Kebanyakan wanita sudah biasa mendengar tentang fibroid, namun sebanyak mana kita tahu tentangnya? Untuk pengetahuan, fibroid merupakan tumor bukan kanser yang tumbuh dalam rahim. Ia banyak berlaku pada wanita dan lebih teruk, mungkin terjadi ketika seseorang itu hamil.
Dalam kebanyakan kes, wanita dengan ketumbuhan fibroid tidak menyedari bahawa mereka memilikinya, mungkin kerana saiznya terlalu kecil sehinggalah ia menyebabkan komplikasi yang ketara.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Walau bagaimanapun, fibroid yang lebih besar dikhuatiri boleh mempengaruhi kehamilan, perkembangan janin, atau kelahiran. Ketahui tentang fibroid, simptom serta rawatan yang boleh dibuat seperti mana yang dipetik melalui portal Hello Doktor.
Apakah itu fibroid?
Fibroid ialah ketumbuhan abnormal yang terbentuk pada rahim wanita. Fibroid rahim tidak berkaitan dengan peningkatan risiko kanser rahim dan selalunya tidak pernah berkembang menjadi barah.
Kadangkala, tumor ini menjadi agak besar dan menyebabkan kesakitan abdomen yang teruk bersama darah haid yang terlalu banyak.
Dalam kes lain, ia tidak meninggalkan sebarang gejala atau simptom langsung.
Cara pengurusannya adalah dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom fibroid
Simptom fibroid rahim boleh terbentuk perlahan selama beberapa tahun atau secara pantas dalam beberapa bulan.
Simptom paling biasa bagi fibroid rahim termasuklah:
-Pendarahan haid yang terlalu banyak
-Tempoh menstruasi berpanjangan melebihi seminggu
-Tekanan atau kesakitan pada pelvik
-Kencing dengan kerap
-Kesukaran mengosongkan pundi kencing
-Sembelit
-Sakit belakang atau sakit kaki
Ia boleh juga meningkatkan risiko untuk beberapa jenis komplikasi kehamilan seperti uri tercabut, gangguan tumbesaran fetus, dan kelahiran pramatang.
Antara gejala fibroid semasa mengandung termasuk:
-Kekejangan teruk, serupa dengan kekejangan haid
-Kesakitan dan ketegangan di perut
-Masalah pencernaan, seperti sembelit
-Sering terasa ingin membuang air kecil, kerana fibroid memberi tekanan pada pundi kencing
-Bakal ibu juga mungkin mengalami kesukaran membuang air kecil atau sakit belakang, tetapi simptom ini agak jarang berlaku.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Ini kesan fibroid ketika hamil
Fibroid secara umumnya tidak mempengaruhi kehamilan dengan ketara.
Walau bagaimanapun, kadangkala ia boleh menyebabkan:
-Keguguran
-Kelahiran pramatang
-Pecah membran pramatang janin (PROM)
-Pendarahan tidak lama sebelum bersalin
-Malpresentation, di mana janin tidak berada dalam kedudukan yang betul
–Obstructed labor (bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin)
-Pendarahan selepas bersalin
-Nekrosis, mengganggu bekalan darah atau menyebabkan kematian sel
Fibroid juga kadangkala memberi kesan kepada kesuburan wanita, dengan menyebabkan kemandulan.
Penyelidik masih menyiasat bagaimana ia berlaku, tetapi mereka berpendapat ukuran dan kedudukan fibroid menentukan sejauh mana kesannya pada tubuh.
Selain itu, fibroid boleh mempengaruhi proses persenyawaan dengan menghalang tiub fallopio, saluran yang dilalui telur sebelum disenyawakan oleh sperma.
Oleh itu, telur yang disenyawakan mungkin tidak dapat melekat pada dinding rahim jika fibroid menghalangi.
Bagaimana fibroid dirawat semasa kehamilan?
Di dalam portal Hello Doktor juga ada berkongsi tentang rawatan fibroid ketika hamil. Semasa mengandung, rawatan untuk fibroid rahim adalah terhad kerana dikhuatiri akan merisikokan kesihatan janin.
Dalam kes yang sangat jarang berlaku, myomectomy dilakukan pada wanita dalam fasa separuh kedua kehamilan mereka.
Prosedur ini dilakukan untuk membuang fibroid dari bahagian luar rahim atau dari dalam dinding rahim tanpa mengganggu uterus.
Tetapi lain pula bagi fibroid yang tumbuh di rongga rahim, kerana biasanya ia dibiarkan kerana kemungkinan risiko terhadap janin.
Merawat fibroid sebelum kehamilan untuk meningkatkan kesuburan
Pil kawalan kelahiran hormon
Membiarkan fibroid rahim sebelum kehamilan boleh merisikokan kesuburan anda. Rawatan-rawatan fibroid yang sering dilakukan bagi mengekalkan kesuburan termasuk:
Myomektomi: Prosedur pembedahan ini digunakan untuk menghilangkan fibroid. Namun, kaedah ini mungkin meningkatkan risiko kelahiran caesar, dan anda perlu menunggu kira-kira 3 bulan selepas prosedur sebelum cuba untuk hamil
Pil kawalan kelahiran hormon: Sepanjang di bawah pengambilan pil ini, anda tidak akan dapat hamil. Tetapi alat kontraseptif ini mampu membantu meringankan gejala, seperti pendarahan berat dan haid yang menyakitkan
Peranti intrauterin (IUD): Seperti pil kawalan kelahiran, IUD juga berfungsi bagi mencegah kehamilan. Walau bagaimanapun, ia dapat membantu menghilangkan beberapa simptom sambil mengekalkan kesuburan
Gonadotropin-releasing hormone (Gn-RH) agonists: Jenis ubat ini akan menyekat pengeluaran hormon yang menyebabkan ovulasi dan haid, jadi anda tidak akan hamil semasa mengambil ubat tersebut. Pun begitu, ia dapat membantu mengecutkan fibroid
Myolisis: Prosedur ini berfungsi dengan menggunakan arus elektrik, laser, atau pancaran tenaga frekuensi radio untuk mengecilkan saluran darah yang memberi fibroid ‘makan’
Para wanita mungkin juga dapat menurunkan risiko terkena fibroid dengan menjaga diet yang sihat dan meminimumkan masa yang mereka habiskan di kawasan yang tercemar.
Produk makanan yang mengandungi pemanis tiruan, diproses, dan diawet turut meningkatkan peluang terbentuknya pertumbuhan fibroid.
Konklusinya…
Fibroid adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada kaum Hawa, malah para pakar menganggarkan ia telah mempengaruhi sebanyak 40% sehingga 80% golongan wanita.
Bagi sebilangan kes, pertumbuhan ini tidak akan memberi kesan dan tidak memerlukan rawatan, tetapi kadangkala ia mampu mempengaruhi kesuburan.
Di samping itu, bagi kes fibroid dalam kalangan wanita hamil boleh jadi sangat berbeza antara individu.
Sekiranya ia menimbulkan risiko kesihatan terhadap kehamilan, bakal ibu itu mungkin memerlukan rawatan pembedahan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, dapatkan nasihat serta pandangan daripada doktor.
Pejuang Fibroid Berjaya Hamil Selepas 10 Tahun ‘TTC’
Produk Efferty merupakan salah satu jenama yang membantu wanita yang mengalami masalah kesuburan dengan harga mampu milik. Susu Efferty diformulasikan khas oleh Dr. Raihana Ismail dan telah diuji secara klinikal di makmal bertauliah untuk mendapatkan keberkesanan produk tersebut. Susu Efferty terdiri daripada bahan-bahan semula jadi serta multivitamin.
Efferty banyak berkongsi dan memberi kesedaran tentang masalah fibroid. Salah satu testimoni yang telah berjaya hamil selepas berikhtiar dengan Efferty adalah Pn. Nurshahir yang juga merupakan salah seorang pejuang fibroid.
Menurut sesi interviu Dr. Raihana bersama Pn. Nurshahir, wanita ini merupakan pejuang fibroid yang berusaha untuk hamil selama 10 tahun. Sudah mempunyai seorang cahaya mata, namun Pn. Nurshahir dan suaminya, En. Dzulfaizal, mengalami kesukaran untuk menambah cahaya mata disebabkan masalah fibroid.
Menurutnya, dia mengalami masalah haid tidak teratur sejak zaman persekolahan. Pada awalnya selepas kelahiran anak sulung, dia berhasrat untuk hamil semula selepas dua tahun. Pn. Nurshahir dan suami merancang sendiri tetapi masuk tahun ketiga, akhirnya mereka mula berusaha.
Cerita Pn. Nurshahir, dia berurut serta mengamalkan jamu tetapi tidak berkesan. Lebih teruk lagi, haidnya tidak berhenti serta dia terpaksa menukar tuala wanita setiap dua jam sekali. Selain itu, Pn. Nurshahir juga kerap membuang air kecil.
Risau dengan keadaan itu, dia merujuk masalah ini kepada doktor dan semasa ujian imbasan dibuat, mereka mendapati ada fibroid.
“Terus tanya doktor kalau besar saiz fobroid kena buang (rahim) ke doktor? Sebab biasanya kalau dengar kes besar ni kena buang. Doktor kata kita tengok dulu dan makan ubat, tak semestinya kena buang.
Kita check dulu, tengok kecut ke tak. Kalau kecut walaupun sikit kita takkan operate.”
Tambah Pn. Nurshahir, fibroidnya mengecut tetapi kemudian jadi semula cuma tidak seteruk kali pertama. Tempoh haid juga panjang tetapi tidaklah sebanyak seperti yang awal dahulu.
“Dalam 2021 macam tu, saya ada terbaca tentang Efferty cuma tangguhkan nak mencuba. Sampailah ada seorang kawan mak ni, dia memang minum Efferty dan hamil. Jadi, saya pun buat research tengok okay baru beli. Sebab saya memang dah cakap, masuk umur 40 tahun redalah kalau tak ada. Sebab kita pun dah ada anak seorang.
Saya minum selama enam bulan, suami pun sama-sama minum. Cuma sayalah yang minum straight enam bulan tu, suami sekejap je. Period makin okay, jadi 10 hari dari biasanya dua minggu. Kemudian saya pregnant.”
Biarpun ketika hamil Pn. Nurshahir didapati masih mempunyai fibroid dan cyst. Namun, selepas ujian imbasan untuk bulan berikutnya doktor memberitahu bahawa cyst tersebut tidak aktif. Lebih memeranjatkan fibroidnya tidak kelihatan.
Turut berkongsi tentang tip pemakanan, Pn. Nurshahir memberitahu dia tidak mengambil ayam dan makanan proses juga banyak makan buah kiwi.
Di dalam sesi interviu itu juga Dr. Raihana memberitahu tentang kepentingan sokongan suami sepanjang proses untuk hamil. Katanya lagi, tanpa semangat dari suami mungkin isteri juga akan tarik ‘hand brake’ (putus asa).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk mendapatkan rawatan, sudah tentu kita mahukan perkhidmatan perubatan terbaik dengan persekitaran yang selesa dan tenang. Emosi ketika diri tidak sihat, tidak stabil, jadi kita sangat memerlukan rehat secukupnya supaya cepat sembuh. Oleh itu, pemilihan hospital yang diyakini dengan senarai pakar bertauliah sangat penting supaya kita merasa selesa dan menerima rawatan terbaik.
Salah satu hospital yang sedang membina namanya kini adalah Pusat Perubatan MSU (MSUMC). Ia merupakan hospital pakar swasta yang terletak di Shah Alam. Hospital ini merupakan lanjutan kepada Management and Science University (MSU) dalam menyediakan pendidikan perubatan dan program yang berkaitan dengan perubatan.
Kemudahan Terbaik
Jangan risau untuk mendapatkan rawatan di MSUMC kerana selain persekitaran yang selesa, di sini terdapat sehingga 250 buah katil. Hospital ini boleh dikatakan sebagai pusat perubatan terbaik dengan enam buah bilik pembedahan, lima unit rawatan intensif serta mempunyai sehingga empat buah klinik pergigian.
Nak bersalin di MSUMC? Tak ada masalah! Ada enam buah bilik bersalin di sini. Ia untuk memastikan para ibu yang melahirkan anak di sini merasa tenang dan selesa. Tidak perlu risau untuk mendapatkan konsultasi di hospital ini juga terdapat klinik-klinik pakar dengan doktor berkemahiran. Selain itu, terdapat juga kemudahan penjagaan harian yang menjadikan hospital ini sebagai pusat perubatan yang cekap serta mudah diakses.
Ramai Pakar Bertauliah & Diyakini
Biarpun masih baharu, tetapi MSUMC terus berkembang maju dengan pelbagai jenis kepakaran dan perkhidmatan kesihatan. Antaranya termasuklah Perubatan Dalaman, Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik, Oftalmologi Pediatrik, dan Pergigian Pediatrik.
Mesra Untuk Ibu Hamil & Bersalin
Obstetrik dan ginekologi adalah dua kepakaran perubatan pembedahan yang berkaitan dengan kesihatan dan organ reproduktif wanita pada wanita hamil (obstetrik) dan wanita yang tidak hamil (ginekologi).
Di MSUMC, pakar di sana sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik termasuk program kesuburan bagi pasangan yang ingin mendapatkan zuriat, pakar sakit puan, penjagaan antenatal, pakej bersalin serta program kesejahteraan dan kesihatan bagi wanita.
Selesa Untuk Ibu & Anak
Fasiliti yang kondusif diutamakan dengan menyediakan aras dan ruang khusus untuk ibu dan bayi. Ini bagi memudahkan pengurusan serta menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Pediatrik merupakan kepakaran khusus dalam kepentingan penjagaan bayi, iaitu sejak awal kelahiran sehingga kanak-kanak dan remaja. Pakar Pediatrik di sini sentiasa memantau perkembangan dan perkembangan mereka antaranya pemberian vaksinasi, pengurusan jangkitan dan alahan serta rawatan berkenaan gangguan pernafasan bagi kanak-kanak.
Ada Pakar Mata Juga!
Bagi menangani masalah berkaitan mata, secara amnya, perkhidmatan Oftalmologi disediakan bagi pesakit mata dewasa dan khususnya pesakit kanak-kanak termasuk rawatan pembedahan bagi pesakit juling, katarak, duktus air mata dan kelopak mata serta suntikan laser untuk penyakit retina.
Anak Tak Takut Jumpa Pakar Pergigian
Di MSUMC, dengan persekitaran yang mesra bagi kanak-kanak serta komunikasi yang baik mampu membuatkan mereka berasa selamat dan selesa. Antara rawatan yang disediakan termasuk rawatan fluorida, penjagaan gigi untuk kanak-kanak yang memerlukan rawatan khusus dan ortodontik (pendakap gigi).
Boleh Buat Suntikan Vaksin Covid-19
Sementara itu, dalam usaha memerangi penyebaran wabak Covid-19, MSUMC juga ikut serta dalam melakukan ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu. Sehingga Disember 2020, sebanyak 11.371 ujian saringan telah dilakukan. Turut memainkan peranan yang sama, Management and Science University (MSU) iaitu MSU Diagnostic and Research Lab (DXL) telah bergabung dengan 48 buah makmal di negara ini yang menjalankan ujian klinikal untuk jangkitan Covid-19.
Wujudkan Aplikasi Mudah Alih
MSUMC meneruskan misi dalam mengembangkan lagi tiga Pusat Kecemerlangan iaitu Mycell (MSU Clinical Centre Of Excellence), MyCAM (MSU Centre Of Complementary and Alternative Medicine) dan MSU Centre of Excellence for Vision and Eyecare (iCARE). Aplikasi mudah alih MSUMC turut diperkenalkan bagi memudahkan dan lebih mesra pengguna untuk pesakit membuat janji temu ke klinik pakar dan perkhidmatan pesakit luar.
Menerusi slogan ‘Caring, Healing Educating’, penglibatan dalam aktiviti dan program jalinan komuniti menjadi salah satu komponen penting bagi merealisasikan hasrat MSUMC bersama MSU International Medical School dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang sempurna di peringkat tempatan mahupun global.
Selain memenuhi keperluan penjagaan kesihatan penduduk di Shah Alam dan sekitarnya, pusat perubatan ini juga dalam perancangan untuk menubuhkan Pusat Renal dan Cath Lab di masa depan untuk pembangunan yang lebih baik.
Bagi anda yang mahukan pengalaman baharu di hospital swasta dengan kualiti terbaik dan pakar-pakar yang diyakini, bolehlah ke MSUMC. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.msumedicalcentre.com
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menyedari kepentingan simpanan pendidikan anak-anak, Pa&Ma dengan kerjasama Simpan SSPN telah menganjurkan program Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN yang berlangsung di Genting Skyworld Theme Park, Pahang pada 12 Julai 2025.
Team Simpan SSPN bergambar kenangan bersama Dr. Fie Tawfek dan kru Pa&Ma yang bertugas di Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN
Seramai 25 keluarga menyertai cabaran ini dan beraksi penuh semangat bagi menyelesaikan tugasan di lima checkpoint yang mencabar minda dan mengeratkan kerjasama seisi keluarga. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut menyampaikan mesej penting tentang kepentingan merancang masa depan anak-anak melalui tabiat menyimpan sejak awal usia.
Ucapan Aluan Dari Pn. Wan Zawiah & Perkongsian Penuh Inspirasi Dari Dr. Fie Tawfek
Program dimulakan dengan senaman bertenaga daripada GTP Dance Group, diikuti ucapan aluan daripada Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar yang merupakan Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN yang berkongsi mesej penuh inspirasi buat semua ibu bapa.
Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar (Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN) memberi ucapan aluan kepada semua peserta terlibat
Turut hadir memeriahkan acara ialah Dr. Fie Tawfek dan keluarga, yang turut berkongsi pengalaman membuka akaun Simpan SSPN untuk ketiga-tiga anak mereka sebagai langkah awal menabung demi masa depan pendidikan anak-anak.
Dr. Fie Tawfek turut berkongsi tentang kepentingan simpanan pendidikan demi masa depan anak-anak
Cabaran Bermula, Semua Peserta Penuh Semangat!
Peserta kemudian diberi taklimat cabaran oleh wakil Genting Skyworld, Mr. Raja, sebelum memulakan Simpan Challenge Hunt yang penuh warna-warni dan aksi. Paling menarik di checkpoint yang pertama, kesemua peserta diminta untuk membuat hiasan pada tabung Simpan SSPN bagi merebut gelaran anugerah khas Tabung Impian Tercantik.
Antara peserta yang berjaya menyelesaikan tugasan membuat hiasan pada Tabung Impian
Tamat tugasan pertama, para peserta kemudiannya mengelilingi Genting Skyworld bagi memastikan mereka dapat menyelesaikan kesemua lima cabaran di checkpoint yang telah disediakan. Memang meriah sungguh!
Bersemangat para peserta menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada mereka
Semua Dapat Cabutan Istimewa!
Bukan itu saja, acara cabutan istimewa turut diadakan dan kesemua 25 keluarga berjaya memenangi hadiah menarik seperti akaun Simpan SSPN bernilai RM50, beg sekolah PTPTN, kotak istimewa Pa&Ma, hamper serta baucar penginapan di hotel.
Semua Peserta Hebat-Hebat, Tahniah Kepada Pemenang!
Terdapat empat kategori khas yang diberikan kepada para peserta dan kesemua pemenang membawa pulang sebuah hamper istimewa dari Pa&Ma. Untuk kategori khas Tabung Impian Tercantik dimenangi oleh keluarga Pn. Aimi Rahman manakala untuk kategori Simpanan Terbanyak (token paling banyak diterima oleh keluarga) berjaya dirangkul oleh keluarga Pn. Suryani Samsul.
Pemenang kategori khas Tabung Impian TercantikPemenang kategori khas Simpanan Terbanyak
Bagi kategori Family Paling Sporting pula telah dimenangi oleh keluarga Pn. NorHafizah Hamlan manakala keluarga Pn. Rodiah Abdul Mokti telah merangkul gelaran Pakaian Keluarga Tercantik.
Pemenang kategori khas Keluarga Paling ‘Sporting’Pemenang kategori khas Pakaian Keluarga Tercantik
3 Juara Utama, 7 Pemenang Saguhati. Semuanya Dapat Hadiah Akaun Simpan SSPN!
Juara Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN, menerima hadiah wang tunai berjumlah RM550 dalam bentuk akaun Simpan SSPN adalah keluarga Pn. Jufen Kamin manakala Naib Juara pula disandang oleh keluarga Pn. Nur Aini Amran menerima RM300 akaun Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma.
Juara Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPNNaib Juara Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN
Pemenang tempat ketiga pula adalah keluarga En. Muhamad Safiy Syazwan yang mendapat RM200 akaun Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma.
Pemenang Tempat Ketiga Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN
Tahniah juga diucapkan kepada keluarga En. Mohd Zulkifli, Pn. Aziyana, Pn. Nor Hafizah, Pn. Khadijah Ishak, Pn. Fatin Rimaton, Pn. Farhani, dan En. Nur Ikmal yang telah memenagi hadiah saguhati. Kesemua mereka telah memenangi RM100 akaun Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma.
Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang oleh Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar diiringi Penolong Editor Pengurusan Family & Parenting, En. Shahir Rahim.
Banyak Belajar, Aktiviti Bonding Bersama Keluarga
Simpan Challenge Hunt kali ini ternyata berjaya mengukir senyuman di wajah para peserta, sambil memberi pendedahan bermakna tentang Simpan SSPN. Anak-anak kecil terutamanya berpeluang belajar tentang kepentingan menabung, manakala acara ini juga menjadi ruang ‘bonding time’ terbaik buat ibu bapa dan anak-anak sepanjang hari tersebut.
Terus nantikan lebih banyak aktiviti menarik anjuran Pa&Ma bersama Simpan SSPN. Jangan lepaskan peluang untuk sertai dan sama-sama membina masa depan yang lebih terancang untuk anak-anak kita!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang disambut pada bulan Ogos setiap tahun, Pa&Ma turut meraikan dengan menganjurkan kempen Pa&Ma Support BF bagi menyokong sepenuhnya usaha ini untuk memastikan penyusuan susu ibu dapat terus diberikan secara eksklusif kepada bayi baharu lahir. Paling istimewa tahun ini, kempen Pa&Ma Support BF digerakkan bersama dengan SSPN.
Komitmen ini sebagai salah satu usaha memastikan ibu bapa muda faham kepentingan susu ibu selain memahami cara yang betul untuk membuat simpanan awal bagi menjamin masa depan yang lebih baik.
Menariknya, sepanjang kempen ini digerakkan bersama SSPN, Pa&Ma telah berjaya mengadakan kolaborasi dengan lima tetamu jemputan untuk sesi Live SSPN x Pa&Ma yang akan diadakan bermula 17 hingga 21 Ogos ini melalui Facebook Pa&Ma pada jam 3 petang. Ia turut boleh ditonton melalui FB PTPTN.
Antara tetamu jemputannya adalah Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik & Ginekologi – Penyusuan Susu Ibu Dalam Norma Baharu Pasca Covid-19 (17 Ogos); Nazirah Nazir, Blogger & Penulis buku dengan tajuk – Cabaran Journey Seorang Ibu Menyusu (18 Ogos); Diana Amir – Pengaruh Selebriti & Media Sosial Promosi Penyusuan Susu Ibu (19 Ogos); Jururawat Laktasi Senior, Sujatha Rajalingam – Demo Posisi Penyusuan Yang Betul (20 Ogos) dan Datuk Dr Hamid Arshat, Pakar Obstetrik & Ginekologi – Pemakanan & Susu Ibu Ada Kaitankah? (21 Ogos).
Susu ibu ‘imunisasi’ pertama bayi
Ikatan antara ibu dan anak dah terjalin sejak dalam kandungan lagi. Selepas lahir hubungan ini makin erat apabila bayi terus dapat manfaat susu ibu paling kurang pada enam bulan pertama. Jika masih ada rezeki, ia boleh terus diberikan sehingga umur dua tahun.
Bukan itu saja, memberikan susu ibu dianggap vaksin pertama anak kerana mengandungi antibodi yang tinggi dan bertindak sebagai imunisasi khas selain suntikan lain yang wajib diambil. Selagi ada peluang buatlah yang terbaik kerana inilah pengorbanan ibu yang tiada pada seorang ayah.
Pentingnya buat simpanan untuk anak
Sebagaimana pentingnya penyusuan susu ibu kepada bayi, ibu bapa harus faham membuat simpanan anak seawal lahir juga sangat perlu. Hari ini cabaran membesarkan anak tak sama seperti zaman ibu bapa kita dulu.
Perlu ingat sebaik seorang anak itu lahir, menjadi tanggungjawab ibu bapa melakukan persediaan yang lebih baik. Ibu bapa bukan saja bertanggungjawab menyediakan keperluan asas tetapi dalam masa sama memikirkan jaminan pendidikan demi masa depan anak.
Mungkin ibu bapa dah mula berkira-kira membuat perancangan tabungan masa depan anak. Produk terbaik yang boleh diyakini sehingga hari ini adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui dua produk simpanannya iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus.
Perancangan kewangan pendidikan anak boleh dibuat dengan hanya komitmen serendah RM30 sebulan atau hanya RM1 sehari untuk SSPN-i Plus atau serendah RM20 untuk SSPN-i. Lagi awal mula, lagi bagus kerana lebih terjamin.
Selain itu, pelbagai manfaat simpanan akan diperoleh oleh ibu bapa sekiranya membuat simpanan untuk anak-anak seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000, perlindungan takaful, dividen yang kompetitif dan banyak lagi. Skim yang ditawarkan ini juga patuh Syariah dan paling penting simpanan dijamin kerajaan.
Cabutan WOW! dengan hadiah lumayan
Paling best ada Cabutan WOW! dengan simpanan di SSPN-i Plus dan menawarkan hadiah menarik serta lumayan. Tempoh promosi Cabutan WOW! SSPN-i Plus ini akan berlangsung bermula 1 Julai hingga 31 Disember bagi Cabutan Bulanan manakala bagi Cabutan Tahunan pula bermula 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.
Hadiah utama Cabutan Tahunan berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line, tempat kedua berupa wang tunai RM50,000, tempat ketiga berupa RM30,000 dan hadiah saguhati RM500 untuk 1,000 orang pendeposit. Bagi Cabutan Bulanan, 20 orang pendeposit SSPN berpeluang meraih hadiah wang tunai RM2,020 pada setiap bulan.
Sebagai ibu bapa yang sayangkan anak, jadilah yang pertama untuk membuat simpanan demi masa depan anak. Tak rugi tapi sangat berbaloi kerana manfaat yang diperoleh itu semuanya demi kepentingan mereka.
Sayangkan anak, fikirkan masa depannya dengan memulakan simpanan sekarang. Pelaburan hari ini untuk jaminan masa depan mereka. Nampak sikit tapi hasilnya sangat wow!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.