Inilah yang dikatakan rezeki anak. Pengacara, Uyaina Arshad memaklumkan bakal menetap selama tiga bulan di Indonesia bersama anaknya, Raja Urhan yang baru berusia 10 bulan.
Semuanya bagi memenuhi undangan untuk menjadi pengacara Program D’Academy Asia (DAA) musim keenam.
Menerusi Insta Storynya, Uyaina berkongsi kisah tawaran itu sekaligus turut membawa buah hatinya untuk bersama-sama di Indonesia.
“Going back to Indonesia make me nervous.
“Mula-mula tu ada rasa ragu-ragu patut pergi ke tidak bila dapat offer tu. Sebab banyak benda kena fikir bila dah jadi isteri dan ibu.
Ads
“But Syahiran is soo supportive & loving. He’s the one yang suruh I pergi ke Indonesia & host DAA6. My in laws pun sama,” kongsi Uyaina di Insta Story.
Tak mahu berjauhan lama dengan anak, apa lagi berulang alik demi anak, Uyaina tekad membawa anaknya sekali menetap di sana. Apa lagi disokong penuh suaminya.
Sebaik diberitahu rumah disediakan buatnya dan anak, Uyaina tekad menerbangkan anak kesayangannya sekali ke sana.
Ads
“And Indonesiar juga sangat-sangat baik. Bila Yana cakap nak bawa baby, dorang okay & sediakan rumah yang sangat-sangat selesa & convenient untuk Urhan. Alhamdulillah.
“Tiga bulan di Indo. Rumah baru, suasana baru. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
“So far, Urhan yang paling excited. Nanti Yana share lagi ok,” kongsinya.
Kemelut di antara pelakon Shakilla Khoriri dan bekas suaminya, Fizi Ali dilihat semakin berpanjangan.
Menerusi perkongsian Shakilla ketika majlis Sulh untuk berbincang bersama Fizi Ali dan pihak terlibat bagi pengurusan kes Hadhanah, dia tidak pernah menghalang anaknya Ameena Sofia untuk bertemu dengan bapanya.
Malah kata Shakilla lagi, dia orang yang paling berusaha untuk mengekalkan jarak hubungan bapa dan anak itu sejak kedua mereka berpisah.
Dakwa Shakilla lagi, Fizi tidak menunjukkan usaha untuk bertemu dengan anaknya malah menghilangkan diri.
“Kalau awak tak datang cari anak awak, anak tak mungkin akan datang cari awak. Sebagai bapa, kalau rasa nak (bersama) anak, munculkan diri.
“Jangan hilang begitu saja. Jangan ghaib. Jangan cakap di media sosial begitu dan begini. Dia (Fizi) yang hilang,” katanya menerusi satu petikan video hari ini.
Menurut perkongsiannya, dia juga menafikan dakwaan Fizi ada menghubunginya beberapa kali selepas tidak dapat bertemu dengan anak mereka.
“Yang dia kata, dia telefon saya berkali-kali mencari anak, itu semua tidak betul.
“Demi Allah, saya cakap tiada, segala rekod dan bukti saya sudah serahkan kepada peguam . Dia tiada telefon atau WhatsApp saya di mana-mana. Dia hanya keluarkan kenyataan demi kenyataan di media sosial,” katanya.
Malah dakwa Shakilla lagi, campur tangan isteri Fizi dalam perbalahannya bersama Fizi tambah memburukkan lagi keadaan sehingga dia nekad untuk menyekat nombor telefon bekas suaminya itu.
“Kenapa nombor Fizi disekat, kena tanya dia sendiri. Saya ‘block’ (sekat) sebab ada campur tangan isterinya. Apa yang dia dah buat dengan Ameena, saya ada bukti dan serahkan kepada peguam saya.
“Sebab ‘block’ saya tak berminat nak bercakap dengan orang selain daripada bapa Ameena. Walaupun itu isterinya,” katanya.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui bayinya berusia tiga bulan meninggal dunia di tangan suami sendiri pada 4 Oktober 2022 apabila ditemui terbaring di katil rumah di Mukim Padang Hang, Alor Setar.
Menerusi laporan Berita Harian, ibu mangsa dikenali sebagai Kamalia, 22, memberitahu yang bayinya dianiayai suami setelah dia melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dipukul lelaki terbabit yang juga seorang penagih dadah.
Kamalia turut membuat laporan polis sebelum menumpang di rumah saudaranya kerana takut dengan suami yang mengancam mahu membunuhnya.
“Saya terpaksa meninggalkan tiga anak, masing-masing dua perempuan berusia setahun dan enam tahun serta bayi lelaki yang baru berusia tiga bulan.
Sejak itu, hampir setiap hari saya ke balai polis untuk meminta pertolongan supaya anak-anak diselamatkan kerana bimbang sikap panas baran serta suami yang mungkin bertindak luar kawalan berikutan berada bawah pengaruh dadah,” katanya.
Bayi sudah meninggal atas katil rumah
Tambah wanita itu, selepas beberapa hari meminta tolong dan merayu kerana bimbang akan keselamatan anak-anak, pihak polis telah datang ke rumahnya sebelum dia menghubungi mengatakan suaminya sudah ditahan serta dia juga dipanggil ke balai polis.
“Sebaik tiba di balai polis, saya dimaklumkan bayi lelaki ditemui meninggal dunia atas katil dalam bilik rumah dan ketika itu saya sudah tidak mampu berfikir.
“Bagaimanapun, saya dimaklumkan dua lagi anak diserahkan kepada keluarga mentua untuk dijaga buat sementara waktu,” katanya.
Sikap baran sejak awal kahwin
Jelas Kamalia lagi, sejak berkahwin pada 2019, suaminya sudah menunjukkan sikap baran dan cemburu buta serta sentiasa bersangka yang dia mempunyai hubungan dengan orang lain.
“Saya mengesyaki suami berperangai begitu kerana dia berada di bawah pengaruh dadah, malah saya pernah menerima 27 jahitan di kepala akibat dipukul, mata dicungkil dan ditikam tangan serta peha.
“Semua itu berpunca daripada sikap cemburu suami sedangkan sejak kahwin saya hanya berada di rumah yang turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dipasangnya bagi memantau pergerakan saya,” katanya.
Minta isteri jadi penjamin beli motosikal kuasa besar
Punca dia melarikan diri baru-baru ini adalah disebabkan tindakan suaminya mahu membeli motosikal berkuasa besar, namun dia diminta menjadi penjamin.
“Pemilik kedai memberitahunya yang isteri boleh dijadikan penjamin, namun ketika pulang rumah suami mempertikai dan menyoal kenapa saya perlu menjadi penjamin untuknya.
“Suami mula membuat pelbagai tuduhan terhadap saya sebelum berlaku pertengkaran sehingga dia memukul kepala dan mengugut mahu membunuh saya,” katanya.
Positif methamphetamine
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad memaklumkan yang suspek berusia 28 tahun sudah ditahan dalam serbuan dilakukan di rumahnya jam 2.50 petang semalam.
“Ketika serbuan, polis menemui mayat seorang bayi lelaki dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek turut positif methamphetamine.
“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku memukul kepala, menampar muka serta memulas telinga mangsa kerana mendakwa bayi terbabit enggan minum susu dan kerap menangis.
Selain itu, suspek turut mendakwa dia tahu bayinya itu sudah meninggal dunia dua hari sebelum ditahan.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Menerusi video Tiktok, Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah MacWilson Zainol Johari MacWilson, 28, telah muatnaik video bersama anaknya. Di dalam video tersebut dia berkata kaviar lebih sedap dinikmati bersama keju seperti keju Camembert atau Brie.
“Betul tak Issac?”
“Betul!” Jawab Isaac.
“Sedap! dia rasa masin-masin kan” . Sebelum ini juga dia pernah berkongsi video menikmati kaviar di sebuah restoran. Menurut pelakon wanita ini, kaviar boleh jadi sangat mahal hingga mencecah ribuan. “Tapi ini kita beli apa yang ada dekat depan mata di Jaya Grocer dalam dua puluh tujuh ringgit” katanya berkongsi.
Untuk pengetahuan, kaviar adalah telur ikan sturgeon yang diawetkan dengan garam dan menjadi salah satu hidangan yang tinggi nilai komersialnya di pasar makanan dunia. Setara dengan harganya yang mahal, rasa kaviar juga sangat lazat. Kaviar juga terdapat dalam pelbagai jenis.
Tonton video Zahirah dan Isaac makan kaviar:
“Issac pun suka makan kaviar kan? Tapi Issac boleh makan sikit-sikit je” kata Zahirah. Anaknya yang berusia dua tahun itu menikmati Lumpfish kaviar yang diletakkan di atas biskut yang disaluti hummus.
Namun apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah perbualan antara ibu dan anak itu dalam bahasa melayu. Melihat di ruangan komen rata-rata peminat memuji kepetahan Isaac bercakap dalam bahasa melayu.
Antara komen peminat;
Pelakon wanita ini meninggalkan pesanan di ruangan kapsyen;
“ Please refer to your childs doctor for health concerns or advie prior. Caviar has many health benefits and is rich in Omega-3 kids who reach age 2 are advised to give in small portions. Some children may experience an allergic reaction so please be cautious.” tulisnya dalam bahasa Inggeris.
Selain kebaikan kaviar yang dikongsikan oleh Zahirah, antara kelebihan lain makanan ini adalah dapat:
2. Menjaga kesihatan otak. Omega-3 yang ada dalam kaviar bermanfaat bagi orang yang memiliki risiko penyakit alzheimer.
3. Mengurangi risiko penyakit mata. Tambah menarik apabila Omega-3 yang ada dalam kaviar dapat mengatasi mata kering.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...