Resipi Sup Tulang Sedap Ala Restoran Thai, Begini Cara Nak Buat
Sup tulang antara menu yang kerap dinikmati ketika makan di restoran Thai. Memang enak menghirup sup yang panas-panas. Anak-anak pun mesti suka makan kerana sup selalunya menjadi menu kegemaran anak-anak.
Bayangkan anda sedang menikmati sup tulang bersama nasi dan sambal kicap, fikir sahaja sudah terliur, bukan? Jika anda teringin hendak makan sup tulang lembu, boleh cuba resepi seperti yang dikongsikan oleh Fazniza Razali.
Cara penyediaan ialah memasak secara manual bukan menggunakan ‘pressure cooker.’ Selamat mencuba!
RESIPI SUP TULANG LEMBU
BAHAN-BAHAN 1:
3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
Halia dalam 2 ketul
1 sudu ketumbar
**bahan ini dikisar sampai halus
BAHAN 2:
3 batang saderi
1 batang lobak merah
**ini pun dikisar sampai hancur
BAHAN 3:
Ads
3 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 senduk serbuk sup
2 kg tulang
5 biji kentang (dibelah 2)
3 batang saderi (dihiris)
3 biji bawang besar (dibelah 4)
Air
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
Ads
2. Masukkan air, kemudian tulang. Didihkan hingga isi-isi pada tulang-tulang empuk. Jika tidak empuk lagi, tambah air sehinggalah semua isi pada tulang empuk.
Ads
3. Kalau ada ‘pressure cooker’ boleh cepat masak. Resipi yang dikongsikan ini menggunakan cara manual jadi mengambil masa sehingga hampir 1 1/2 jam untuk isi-isi daging empuk.
4. Apabila isi daging telah empuk, masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang sudah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perasa.
5. Masak sehingga ubi kentang empuk lebih kurang 10 minit.
6. Apabila sudah masak, bolehlah angkat. Taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup. Hidangkan.
Kemelut rumah tangga pelakon popular, Puteri Sarah Liyana dengan suami, pengarah popular, Syamsul Yusuf bakal terlerai pada hari ini setelah hampir 5 tahun bertahan dalam kemelut rumah tangga.
Namun, ibunda syamsul yusof iaitu Datin Patimah meluahkan rasa sedih di atas keputusan tersebut memandangkan cucu-cucunya masih lagi kecil dan tidak memahami apa yang berlaku.
Datin Patimah menjelaskan bahawa, cucu lelakinya, Syaikul Islam sudah terbiasa dengan keadaan ini dan tanpa ayah di sisi namun tidak bagi Sumayyah yang masih kecil dan belum faham kenapa ayahnya tidak lagi tinggal bersama si ibu.
“Sumayyah masih tidak memahami kenapa ayah tidak tinggal bersama mamanya, Syaikul sudah terbiasa hidup bersama mama tanpa ayah”
Keputusan tersebut diambil setelah pengarah popular dengan filem ‘Kebangkitan Mat Kilau’ ini mendirikan rumah tangga kedua bersama anak pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kazar.
Walau apapun keputusanya, Dato Yusof dan Datin Patimah menegaskan bahawa Puteri Sarah Liyana tetap akan menjadi menantu kesayangan mereka sampai bila-bila.
Sarapan pagi yang pantas bukan hanya dengan sapuan roti dengan planta dan sekaya sahaja, rupanya dengan menghasilkan sapuan Krim Marjerin sendiri buat anak makin selera untuk makan.
Resipi Krim Marjerin beraneka warna, lembut dan sedap yang dikongsikan oleh Masni Bahari ini memang enak. Nak buatnya pun cukup mudah malah ringkas. Jom cuba!
Jom kita buat krim majerin untuk anak-anak kita. Tak la jemu anak-anak asyik dok calit dengan planta sekaya ja. Yang akak tahu resepi krim ni hanya perlu majerin dan gula ja. Tapi akak nak dia lebih rasa sedap dan lemak sikit jadi akak pun derhakalah pada resepi asal. Jom intai apa yang akak derhaka tu.
Campur semua bahan kecuali perisa. Mix sampai kembang dan jadi putih gebu.
Bila dah kembang dah boleh boh perisa. Ok siap.
Dah boleh sapu pada roti, marjerin ni boleh ja simpan dalam peti ais, akak nak bagitau ya, kalau nak buat krim ni jangan sesekali guna butter ya sebab butter cepat cair.
Koko perisa coklat. Hijau perisa pandan. Putih perisa vanila. Kuning perisa jagung. Pink perisa strawberry. Kalau nak sapu dekat kek pun boleh na..sedap tau!
Pernah tak anda ditegur kerana saiz badan anak kecil berbanding kanak-kanak seusianya? Jika ya, adakah ini bermakna anak mengalami tumbesaran terbantut? Ini penjelasannya.
Tumbesaran kanak-kanak terbantut
Tumbesaran terbantut (faltering growth – sebelum ini disebut failure to thrive) merujuk kepada kadar pertambahan berat badan yang lebih perlahan pada zaman kanak-kanak daripada jangkaan mengikut usia dan jantina.
Bayi atau anak yang gagal berkembang dengan baik ketara kelihatan lebih kecil atau lebih pendek daripada kanak-kanak seusia mereka.Bagi remaja pula, mereka tampak lebih kecil dan rendah atau kurang perubahan yang biasa berlaku semasa akil baligh. Namun, wujud definisi berbeza dalam apa yang dianggap sebagai pertumbuhan dan perkembangan normal.
Simptom tumbesaran terbantut
Secara umum, kadar perubahan berat dan ketinggian lebih penting daripada ukuran sebenar. Dalam tumbesaran kanak-kanak atau bayi yang gagal untuk berkembang ini, mereka akan mempunyai ketinggian, berat dan lilitan kepala yang tidak sepadan dengan carta pertumbuhan standard.
Kesannya tumbesaran mereka akan menjadi perlahan atau terhenti yang menjejaskan perkembangan dalam aspek:
Kemahiran fizikal, seperti berguling, duduk, berdiri dan berjalan
Kemahiran mental dan sosial
Ciri-ciri seksual sekunder – tertangguh ketika remaja
Tiga situasi yang boleh menjadi punca tumbesaran terbantut
1. Pengambilan kalori yang rendah, punca tumbesaran kanak-kanak terbantut
Bayi dan kanak-kanak memerlukan jumlah kalori berbeza mengikut usia, saiz, jantina, tahap aktiviti dan keperluan perubatan. Ada kanak-kanak lebih besar sangat cerewet makan. Berjumpa dengan pakar boleh membantu mengatasi masalah ini.
2. Keperluan kalori yang tinggi
Sesetengah keadaan perubatan memerlukan anak untuk mengambil lebih banyak kalori. Sebagai contoh, penyakit jantung kongenital memerlukan jantung mengepam lebih cepat untuk memenuhi keperluan tubuh dan mempercepatkan metabolisme badan. Jadi, anak memerlukan kalori tambahan untuk memenuhi peningkatan permintaan ini.
Jika ini keadaannya, doktor akan membantu untuk membangunkan pelan bagi memenuhi keperluan kalori tambahan anak, termasuklah:
Suplemen: Makanan tambahan tinggi kalori boleh ditambah ke dalam susu ibu yang dipam atau formula. Untuk anak lebih berusia, mereka boleh mengambil minuman berkalori tinggi
Snek: Bagi anak lebih besar, tanyakan doktor tentang kekerapan untuk memberikan hidangan makanan berkalori tinggi sebagai snek seperti mentega kacang dan keju
Penyusuan tiub: Bayi atau kanak-kanak dengan keperluan pemakanan kompleks mungkin memerlukan penyusuan tiub – melalui lubang hidung, tekak atau lubang pada perut – untuk menambah atau menggantikan penyusuan biasa
3. Masalah kesihatan lain
Keadaan seperti penyakit seliak atau cystic fibrosis menyekat penyerapan nutrien makanan oleh tubuh. Masalah penghadaman seperti sembelit kronik dan alahan makanan boleh menyebabkan waktu makan dan ke tandas sebagai situasi yang menyakitkan.
Anak autisme ada kalanya tidak suka tekstur atau rasa makanan tertentu, yang menjadikan mereka sukar untuk beralih kepada makanan pejal. Kanak-kanak lebih besar pula mungkin hanya memilih untuk makan sejenis makanan sahaja.
Diagnosis
Amat penting untuk menentukan sama ada tumbesaran terbantut ini berpunca daripada masalah perubatan atau faktor persekitaran seperti penderaan atau pengabaian.
Punca perubatan yang menjejaskan tumbesaran kanak-kanak seperti:
Keabnormalan kromosom seperti sindrom Down dan sindrom Turner
Kecacatan dalam sistem organ utama
Masalah dengan sistem endokrin – kekurangan hormon tiroid, kekurangan hormon pertumbuhan atau hormon lain
Kerosakan pada otak atau sistem saraf pusat yang boleh menyebabkan kesukaran menyusu pada bayi
Masalah jantung atau paru-paru yang boleh menjejaskan cara oksigen dan nutrien bergerak melalui badan
Anemia atau gangguan darah lain
Masalah gastrousus yang mengakibatkan malpenyerapan atau kekurangan enzim pencernaan
Gastroenteritis jangka panjang dan refluks gastroesophageal – biasanya bersifat sementara
Serebral palsi
Jangkitan jangka panjang (kronik)
Gangguan metabolik
Komplikasi kehamilan dan berat lahir rendah
Faktor lain yang menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terganggu:
Deprivasi emosi kesan penolakan, permusuhan atau penarikan diri ibu bapa
Masalah ekonomi yang menjejaskan aspek pemakanan, keadaan kehidupan dan sikap ibu bapa
Pendedahan kepada jangkitan, parasit atau toksin
Tabiat pemakanan tidak sihat seperti makanan di hadapan televisyen dan tidak mempunyai waktu makan berjadual
Dalam kebanyakan kes, puncanya tidak dapat ditentukan.
Rawatan untuk tumbesaran terbantut
Rawatan bergantung kepada punca pertumbuhan dan perkembangan terbantut. Tumbesaran kanak-kanak yang terjejas akibat faktor pemakanan boleh diselesaikan dengan menyediakan diet yang seimbang.
Jika faktor psikososial terlibat, rawatan akan melibatkan memperbaiki dinamik keluarga dan keadaan hidup. Sikap dan tingkah laku ibu bapa mungkin menyumbang kepada masalah anak dan perlu diteliti.
Dalam kebanyakan kes, anak mungkin perlu dimasukkan ke hospital pada permulaan untuk memberi tumpuan kepada pelan rawatan perubatan, tingkah laku dan psikososial yang komprehensif.
Jangan berikan anak sebarang suplemen tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu.Masalah tumbesaran anak terbantut ini boleh diatasi dengan sokongan keluarga sepenuhnya. Pastinya anda mahukan yang terbaik untuk anak, jadi jika wujud sebarang kebimbangan berkaitan mereka, berbincang dan dapatkan bantuan doktor.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau sebut je nama Famili Durian Kimchi, memang ramai yang terus terbayang keluarga mix Korea-Malaysia yang penuh dengan aura positif, humble dan cukup unik.