Sotong celup tepung jika tersalah perapan memang susah salutan tepung nak melekat pada sotong. Kalau mama nak mudah, boleh ikuti resipi ini. Yang paling peting rangup di luar dan lembut di dalam.
Hari raya Aidiladha baru je berlalu, pasti ramai yang dapat daging korban kan. Jadi kalau mama-mama semua tak tahu nak masak apa dengan daging korban tu, apa kata buatkan untuk si manja menu begedil daging.
Tapi bagi anak mama-mama yang kurang gemarkan daging, mama masih boleh menggunakan ayam. Pilih Protein yang anda suka untuk ditambah dalam begedil ini. Ikuti perkongsian resipi dari Puan Farah Soraya;
Bahan-bahan Daging/Ayam (ikut pilihan masing2) Organic Pasta brand Neutral Potato Carrot
Oregano herbs
Cream cheese.
Cara-cara Rebus potato sampai lembut. Rebus pasta dan daging/ayam sampai masak. Mashedkan potato then masukkan creamcheese dan isi daging/ayam yang dah diracik. Last sekali masukkan oregano herbs. Lepastu bentukkan ikut citarasa masing masing.
Mommy simpan dalam fridge malam tadi then pagi tadi baru goreng. Sebelum goreng mommy salut dengan telur.
Stres bila masak nasi lemak tapi asyik tak jadi kan? Sekejap lembik, sekejap keras. Bila nasi dah ok, sambal pula kurang menjadi. Jom cuba resipi simple yang dikongsi wanita ini. Boleh dijadikan juadah pagi untuk anak-anak.
Beras basmathi di cuci & rendam dengan air garam 30 minit (kalau nak guna beras biasa pun sama je sukatan air + santan )
Resipi sambal wajib berkilattt pedas-pedas manis:
Cara penyediaan:
Tumiskan bahan blender sampai naik bau lepastu masukkan cili giling tumis sampai pecah minyak api kecik. Masukkan air asam/asam keping 1 & garam secubit, gula melaka & boleh tambah air sikit sampai berkilat.
Sis kalau beli nasi lemak mesti rasa sambalnya dulu. Kadang-kadang ada sambalnya tak masak sakit perut tau so kalau nak berniaga nasi lemak, sambal kene pandai masak ye. Jangan kurang masak
(Resepi ni sis halalkan pada yang ingin resepi nasi lemak 🍚👩🍳)
Kredit : Emy’s Bootiqs
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Sambal Terung Bilis, Menu Ni Kalau Buat Memang Tak Cukup Nasi Sepinggan Dibuatnya!
Menjamah terung sambal bilis memang kena dengan tekak Melayu, meskipun menu ini nampak simple sedar-sedar sudah 2 kali menambah nasi dibuatnya.
Jika anda tidak percaya, apa kata anda sediakan menu ini untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Nak lagi mudah, jadikan sahaja resipi yang dikongsikan Nasriah Ramli ini sebagai rujukan.
SAMBAL TERUNG + BILIS
BAHAN-BAHAN:
6 biji terung-dibelah dua dan dipotong
Ikan bilis
1 labu bawang putih
5 biji bawang merah
5 biji cili hidup
9-10 biji cili padi
2 biji tomato
Cara memasak:
1.Blend atau tumbuk, cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih. Ketepikan.
3.Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
5.Masukkan garam secukup rasa dan sikit gula.
6.Masukkan hirisan dadu bawang besar dan tomato.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.