Biasa makan sandwich sardin. Kali ni cuba pula buat resipi roti sardin gulung goreng tepung. Inti sardin tak kisah nak buat macam mana pun, ikut citarasa masing-masing.
Sama ada nak pedas atau tak terpulang pada anda. Tapi istimewa roti ni setiap kali anda gigit, keranggupannya memang terasa.
ROTI SARDIN GULUNG GORENG TEPUNG
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung bestari (spicy).. boleh kurangkan kalau tak nak pedas
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar marjerin
Air secukupnya
Hirisan daun bawang
Ads
Cara membuatnya:
– Campur semua bahan.. kacau sebati (adunan jangan pekat dan cair sangat ye)
– Masukkan hirisan daun bawang.. kacau
Ads
– Bila minyak untuk menggoreng dah betul-betul panas.. Tuangkan dalam 2 sudu besar ke dalam adunan tepung tadi. Kacau sebati
– Bolehlah menggoreng
p/s : Masukkan minyak untuk nak bagi ranggup
Ads
– Jangan kerap dibalikkan, kalau tak nanti roti akan serap minyak
SELAMAT MENCUBA
Kredit resepi : Noraslinda Md Radzhi via group Mahn
**Teringin nak shopping keperluan dapur, klik di sini untuk dapatkan harga istimewa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas donat red velvet viral, kali ini donat minion berwarna kuning pula yang sudah mula menarik perhatian ramai terutamanya anak-anak. Warna-warna terang bikin anak ‘panas’, tak sabar untuk makan.
Sama seperti donat red velvet, donat susu minion ini juga tidak kurang hebatnya. Jom cuba resipi perkongsian Fienaz Shafie ini.
Donut Minion viral by FienazShafie. Nama ni anak-anak kak yang bagi. Ni Donut Susu Kuning. Hampa tau dia punya tekstur gebu macam kapas!
Lembut dan bukan gebu donut angin tau memang terasa isi. Hampa tengok video bila kak koyak dia punya tekstur lembut. Macam tu lah semenjak musim donut viral ni kan.
Makan pula time hujan-hujan fuh memamg layan je. Nak buat tak susah kak guna breadmaker je campak semua bahan tinggal bentukkan je dah siap!.
Bahan resepi Donut Minion Gebu kapas:
Rendam 1 1/2 sb yis dengan 30ml air suam selama 30-40 minit (kak guna instant yis mauripan. Masa rendaman bergantung yis hampa kalau dah kembang naik 4 kali ganda tu walaupun tak sampai 30 minit dah boleh.)
Bahan uli:
1 cwn Tepung Gandum
8sb Tepung high protein jepun (tepung roti)
1 biji telur gred A
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam
1sb gula kastor
1/4 cawan full cream milk (kak tak suka guna susu tepung sbb nak tekstur ala pastry kat oversea)
1sb Majerin – guna cap pelangi je
1sb K-fine cream super (wajib untuk gebukan terutama donut @ roti – kat shopee @ kedai bahan kek ada)
Pewarna kuning – (kak guna pewarna gel base food colouring)
1. Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada Dough.
2. Bila dah nampak doh terbentuk titiskan pewarna kemudian Lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.
3. Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.
4.Lepas tu bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sebab baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senanng nak masak)
5. Lenyekkan doh kemudian lubangkan ditengah donut (kak guna besi yang deko icing cake je kalau hampa tak dak guna la apa-apa janji ada lubang kat donut)
6. Tutup sat donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang sat kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan slow sangat sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.
7. Kemudian angkat dah agak donut suam sikit baru salut dengan gula icinng + susu tepung (susu tepung optional tak mau letak pun tak pa). Macam video ni kak tak campur susu tepung sebab kak tak berapa suka just gula icing sahaja.
NOTA PENTING : Kalau adunan lembik tambah tepung, kalau keras tambah susu. Pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik.
SELAMAT MENCUBA!
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Ramai ibu bapa yang mengadu anak tak suka makan sayur. Mama kena lebih kreatif dalam menyediakan hidangan untuk anak-anak supaya lengkap nutrisinya. Apa kata mama sediakan spinach omelette rolls.
*SPINACH OMELETTE ROLLS*
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN:
Kredit: adwaNomnom azkitchen
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Tidak sah jika ke Kuala Terengganu tanpa menikmati Ikan Celup Tepung atau ICT di tepi pantai. Aktiviti santai ringan ini antara aktiviti paling popular di Terengganu. ICT dengan rasa yang sedap dan rangup sampai ke petang pastinya membuatkan kita hairan. Apakah petua dan rahsianya?
Rupanya ini resipi ikan celup tepung yang awesome. Paling utama bukan hanya rasanya cukup enak bahkan sama berabuk, sedap dan rangup hingga ke petang. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Achik Ita Jsd Kelantan. Superb!
Ramai ke peminat Ikan Celup Tepung kat sini? Kak Cik share nak buat ICT krup krap sampai ke petang ye. Untuk makanan celup tepung yang sedap, rangup & berabuk banyak macam kat kedai.
Orang Terengganu please cari: Tepung beras cap tiga teratai (refer pada gambar) Org Kelantan please cari: Tepung beras cap Golden Coins (refer pada gambar) Dua tepung beras ni je yang k.cik recommanded after try & error banyak kali. Tak perlu tambah tepung-tepung lain lagi deh. Follow je resepi bagi sebelum ni kat wall.
Resepi tepung pisang/cempedak/ikan/udang/sotong/ubi/ ketuk ubi kayu,kasturi goreng
Tepung beras pek 500g (kurang pun apa)
1 bj telur
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
2 sb gula
Secubit kapur makan
Sedikit serbuk pewarna kuning (optional)
Air secukupnya
Bancuh sampai ala-ala peach gitu.
Panaskan minyak api besar. Biar betul-betul panas baru masuk bahan nak celup tu ke dalam adunan dan masuk ke dalam kuali.
Jangan rendam bahan tu lama-lama dalam tepung, nanti tepung pekat tak berabuk banyak pulak.
Jangan kedekut minyak tau, kena deep fried.
Ok selamat mencuba.
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.