Resipi Simple Aiskrim Yogurt, Sedap Sangat, Sebiji Macam Aiskrim Mahal!

Share

Stok aiskrim untuk anak-anak di rumah sudah semestinya wajib ada. Kali ini, apa kata kita cuba aiskrim yogurt simple tapi mewah rasanya. Sebiji rasa macam aiskrim mahal.

Resipi gabungan susu pekat, whipping krim dan susu tepung dengan filling topping dan buah-buahan buat rasanya cukup hebat. Anak cukup suka malah tak sabar menanti aiskrim mengeras. Nak cuba? Jom cuba ikuti perkongsian resipi Pn Siti Aisyah ini. Hebat!


Aiskrim Yogurt

Bahan-bahan:
1 tin susu pekat
1 tin susu whipping cream
2 sudu ovelet
3 bekas yogurt natural
2 sudu susu tepung -saya guna dutchlady, kalau tak ada tak letak pun tak apa
1/2 kotak non dairy whipping cream
Filling fruit topping bluberi, stoberi, manggo, kiwi
Buah buahan segar

Ambil bekas bersih, guna bekas besaq nah takut tak muat. Masukkan ovelet, susu pekat, yogurt, susu tepung dan whipping cream.

Mix sampai adunan sebati dan tak berketul. Lepas tu baru masukkan non dairy whipping cream.

Putaq lagi sampai adunan naik tinggi 2 kali ganda. Macam gambaq tu haaa. Masa putaq ni hati-hati sebab dia merecik. Ok dah siap kita boh filling dia pulak.

Haa ni dia filling dia. Ceq tak leh nak tunjuk cara camna nak boh kat cawan tu sebab buat keja sorang-sorang tapi ni cara saya na. Nak cepat saya buat laguni laa. Kalau hampa nak buat camna pun tak pa ikut kreariviti sendiri.

Cara saya, pegang cawan dadih tu sengetkan sikit pastu pusing filling tu tepi cawan dari bawah sampai atas.

Lepas tu letak aiskrim yogurt dalam bekas, dalam suku cawan tu dan filling lagi atas dia. Lepas tu letak lagi aiskrim yogurt, jangan sampai penuh. Lepas tu letak lagi filling dan buah-buahan atas dia.

Tadaaa dah siap. Boleh tutup bekas dan boh dalam peti ais beku selama 4 jam. Dapat dalam anggaran 30 bekas.

Menarik: Resipi Puding Kastard Bergedik, Susu Lebih Lagi Sedap, Rasa Lagi Power

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN