Nak makan bubur pulut hitam tak perlu tunggu jamuan atau kenduri lagi. Boleh buat sendiri sahaja dekat rumah. Boleh buat banyak dan jamu seisi keluarga. Nak bagi dekat jiran tetangga pun boleh.

Bubur pulut hitam ni sedap dimakan sejuk. Lagi- lagi dengan cuaca panas yang melanda negara kita ni. Nak makan hangat- hangat pun boleh. Ikut selera masing- masing. Senang sahaja penyediaan bubur ni kerana tidak menggunakan bahan yang banyak. Cuma bahagian nak rebus beras pulut hitam tu akan mengambil masa yang agak lama.

Jom lihat resepi mudah bubur pulut hitam yang dikongsikan. Resepi ini dikongsikan oleh Kumpulan Facebook Galeri Resepi.

RESEPI BUBUR PULUT HITAM

Bubur Pulut Hitam, Pencuci Mulut Sedap Hirup Sejuk- Sejuk. Boleh Jadi Penyejuk Badan!
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/black-bean-sweet-dessert-dish_11995719.htm#query=bubur%20pulut%20hitam&position=6&from_view=search&track=ais

Bahan- bahan:
– 1 ½ cawan pulut hitam
– 6 cawan air, untuk merebus pulut
– ½ biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat 2 cawan santan cair)
– 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
– ¾ cawan gula putih
– ½ ketul gula melaka
– Garam secukup rasa
– 1 sudu besar tepung jagung

IKLAN

Cara- cara:
Cara memasak bubur pulut hitam:
1. Rebus pulut hitam dengan air dan air daun pandan sehingga lembut.
2. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut.
3. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
4. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka.
5. Masak sehingga mendidih.
6. Kemudian, masukkan pula 1 cawan santan pekat.
7. Boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.

Cara memasak kuah santan:
1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan.
3. Kemudian, masukkan garam secukup rasa.

Tips: rendam pulut semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3- 4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.

IKLAN

Baca Juga:

Kek Chip Chocolate Moist Mini, Boleh Dijadikan Dessert Jamuan Atau Jualan. Mesti Laris Kalau Jual!

Macaroni Cheese Bakar Dalam Cawan, Hidangan Untuk Pelbagai Jamuan. Lain Daripada Yang Lain!

IKLAN

Kacang Sira Pedas Manis, Kudap Rangup Hari Raya. Mesti Habis Satu Balang!

Mudah sahaja resipi yang dikongsikan. Kalau ikut langkah demi langkap yang dikongsikan mesti menjadi bubur pulut hitam korang. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Bubur Pulut Hitam, Pencuci Mulut Sedap Hirup Sejuk- Sejuk. Boleh Jadi Penyejuk Badan!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI