Siapa yang tidak kenal dengan pempengaruh parenting, Khairul Abdullah. Dia juga dikenali juga sebagai Super Daddy yang bukan sahaja hebat dalam penulisan, tetapi juga seorang ayah tunggal yang tabah membesarkan tiga anak istimewa.
Sejak tujuh tahun lalu, Khairul, 48, menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa setelah kehilangan isterinya, Marleena Abdul Manaff, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah.
Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, kasih sayangnya terhadap tiga anak lelaki yang unik ini tidak pernah berbelah bahagi.
Selain berkongsi kisah membesarkan anak-anak istimewanya yang sering mengundang rasa kagum, kemahirannya dalam memasak turut mendapat perhatian ramai. Malah, perkongsian resipinya sering mendapat ribuan tontonan dan perkongsian di media sosial.
Sempena Ramadan kali ini, Khairul Abdullah berkongsi resipi Sup Ketam, menu istimewa yang dimasaknya atas permintaan anak sulungnya.
Jom lihat resipi yang dikongsikan olehnya!
Resipi: Sup Ketam
Ads
Anak sulung aku request sup ketam ni.Memandangkan dia puasa penuh maka aku buatkan. Mudah dan sedap giler. Korang yang belum pernah buat wajib cuba ni.
Bahan-bahan:
2 biji telur, pecah dalam bekas dan kacau 3 filamen ketam dihiris memanjang 2 ulas bawang putih dicincang 1 inci halia dicincang 2 sudu tepung jagung, bancuh dengan air sikit 1 kiub pati ayam 1 sudu kicap pekat manis 1 sudu cuka makan 1.2 liter air Garam secukup rasa
Cara:
1. Didihkan air bersama kiub pati ayam, bawang putih dan halia. Bila dah mendidih terus masukkan isi ketam tadi dan kacau sampai masak. 2. Pastu masukkan bancuhan tepung jagung sambil kacau sup tadi, jangan biar tanpa kacau takut berketulj. Kacau sampai kuah pekat. 3. Next, masukkan telur. Sama langkah macam tepung jagung tadi, kena terus kacau sebab taknak telur berketul. Pastu masukkan garam, kicap dan cuka. Kacau sekejap dan tutup api. Siap dahhhh. Hidangkan dengan hirisan daun bawang dan juga minyak bijan. Kalau suka pedas tambahlah cili potong. Minyak bijan halal: https://s.shopee.com.my/5AZPHPBihZ Yang belum pernah cuba tu silalah cuba okeh. Selamat berbuka puasa semuanya.
Ads
RESIPI : CUCUR JAGUNG
Ads
Selain itu, dalam hantaran berbeza, beliau turut berkongsi resipi kedua beserta cara penyediaannya. Menariknya, bahan-bahan yang digunakan sangat mudah didapati, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk dicuba. Apa kata cuba masak untuk hidangan berbuka puasa anak-anak? Pasti mereka suka!
Anak kedua aku suka sangat cucur jagung letak macam-macam sayur. Cuma dia pesan jangan letak udang jer.
Maka aku buat cucur jagung letak ayam dan sayuran. Omputih panggil “Corn Fritters with Chicken And Vege” gittew.
Cucur ni kalau nak dia rangup di luar, lembut di dalam dan bila sejuk pun masih rangup, bancuh tepung tu guna air panas.
Bahan-bahan yang ada:
1 tongkol jagung, buang empulur
1 cawan ayam kisar
1 biji kentang dipotong dadu kecil
½ biji bawang besar dihiris
1 genggam kucai dipotong
Kalau ada kobis, potong kecil
Kalau ada carrot, hiris atau dadu
1 cawan tepung
1 cawan air panas yang panassss
Garam dan perasa secukup rasa.
Cara nak buat dia:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan tuang air panas dan kacau sebati.
2. Panaskan minyak dengan api sederhana lepas tu jemput adunan tadi ke dalam kuali dan goreng sehingga keperangan.
Siapppp.
Tidak dinafikan sesetengah anak kurang suka makan ikan. Bukan sahaja ikan, malah ada sesetengah anak kita kurang gemar makan ayam dan daging. Hakikatnya baik ikan, ayam dan daging merupakan sumber protein yang sangat diperlukan oleh anak setiap hari. Takkan nak makan telur saja setiap hari kan? Mama boleh gantikan khasiat ikan ini dengan kepingan isi yang dikeringkan menjadi homemade ‘floss’ seperti yang dikongsikan oleh ibu ini.
Salmon Floss yang dihasilkan oleh Puan Ummul Syabinar ini memang unik. Isi salmon segar yang ditukar menjadi kepingan isi dan kemudiannya dijadikan floss halus. Bolehlah anak makan bersama bubur dan paling penting dapat sembunyikan ikan kepada anak.
Jom cuba.
Ikan haruslah dibasuh bersih.
Kemudian stimkan hingga ikan masak.
Carik-carik isi ikan dan buang tulangnya.
Sangai sekejap di atas api.
Dan akhir sekali diblend kasar. Done!
Bolehlah makan dengan bubur nasi atau letakkan juga dalam roti. Apa yang penting anak masih dapat khasiat yang sama yang terkandung dalam salmon. Memang kreatif!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dah dekat nak raya, tentulah terasa nak makan dodol. Bukan mudaj nak cari dodol fresh. Masalah itu dapat diselesaikan dengan adanya gadget bread maker ni. Ikuti resipi perkongsian daripada Noor Atika Mahamood.
Jom belajar buat dodol guna bread maker. Senang je awak. Lebur je dalam bread maker. Tau-tau dah siap dodol kite. Jomlah check bahan-bahan dan tutorial dibawah.
**saya repeat 2 kali menu “jam” lepastu sy tekan menu “bake” sy set masa 30minit. Sambil bake tu boleh kacau-kacau selang 5 minit.
** sy guna spatula nipis yang tak melekat tu.
Senang je. Rasanya sama macam dodol yg kita beli tu. Cuma takde la aroma smoke-smoke aroma asap-asap dari kayu api macam ayah-ayah kita buat kat kampung tu..
**Semoga bermanfaat kepada semua. Selamat mencuba!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Bila anak dah boleh makan memang mak-mak makin excited nak bagi anak makan macam-macam. Tapi kalau boleh tentulah nak bagi makanan homemade yang lebih sihat dan diyakini bahannya kan?
Apa kata cuba resepi biskut baby 3 bahan paling mudah ni yang dikongsikan oleh ibu ini.
BISKUT BAYI CAIR DIMULUT
Harini tengku nak share 1 resepi homemade teething biscuit for baby. Resepi simple dan tahan lama.
Resepi ni dah lama tengku simpan. Dah tak ingat siapa ownernya. Semoga pahala mengalir kepada tuan asal.
BISKUT BAYI CAIR DIMULUT
Bahan-bahan:
Unsalted butter setengah cup
Tepung jagung 1 cup
Tepung atta setengah cup
Sedikit susu formula atau bijirin bayi.
Fresh milk @ ebm
Cara-cara:
1.Pukul butter hingga kembang (hingga lembut )
2. Masukkan susu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan bijirin bayi. (guna oat pun boleh)
3. Uli tepung. Agak2 adunan dah ok. Macam kita buat biskut raya tu. Rehatkan dalam peti sejuk 30 minit
4. Bentukkan dan bakar 10-15 minit
Biskut ni sedap cuma tak manis. Kalau mommy nak kasi manis boleh tambah puree kurma atau puree labu dalam adunan..so ada rasa sweet-sweet sikit.
Untuk baby yang tak pandai control cara makan lagi boleh basahkan biskut ni dengan air panas. Hancurkan dan boleh suap baby macam biasa.
Yang penting selamat dan bebas dari bahan yang tak sepatutnya. Boleh buat banyak-banyak dah.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.