Kuih talam sentiasa menjadi kesukaan kita. Berbeza kuih talam biasa, Talam Kanda Versi Pandan Gula Melaka yang dikongsikan oleh Pn Irene Qistin ini cukup istimewa.

Mana tidaknya, ia dihasilkan oleh biji sagu sebagai bahan utamanya. Memang power dan super sedap. Jom intai cara menghasilkannya.

Warna Cantik, Rasa Pun Sedap, Resipi Talam Kanda Versi Pandan Gula Melaka, Memang Padu!


Resepi Talam Kanda Versi Pandan Gula Melaka @ PGM. Resepi yang telah saya olah dari resepi asal. Mendapat permintaan tinggi dari pelanggan-pelanggan talam kanda saya.

Pada yang nak berniaga bagi menjana pendapatan keluarga saya halalkan resepi ini dunia akhirat. Pada yang nak buat makan-makan sendiri bersama keluarga begitu juga saya halalkan dengan ikhlas. Doakan agar saya dipermudahkan segala urusan dunia akhirat ye.

Warna Cantik, Rasa Pun Sedap, Resipi Talam Kanda Versi Pandan Gula Melaka, Memang Padu!

Lapisan bawah(sagu – Pandan)
200g biji sagu putih
100ml air
170g gula putih
1sdk garam
100ml santan
2sdb paste pandan
1sdk pewarna hijau

Bilas biji sagu dan rendam serta titikkan pewarna hijau – kacau rata. Rendam selama 15 minit. Kemudian tapiskan/toskan.

Ambil bekas masukkan gula, air, santan, garam, paste pandan & pewarna. Kacau sehingga larut sebati. Masukkan biji sagu tadi. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapikkan dengan plastik dan kukus selama 30 minit. Gunakan loyang 10″.

IKLAN

Warna Cantik, Rasa Pun Sedap, Resipi Talam Kanda Versi Pandan Gula Melaka, Memang Padu!

Lapisan tengah (Ubi)
600g ubi parut
100g gula putih
100ml air
200ml santan
1sdk garam
3g tepung kastard
1sdk pewarna kuning

Parut ubi kemudian toskan airnya – asingkan. Di dalam bekas lain masukkan gula, air, santan, garam, tepung kastard & pewarna kuning.

Kacau hingga larut sebati. Kemudian masukkan ubi tadi dalam bancuhan dan kacau sebati. Lapiskan pada lapisan pandan tadi dan kukus untuk 30 minit lagi.

Warna Cantik, Rasa Pun Sedap, Resipi Talam Kanda Versi Pandan Gula Melaka, Memang Padu!

IKLAN

Lapisan atas (sagu – gula melaka)
200g biji sagu putih
180g gula melaka
2sdb gula putih
100ml air
100ml santan
1sdk garam
1sdk pewarna coklat

Bilas biji sagu dan rendam serta titikkan pewarna coklat-kacau ratakan dan rendam selama 15 minit. Kemudian tapiskan/toskan.

Di dalam bekas lain masukkan gula melaka yang telah direndamkan dengan 100ml air tadi. Seeloknya langkah ini dibuat awal-awal tadi supaya gula larut sepenuhnya.

Warna Cantik, Rasa Pun Sedap, Resipi Talam Kanda Versi Pandan Gula Melaka, Memang Padu!

Masukkan gula putih,santan dan garam. Kacau hingga sebati. Masukkan biji sagu berwarna coklat tadi. Lapis diatas lapisan ubi tadi dan kukus lagi 30 minit. Siap!

IKLAN

Sejukkan beberapa jam, kemudian baru boleh dipotong. Gaulkan dengan kelapa parut. Kelapa parut hendaklah dikukus dengan sedikit garam & daun pandan. Kukus selama 10-15 minit.

Warna Cantik, Rasa Pun Sedap, Resipi Talam Kanda Versi Pandan Gula Melaka, Memang Padu!

Nota :
* Gunakan pisau plastik (pisau talam) untuk potongan cantik dan tak melekat.

* Semasa memotong talam dan gaul dengan kelapa parut sila gunakan sarung tangan supaya mudah urus dan talam tidak mudah basi. Seeloknya gunakan air tapis untuk membuat talam. Ini juga bagi mengelakkan talam dari mudah basi.

Ok, selamat mencuba!

Menarik: Resipi Brownies Raya Azlina Ina, 6 Bahan Saja, Gerenti Jadi & Sedap

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI