Susah macam mana sekalipun dugaan dan cabaran kehidupan, jangan pernah kedekut pada isteri. Rugilah kalau kedekut, kerana melalui mereka juga boleh mendatangkan lebih banyak rezeki.
Kalau ada lebih, kita bagi lebih. Kalau ada kurang kita bagi ikut kemampuan. Jangan sampai tidak bagi langsung. Jangan kita kedekut untuk tunaikan apa yang isteri kita perlu.
Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumahtangga kita pastinya akan lebih mudah diharungi dan tersulam didalamnya sinar kebahagiaan.
Ads
Isteri umpama magnet rezeki. Lagi banyak kau bagi, lagi banyak kau akan dapat kembali. Aku dah cuba, dan ianya memang betul. Jaga amanah kita sebaiknya, insyaAllah rezeki dari Allah akan lebih mudah turun pada kita.
Lagipun kau sendiri mahu isteri yang cantik sepanjang masa. Maka ketahuilah, bahawa isteri yang terjaga nafkahnya pasti akan bahagia. Seterusnya kebahagiaan ini pasti akan terzahir kembali melalui kecantikannya.
Barulah kau tidak sibuk tersengih dan tersenyum pada perempuan lain di luar sana. Sampai gigi jadi lebih lembut dari bibir, dek kerana senyuman manis kepada perempuan-perempuan di luar sana.
Ads
Isteri sendiri dilupakan, kerana kau hilang minat dan tiada hati lagi. Rugilah. Kerana isteri kau sebenarnya akan semakin cantik dari hari ke hari jika kau betul-betul jaga keperluannya.
Ads
p/s : Kau anggaplah duit yang kau bagi pada isteri umpama ‘elaun khas’ untuk isteri cantikkan diri. Kalau kau tak sanggup untuk beri, kau yang rugi.
Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak apatah lagi mahu mendidik mereka supaya menjadi individu dengan perwatakan yang baik. Bila sudah mencuba sebaiknya, tetapi anak tidak menjadi seperti yang kita inginkan pasti akan rasa kecewa.
Untuk merawat rasa hati serta menjadikan kita lebih positif dalam proses mendidik anak-anak, jadikan surah al Lail ini sebagai panduan seperti yang dikongsikan oleh Nur Khairunnisa Iskandar ini.
Mari kita lihat bersama-sama.
Kita rasa berat. Sakit hati memendam rasa. Kenapa aku dah cuba nak apply macam macam skill, tips, teknik parenting, tetapi aku asyik pusing pusing berpatah balik ke cara lama je?
Ini apa yang saya belajar daripada Surah al Lail.
Dalam surah al Lail, jika kita relate dengan dunia mendidik anak, maybe kita akan dapat jawapannya.
Allah ada 2 janji untuk kita.
🥦Yang pertama, Allah janji Allah akan mudahkan kita buat jalan kebaikan.
Means, Allah akan bantu kita untuk sabar, konsisten, tak cepat putus asa, dan terusssss upgrade nilai diri, if kita lepas 3 syarat ni.
Kita beri segala yang kita ada, termasuk semangat, usaha, tenaga, masa, fizikal, mental, emosi dalam mendidik anak ini semuanya sebagai tanda pengabdian kita untuk Allah.
Cara kita “belanja” itu perlu PADAN seperti yang Allah suka.
2- Kita bertaqwa
Bila sebut taqwa, dalam surah al Lail antara detailing berkait dengan taqwa ini, Allah sebut, mereka yang membelanjakan hartanya bukan untuk balas budi, tetapi semata mata nak cari redha Allah.
Bermakna, kita buat baik ngan anak, bukan sebab anak kita buat baik ngan kita. Kita beradab dengan anak bukan sebab anak beradab dengan kita.
Kita beri, bukan untuk balas perbuatan sesiapa. Kita beri sebab nak cari redha Allah.
3- Kita percaya adanya pahala
Kita yakin, bahawa setiap zarah ‘harta’ kita itu, jika pulangannya kita tak dapat di dunia, pasti ada di akhirat.
Kita sentiasa berjaga jaga daripada berfikir, semuaaaaa yang aku da belanja, resultnya mesti dapat kat dunia ni. Mesti dapat saat aku masih bernafas ni.
Huh. Ini adalah 3 syarat yang perlu kita work for it, supaya ALLAH MUDAHKAN.
🥦Tapi sebaliknya, untuk janji kedua, Allah sebut, Allah akan sukarkan jalan untuk kita buat kebaikan, sekiranya kita
1- Bakhil
Kedekut, berkira-kira dalam memberi.
Bila anak tak buat seperti yang kita harapkan atau kita rasa tidak dihargai, kita mula rasa tak berbaloi usaha.
Bila pasangan tak kerjasama, kita pun mula catur ‘harta’ kita. Sifat bakhil mula memenuhi ruang rasa.
2- Rasa diri dah cukup
Selesa berada dalam zon selesa. Rasa terancam bila diingatkan. Rasa terhina bila ada yang menasihatkan.
Mungkin asalnya memang ya, kita percaya. Tetapi deeeep inside our heart, kita terlupa bahawa ada kebaikan yang Allah bayar terus di dunia, ada yang Allah reserve untuk kita di akhirat.
Cukup kita ada salah satu daripada 3 ini pun, kita akan dapati bahawa jalan untuk kita upgrade nilai dan kualiti parenting kita sukar dan bagai tiada cahaya berbaki. Uh.
Masya Allah Tabarakallah. Moga kita semua dapat capai janji Allah yang pertama ya!
Bismillah. Tawakkaltu AlaLLah. Ummi Nisa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Memey Suhaiza terpaksa menolak ajakan suaminya, Norman Hakim yang mahu bercuti berdua sahaja sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka bulan hadapan.
Menurut Memey ia tidak mungkin terjadi kerana anak bongsunya, Mikayla Delisha Hakim, 1, masih menyusu badan dan tidak mahu langsung menggunakan botol susu sebagai alternatif lain.
“Bulan depan anniversarry, suami konon-konon mengajak berjalan berdua jer ala-ala honeymoon..
“Mana mungkin terjadi..Budak kecil bertuah ni fully breastfeeding . Nak direct jer.. Mommy pump masuk botol pun tak mau..
”Jangan cakap try botol ni puting itu ini semua mommy dah try. Kesudahannya Mikayla sama juga macam abang-abangnya. Dari kecik memang semua direct jer ..Botol tak nak langsung,” tulisnya.
Memey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik fotonya bersama anak perempuannya itu.
Kesudahannya, Memey mencadangkan agar bulan madu mereka menjadi percutian bersama anak-anak supaya dia tidak bimbang meninggalkan mereka.
“Sekian kita honeymoon jalan-jalan beramai-ramailah pa.. baru meriahkan.
“Betul tak.. bawa anak lagi tenang sebab kita tak yah risau pasal dia orang hehe..” katanya.
Norman dan Memey yang mendirikan rumah tangga pada 2011 itu turut dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 6, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 4.
Menerusi perkahwinan terdahulu Norman dengan Abby Abadi memiliki tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 11.
Sumber: ig Memey Suhaiza & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu bapa mengimpikan dikurniakan anak-anak yang soleh kan? Ini kerana ia adalah perkara yang paling membahagiakan hati setiap ibu bapa.
Cuba gambarkan wajah setiap seorang dari anak-anak anda yang akan mendoakan anda apabila anda meninggal dunia kelak? Yang akan memimpin tangan kita untuk masuk ke syurga.
Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat.
Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita.
Namun, keinginan tanpa usaha adalah sia-sia. Sudah menjadi lumrah, kita sebagai ibu bapa harus berkorban masa dan sepenuh tenaga dalam membentuk kehidupan anak-anak.
Berdoa termasuk usaha yang begitu dianjurkan, sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, “Berdoa kepada Allah dan hendaklah kamu percaya bahawa Allah tidak memperkenankan doa daripada hati orang yang lalai dan lengah.” – Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah
Berdoa untuk anak selepas azan dan iqamat juga pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Doa yang baik adalah amalan yang terpuji. Disamping itu, memberikan nama yang baik kepada anak juga termasuk sebahagian daripada doa.
Antara doa-doa yang ringkas tapi mustajab untuk diamalkan adalah:
“Ya Tuhan, berikan aku dari sisi Engkau, seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau maha mendengar doa.” (Surah Ali Imran, ayat 38)
“Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami, dan jadikan kami imam untuk orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan, ayat 74).
“Ya Tuhan, jadikanlah aku dan anak cucu aku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan perkenankan doa aku”(Surah Ibrahim, ayat 74)
“Ya Tuhan kami, jadikan kami berdua orang yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan jadikanlah diantara anak cucu kami yang tunduk kepada Engkau, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat ibadah haji kami. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau yang maha menerima taubat lagi maha penyayang.” (Surah Al-Baqarah, ayat 128)
Semoga doa-doa diatas boleh menjadi rujukan kepada ibu bapa dalam memohon kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan beriman.
InsyaaAllah, dengan usaha yang keras, cara yang berhikmah dan selalu memohon doa serta pertolongan daripada Allah, kita akan berjaya.