Biasanya roti yang dibeli jika dah nak tamat tempoh, daripada membazir, kebanyakannya akan buat puding roti atau agar-agar roti. Namun kali ini anda boleh cuba resipi baru dengan membuat kuih lapis.

Resipi dari Biela Nabila via group MAHN boleh dicuba untuk dijadikan pencuci mulut.

Pertama kali saya buat kuih lapis ni. Saya buat guna roti gardenia. Selalunya roti boleh dibuat pizza, murtabak atau puding kan. Kali ni kita guna buat kuih lapis. Mana roti yang dah nak eexpired tu boleh cuba buat ye. Resipi saya sertakan di bawah.

Roti Nak Expired, Buat Kuih Lapis Koko Roti Gardenia. Lembut & Sangat Sedap!

Kuih Lapis Koko Roti Gardenia

IKLAN

Bahan-bahan :

* 4 keping roti gardenia (roti ape2 brand pun boleh)
* 3/4 cawan gula (boleh letak 1 cawan gula bg yg suka manis)
* 1 cawan air
* 1 cawan santan pekat
* 1 cawan tepung beras
* Secubit garam
2 sdk serbuk koko (sy guna sudu Kfc)
Sedikit pewarna (ikut citarasa) – sy guna pewarna kuning dan coklat

IKLAN

RESIPI MENARIK [Kek Marble Moist Paling Senang, Sedap & Gebu, Guna Sukatan Cawan!]

Cara-caranya :

IKLAN

1. Kukuskan pengukus dahulu.
2. Sementara tu, blend semua bahan yg bertanda (*) di atas sehingga halus.
3. Setelah halus, bahagikan sama rata ikut citarasa. Sy buat 2 bahagian (kuning dan coklat). Utk yg coklat tu, sy masukkan 2 sdk serbuk koko dan setelah itu bhg koko td hendaklah ditapis utk mengelakkan serbuk koko tu berketul. Setelah tapis, sy tuang sedikit pewarna coklat utk jadikan wrna coklat pekat sedikit.
4. Jangan lupa sapukan minyak pada acuan ye agar tidak melekat.
5. Pastikan air betul2 mendidih baru boleh mengukus.
6. Kukus selapis demi selapis sampai habis.
7. Setiap lapisan selama 4 minit sahaja.
8. Lapisan terakhir lama sikit iaitu 10 minit.

*Kalau tak ada serbuk koko, boleh guna pewarna lain. Saya guna koko sebab nak rasa perisa koko.

Selamat Mencuba!

Kredit resipi: Biela Nabila via MAHN

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI