai, Sedapnya!

Share

Melihatkan perkongsian gambar sudah cukup membuatkan kita merasa terliur untuk mencuba. Resipi Siakap Tom Yam yang dikongsikan oleh Noor Hafiza Mohamad ini memang power.

Siakap tomyam yang disediakan cukup ringkas malah katanya rasanya cukup padu, sama seperti restoran Thai. Paling menarik, cara membuatnya cukup mudah. Simple tapi padu.


Encik suami kata, “Malam ni awak cukup ikhlas masak sebab sedap sangat. Macam kat kedai lah.”

Sebenarnya dia rindu nak makan yang kita masak. Dah 3 hari dapur tak berasap. Kita pulak sibuk, penat nak masuk dapur. Dah masak kena kemas pulak. Sebab itu kena masak jarang-jarang, baru dia rindu air tangan kita. Kah kah.

Puas hati masak 1 menu malam ni tapi ada semua protein dan vitamin. Tambah pula cukup rasa masam manis dan pedas. Dah ada sambal mangga, tak jadi nak buat telur dadar. Banyak lauk nanti tak habis pulak. Kalau korang nak try tom yam ikan, baca caption pada gambar ye.

Bahan utama:
Serai 4 batang hiris, separuh sumbat dalam ikan
Lengkuas 1/2 inci -hiris
Bawang putih 4 ulas -hiris
1 akar ketumbar -ketuk
Masukkan air dan didihkan

Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau-kacau. Tutup periuk dalam 5 minit.

Gunakan pes jenama ni. Paduuu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pun ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai.

Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili).

Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.

Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayur.

Artikel berkaitan: Ikan Siakap Masak Kengsom, Kombinasi 3 Rasa Masam Manis & Pedas, Cukup Padu

Siakap Steam Chinese Style Air Tangan Superdaddy, Resipi Tak Sampai RM12, Memang Power!

Nak relaks dan cuci mata, jom ke SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

IKLAN