Bila ada anak penting untuk ibu-ibu tahu resipi superfood untuk bayi. Bila bayi sakit tumbuh gigi atau demam memang dia akan merengek sepanjang masa. Biasanya si comel akan hilang selera makan termasuk menyusu. Sudah tentu ia merisaukan para ibu kerana bimbang anak tak dapat khasiat makanan yang cukup untuk kembali sihat.
Untuk membantu mengurangkan kesakitan yang dialami serta menyembuhkan secara semula jadi, Mastura Ayu Al-Habshee menyediakan beberapa resipi superfood untuk bayinya.
Secara tidak langsung bayi terus dapat khasiat makanan yang sekaligus meningkatkan sistem imun badan untuk melawan virus yang menyerang.
Aqeel down with fever Mungkin sebab nak tumbuh gigi lagi. Dulu dia tumbuh first gigi tak demam seteruk ni. But this time dia memang lemah and asyik merengek. Makan pun tak selera sgt. So ummi try to prepare superfood untuk kuatkan immune system dia and comfort food untuk naikkan selera dia. Here’s some food ideas untuk baby yang demam/ nak tumbuh gigi. Penting untuk ambil tau khasiat di sebalik setiap masakan before bagi anak ok.
Yogurt Bark– Yogurt ada tinggi kandungan kalsium & probiotic (bakteria baik). Tempoh nak tumbuh gigi ni, kena make sure baby cukup kalsium, selain susu, boleh try bagi yogurt jugak. Yogurt bark ni actually frozen yogurt. Cara mudah nak rawat baby yang sakit nak tumbuh gigi is bagi makanan yang disejukkan or frozen. So boleh try yogurt bark ni.
Bahan-bahan:
1. Yogurt
2. Puree buah
Ads
Cara-cara:
Campur yogurt & puree buah pilihan. Then frozenkan. Masa nak makan, pecahkan kecil-kecil supaya baby mudah pegang.
Egg Drop Soup– selalu resepi buat egg drop soup ni pakai chicken stock. Tapi saya gantikan dengan chicken bone broth (CBB). CBB ni erti kata simplenya is sup antibiotik. Dalam masakan selalunya letak 1 cube je. Tapi untuk immune booster, saya masak egg drop soup dengan masukkan cbb dengan sukatan 2 cawan. So mudah mudahan dapat la Aqeel hirup banyak vit & mineral.
Bahan bahan:
1. CBB
2. Halia
3. Telur
4. Serbuk ikan bilis/ayam
Ads
Cara-cara:
Masukkan cbb dalam periuk, panaskan. Sagat halia. Letakkan serbuk ikan bilis/ayam utk buat perasa sikit. Bila kuah dah panas, kacau teluar dlam mangkuk berasingan, dan tuang sikit demi sikit sambil kacau. Siap!
Healing Soup– boleh hirup or buat sebagai air minuman untuk si baby. Sebabkan Aqeel tak pandai sangat hirup sup sup, saya letak air rebusan tu dalam botol air, and dia minum habis! Healing soup ni dapat sejukkan dalaman. Tak ramai tau khasiat di sebalik singo pear. Singo pear bagus untuk rawat demam batuk & kahak. Beli kat Aeon/teso/jaya grocer dalam RM8-10. Selalunya dalam packaging 2 bijik sekali.
Mesti mak-mak risau bila anak tak cukup berat badan. Lagi haru kalau anak memang jenis susah atau cerewet makan. Kebanyakan anak yang cerewet makan ni kurang berat badan sebabkan pemilihan makanan yang terhad.
Tapi, masalah ni boleh juga di alami oleh anak yang dah semakin aktif atau anak yang kadar metabolisma badannya tinggi (faktor genetik, masalah kesihatan seperti hyperthyroid, dan sebagainya). Kiranya pengambilan kuantiti makanan tetap macam biasa, tapi anak kerap membuang atau poo-poo dan selalunya anak juga cepat lapar. Dalam erti kata lain, makanan yang diambil tu tak sempat nak diproses dan disimpan sebagai lemak dalam badan.
Bagi Puan Yatie Eimra, masalah anaknya yang turut mengalami kurang berat badan hingga perlu jumpa pakar pemakanan membuatkannya cipta beberapa resipi untuk pastikan berat anak seimbang.
Fydh ni masa kecik dulu pernah gak alami masalah kurang berat badan sampaikan perlu jumpa pakar pemakanan. Anak dahlah memang susah makan, baru dapat “kaki” lagi la berat badan susut. Dah beberapa bulan berat badan tak naik-naik. Graf garisan kuning pun semakin menghampiri merah. Pakar pemakanan sarankan bagi anak makanan yang tinggi lemak, tinggi karbo dan padat nutrisi.
Contoh makanan yang tinggi lemak
?buah avocado (kaya dengan lemak tak tepu)
?ikan yang kaya fatty acid (salmon, makeral, dll)
?keju
?kekacang legume (kacang hijau, kacang merah, dll)
?mentega
?minyak kelapa dara/minyak zaitun (masukkan ke dalam masakan)
?santan
?serbuk coklat (masukkan ke dalam masakan/dessert jika anak dah setahun ke atas. ELAKKAN jika anak alami masalah sembelit atau ada family history alahan terhadap coklat)
?telur
?yogurt
Makanan tinggi karbo
?beras
?pisang
?ubi (kentang, keledek, ubi bit, dan lain-lain)
Saya kerap masak berasaskan makanan-makanan ni dalam menu utama & menu snek (almaklum ler anak memang cerewet bab makan). Alhamdulillah, masalah anak kurang berat badan tak lama sangat pun & naik sikit-sikit. Syukur gak sebab sekarang ni anak dah banyak perubahan & dah tak susah makan macam dulu. Dah agak lama baru hari ni sempat nak update resipi.. Ada beberapa menu utama & menu snek/kudapan gak. Mak-mak yang ada anak kurang berat badan atau cerewet/susah nak makan, boleh la cuba ye.
Nasi Goreng Butter (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 biji telur – dikacau sedikit
Sedikit isi ayam – didadu
1½ camca besar butter
1 biji bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
Sayur²an pilihan (saya guna cendawan enoki, carrot & kobis)
Serbuk lada sulah/hitam
Garam secukupnya*
Cara-cara:
✳elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah
✳tip dari chef – cendawan perlu di masak lama sedikit supaya aroma & jusnya keluar
Bubur Kacang Hijau Versi Bayi (dari 8 bulan++)
Masa Fydh ada masalah kurang berat badan dulu, pakar pemakanan ada cakap kekacang jenis legume (kacang hijau, kacang merah, dhall, dll) dah boleh diambil seawal umur 7-8 bulan. (Tapi sebaik²nya perkenalkan pada usia 8 bulan ke atas sebab sesetengah perut bayi sensitif & boleh menyebabkan angin/kembung walaupun kacang dah direndam 24 jam).
Bubur kacang hijau untuk bayi ni diajar oleh seorang makcik tukang urut warga Indonesia. Katanya di seberang, bubur kacang ni memang diberikan kepada bayi untuk tambah berat badan. Saya ni memang suka bertanya tip/petua, tak kiralah doktor ke, orang² tua ke.. jadiknya macam² info saya boleh dapat. Ekeke..
Masa buat resipi ni dulu, saya tak amek gambar pun.. Kebetulan baru² ni ada mak² yang pm tanya resipi tambah berat badan anak. Hari ni saya buat bubur kacang hijau ni untuk menu snek/kudapan dak Fydh. Dah alang² tu amek ler gambar sekali
Bahan-bahan:
½ cawan kacang hijau – direndam 12-24 jam dengan sesudu kecil cuka & sedikit baking soda (hujung sudu kecil jer)
1 cawan air (gunakan cawan yang sama)
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil butter
Cara-cara:
1. Kacang hijau yang telah direndam diramas hingga tertanggal kulitnya. Tambah sesudu-2 tepung untuk mudahkan proses meramas (supaya tak licin).
2. Basuh kacang hijau yang telah direndam beberapa kali.
3. Masak kacang hijau dalam air. Tapis & buangkan buih² yang terhasil.
4. Masak kacang hijau sehingga benar² lembut.
5. Masukkan santan pekat & butter. Kacau & lenyek²kan kacang hijau tadi dengan sudu.
6. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.
? BAYI 8 BULAN++
?Bubur kacang hijau ni biasanya untuk 2-3 kali makan ?Ambil sedikit bubur yang pekat (untuk portion sekali makan) & campurkan dengan ebm/susu formula (yang suam). Cairkan bubur mengikut kesesuaian umur anak. ? Masukkan lebihan bubur dalam bekas bertutup & simpan dalam peti. Boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Boleh juga frozenkan (sila habiskan dalam masa seminggu).
? ANAK 1 TAHUN++
?Sebenarnya ni saya olah ikut cara saya sendiri. Sebabnya bila anak dah setahun++, dia memang tak berapa gemar makan bubur camni. Jadinya saya sapukan bubur (pekat) ni atas roti & bakar dalam pan. Buat macam ni bukan setakat anak, 1 famili pun boleh makan (jika buat untuk 1 famili makan – pastikan asingkan sikit untuk anak, selebihnya bolehlah tambahkan secubit garam & sedikit gula)
Cara-cara:
1. Lenyekkan roti
2. Sapukan kacang hijau
3. Gulung & potongkan roti kecil²
4. Panaskan sedikit butter dalam pan (supaya inti tak melekat)
5. Bakar & balik²kan roti hingga garing sedikit.
✳fungsi cuka tu nak kurangkan bahan oligosakarida dalam kacang (penyebab angin). Boleh juga gunakan jus lemon ✳fungsi soda nak mudah tanggalkan kulit kacang hijau.
Pastikan guna cawan yang sama untuk menyukat agar² tali & air/susu/santan
Agar² ni rasanya lemak² masin (dari santan & keju), boleh juga dimakan bersama sirap/manisan kurma.
Sirap/manisan kurma
Puri kurma/beberapa biji buah kurma
Sedikit air
Cara-cara:
1. Buah kurma dibuang biji/kulit (elak anak tersedak) & diblend halus
2. Campurkan sedikit air ke dalam puri kurma (untuk cairkan & agar tak terlalu manis)
3. Masak di atas dapur hingga mendidih.
✳bila anak dah 2 tahun++, saya gunakan sirap gula merah gantikan manisan kurma. ✳makan bersama sirap gula merah memang lebih sedap & kami 1 family pun suka
Cheesy Mushroom Soup with Chicken (dari 10bln++)
Bahan-bahan:
150gm cendawan (sy guna buna shimeji)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit isi ayam (didadu)
3 keping keju cheddar (dicarik kasar)
1-2 cawan susu formula/susu segar/krim
Sedikit stok ayam/bone broth
Air secukupnya
Sedikit lada hitam (optional)
Cara-cara:
1. Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan, ayam & kacau. Masak sehingga lembut & hingga keluar jus cendawan. Tutup api & kisar semua bahan tadi bersama cheese.
3. Larutkan tepung gandum bersama sedikit air (supaya tepung tak berketul) & panaskan bersama susu di dalam periuk. Masukkan cendawan yg telah dikisar tadi serta stok ayam.
4. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. Biarkan sup merenih lama sedikit supaya rasanya sebati.
5. Perasakan dengan sedikit lada hitam jika suka.
✳enak dimakan dengan garlic bread ✳boleh tengok post resipi garlic spread saya yang lama ✳insyaAllah, kalau sempat saya akan upload resipi cheesy garlic spread dalam 2-3 hari ni..
Ayam Percik Ala Kelantan/Putih (dari 1 tahun++)
Ni antara menu dak Fydh ni suka makan dulu.. (sekarang dah masuk 3 tahun, citarasa pun dah berubah) Ummi nye pun dah jarang masak percik ni sekarang..Mak² yang ada anak cerewet/susah makan/tak cukup berat tu boleh lah cuba kot serasi dengan anak.. Bahan-bahan:
¼ ekor ayam (ayam seekor saya potong 8 sebab anak makan sikit jer)
1 cawan santan pekat
1 batang serai (diketuk)
½ keping asam keping
Garam/gula*
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
½ inci halia
½ inci lengkuas
Sedikit lada hitam
Cara-cara:
1. Masukkan ayam & semua bahan di dalam kuali. Biarkan mendidih & ayam masak separuh (ayam keluar darah). Keluarkan ayam.
2. Masak kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat.
3. Bakar ayam dalam pan/pemanggang ajaib di atas dapur. Lumurkan dengan kuah, balik²kan & bakar sehingga sedikit garing.
✳elakkan penggunaan garam/gula bagi anak 2 tahun ke bawah ✳boleh tambahkan sebiji kurma (diblend sekali) untuk berikan rasa sedikit manis & naikkan rasa kuah percik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah biasa bila kita beli pisang ialah cepat lembik, lebam dan busuk. Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana kita tahu tahu cara menyimpan pisang yang betul. Jika kena caranya buah ini akan tahan lebih lama.
Pisang antara buah-buahan tempatan yang amat disukai oleh anak-anak. Bagi mama dan papa yang selalu ada stok buah pisang di rumah, boleh cuba LIMA cara berikut. Selepas ini tiada lagi masalah pisang menjadi lebam dan cepat busuk selepas dibeli.
1. Pilih sisir ada masak dan belum masak
Pilih sisir atau setandan pisang yang di dalamnya terdapat pisang yang sudah masak dan belum masa. Supaya kitya tak perlu menghabiskan semua pisang dalam masa yang singkat.
2. Basuh pisang dengan air bersih
Kebanyakan peniaga akan menyembur sejenis bahan kimia untuk mempercepatkan proses kematangan pisang. Oleh itu dengan membasuh pisang bukan saja dapat mengelakkan kita termakan malah mengelakkan ia dari masak lebih cepat.
3. Balut tangkai dengan kertas aluminium
Untuk kekalkan kesegaran pisang, balut tangkat pisang dengan kertas aluminium atau kertas. Kemudian simpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Selain itu boleh juga gantung pisang dalam keadaan tangkai ke atas. Ia bertujuan mengurangkan bintik-bintik pada pisang.
4. Jangan simpan pisang dengan epal
Ini kerana epal akan membebaskan sejenis bahan kimia yang disebut ‘ether’ yang akan menyebabkan pisang masak lebih cepat.
5. Elak hentak pisang
Jangan letak dengan kasar atau menghentak pisang ketika mengendalikannya. Pegang atau letakkan dengan perlahan kerana hentakan yang kuat akan menyebabkan kulit pisang menjadi gelap atau lebam dan teksturnya menjadi lembik.
Sebut sahaja ayam goreng pasti anak-anak kita terus berselera untuk makan. Inilah penambah selera anak-anak setiap kali menjamu selera. Resipi ayam goreng yang satu ini cukup istimewa. Bukan hanya penuh rasa perapan bahkan isinya juga kekal lembut walaupun ayam sudah pun sejuk. Bukan itu sahaja malah ayam kekal rangup. Sedap!
Rupanya ada resipi istimewa yang dikongsikan oleh Nor Emiza Suartam bagi melembutkan isi ayam. Ini yang dikongsikan olehnya. Wajib cuba!
Ayam Goreng Tepung Rangup cara saya. Bukan sahaja rangup tapi isi dalamnya juga lembut dan penuh rasa perapan. Crispy dan juicy!
Bahan-bahan:
Ayam
Tepung goreng serbaguna Bestari
Cuka
Serbuk cili
Air sejuk
Ayam tu saya perapkan dengan tepung goreng ayam bestari dan 1 sudu serbuk cili.
Campurkan sedikit air dan cuka dalam 1 sudu makan. Cuka berfungsi untuk melembutkan isi ayam. Dah lama goreng pun ayam masih lembut dan sedap dimakan. Insya Allah.
Gaul-gaulkan ayam dengan bancuhan tepung bestari dan cuka tadi dan perap lebih kurang 30 minit di dalam peti ais.
Setelah 30 minit keluarkan ayam tadi dari peti ais dan golekkan ayam dalam tepung bestari dan kemudian celupkan sebentar dalam air sejuk dan golekkan lagi ayam tu ke dalam tepung. Lakukan satu persatu.
Kemudian boleh la digoreng dalam minyak yang betul-betul panas. Pastikan ayam tenggelam bagi memastikan ayam masak cantik.
Selamat mencuba!
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nur Syuhada Naquiyyah, seorang ibu tunggal, berkongsi kisah hidup bersama dua anak yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas meninggalkan rumah demi mencari kehidupan lebih baik.