Memesan makanan terus ke rumah pastinya tidak sama dengan menikmati di kedai. Tidak dinafikan satu kerinduan untuk makan di kedai bersama keluarga seperti dahulu. Apa kata kita cuba menu dari restoran pula untuk anak-anak dihujung minggu.

Resipi Kue Tiaw Kungfu yang dikongsikan oleh Pn Suzana Othman ini memang terbaik. Rupanya macam ni caranya hendak menyediakan kue tiaw kungfu. Patutlah sedap!

Rindu Makan Di Kedai, Cuba Resipi Kue Tiaw Kungfu Ni Sendiri, Sedapnya Makan Panas-Panas!


RESEPI KUEY TEOW KUNGFU

Dulu-dulu sebelum PKP korang pernah tak bila makan kat luar tak rasa nak makan nasi. Tekak cuma nak makan makanan panas-panas macam mee atau nasi goreng. Kali ni kita nak share resepi kuey teow kungfu pulak.

Silakan study resepi dan langkah demi langkah pada gambar di bawah. Jenuh kita snap satu-satu.

Bahan-bahan:
1 bungkus kue teow 450g, cuci dan toskan.
2 keping dada ayam- potong kecil
1 mangkuk udang
2 keping fish cake- hiris nipis
2 pokok pakchoy
½ biji lobak merah-hiris
Bunga kobis-potong
Baby corn-hiris
5 biji telur
5 ulas bawang putih- ketuk
5 tangkai cili siam- ketuk
3sb sos tiram
2sb sos ikan
Lada sulah
1 ketul kiub pati ayam
3sb tepung jagung- larutkan dengan sedikit air
Minyak masak

Rindu Makan Di Kedai, Cuba Resipi Kue Tiaw Kungfu Ni Sendiri, Sedapnya Makan Panas-Panas!

Pecahkan 4 biji telur dalam bekas, kemudian pukul hingga kembang. Taburkan sedikit lada sulah, masukkan kuey teow dalam bekas tadi.

Rindu Makan Di Kedai, Cuba Resipi Kue Tiaw Kungfu Ni Sendiri, Sedapnya Makan Panas-Panas!

Panaskan minyak dalam kuali, pastikan minyak mencukupi. Goreng kuey teow macam goreng telur dadar. Jangan balikkan selagi tak garing nanti pecah. Bila dah masak, angkat dan masukkan dalam pinggan. Kita ulang proses hingga 4 kali.

IKLAN

Rindu Makan Di Kedai, Cuba Resipi Kue Tiaw Kungfu Ni Sendiri, Sedapnya Makan Panas-Panas!

Dalam periuk lain, panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih hingga garing. Masukkan 1liter air.

Rindu Makan Di Kedai, Cuba Resipi Kue Tiaw Kungfu Ni Sendiri, Sedapnya Makan Panas-Panas!

Masukkan isi ayam dan fish cake. 

Rindu Makan Di Kedai, Cuba Resipi Kue Tiaw Kungfu Ni Sendiri, Sedapnya Makan Panas-Panas!

Kemudian masukkan sayuran kecuali pakchoy. Masukkan 3sb sos tiram.

Rindu Makan Di Kedai, Cuba Resipi Kue Tiaw Kungfu Ni Sendiri, Sedapnya Makan Panas-Panas!
Masukkan 2 sb sos ikan. Jenama apa-apa pun boleh janji halal. Cari je kat pasaraya mesti jumpa.

IKLAN

Masukkan 1 ketul kiub ayam, kita guna 1sk serbuk pati ayam. Jangan lupa masukkan serbuk lada sulah.

Rindu Makan Di Kedai, Cuba Resipi Kue Tiaw Kungfu Ni Sendiri, Sedapnya Makan Panas-Panas!

Masukkan udang. Masukkan sayur.

Baru masukkan garam. Aji tak usah guna sebab dah ada pati ayam tadi.

Rindu Makan Di Kedai, Cuba Resipi Kue Tiaw Kungfu Ni Sendiri, Sedapnya Makan Panas-Panas!

Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk, pukul sekejap, masukkan dalam periuk lepastu kacau macam dalam video.

Bila dah menggelegak baru masukkan larutan tepung jagung. Masak hingga kuah memekat.

IKLAN

Akhir sekali masukkan cili yg diketuk. Tutup api.

Rindu Makan Di Kedai, Cuba Resipi Kue Tiaw Kungfu Ni Sendiri, Sedapnya Makan Panas-Panas!

Curahkan kuah dan segala khazanah atas kuey teow tadi.

Sedia utk dinikmati. Kalau nak pedas boleh makan dengan cili potong.

Rindu Makan Di Kedai, Cuba Resipi Kue Tiaw Kungfu Ni Sendiri, Sedapnya Makan Panas-Panas!

Selamat menjamu selera!

Artikel berkaitan: Kuay Teow Sup Thailand, Aroma Daun Ketumbar, Minyak Bawang Putih Bangkitkan Selera!

Dapat Perkongsian Lebih 60k Resipi Sup Ayam Thai Ni Memang Power & Sedap!

Rindu Makan Di Kedai, Cuba Resipi Kue Tiaw Kungfu Ni Sendiri, Sedapnya Makan Panas-Panas!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI