Adalah normal apabila bayi mempunyai minatnya yang tersendiri. Salah satunya payudara si ibu. Ada bayi yang memilih untuk menyusu dari payudara dan hanya sukakan sebelah sahaja. Hal ini akan membuatkan ibu merasa letih kerana posisi menyusu yang tidak berubah. Jangan paksa bayi untuk menukar payudara jika mereka tidak suka. Mereka pasti akan mengamuk!

Sakit, Kebas Sebelah Badan Ibu. Baby Cuma Pilih ‘Sebelah’ Waktu Menyusu

Untuk menukar belah payudara, is ibu perlu pujuk anak. Teknik memujuk sangat penting untuk mengembalikan keinginan bayi untuk menyusu dari kedua-dua belah payudara secara seimbang.

Artikel Menarik: [Ramai Tidak Tahu Susu Badan Ada Pekat & Ada Cair. Perlu Risau Atau Tak?]

Ibu Boleh Cuba 5 Kaedah Ini!

1.Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.

2.Mulakan penyusuan pada payudara yang bayi kurang gemar dahulu. Apabila pancutan reflek berlaku, alih ke payudara sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya.

Sakit, Kebas Sebelah Badan Ibu. Baby Cuma Pilih ‘Sebelah’ Waktu Menyusu

Ibu boleh mulakan dengan posisi cradle hold dan ketika mahu mengalihkan bayi ke payudara yang sebelah lagi, tukarkan ke posisi football hold pula (paling penting, alihkan tanpa perlu mengubah kepalanya). Ibu boleh memilih posisi yang paling selesa.

IKLAN

3.Susukan bayi anda dalam keadaan yang menenangkan dan selesa (lampu malap atau berkeadaan sunyi dan sepi).

4.Cuba menyusu sambil berjalan, menggendong atau ayunkannya perlahan-lahan sehingga bayi menerima payudara yang kurang digemari.

5.Jika bayi lebih gemar payudara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payudara yang perlahan aliran susunya.

Sakit, Kebas Sebelah Badan Ibu. Baby Cuma Pilih ‘Sebelah’ Waktu Menyusu

Jika sebaliknya bayi tidak suka susu terlalu laju, kepit (scissor hold) di bahagian areola untuk memperlahankan aliran susu. Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payudara yang perlahan alirannya, perahlah susu menggunakan kaedah marmet atau menggunakan mesin pam.

IKLAN

Artikel Menarik: [Banyak Dugaan Nak BF Anak. Ibu Kena Kental, Ayah Harus Supportive!]

Posisi Ibu Salah, Bayi Tak Selesa. Ini Boleh Buat Puting Ibu Melecet & Luka!

Boleh jadi bayi hanya memilih untuk menyusu dari sebelah payudara sahaja disebabkan posisi ibu yang salah. Situasi ini membuatkan bayi merasa kurang selesa dan boleh menyebabkan cara lekapan salah dan menyakitkan puting ibu.

Untuk kedudukan yang selesa sewaktu duduk, ampu bayi dengan kemas dan sokong bahagian kepalanya (bayi berbantalkan lengan ibu). Jangan kepit kepala bayi di celah siku.

Letakkan bantal menyusu di bawah badan bayi bagi menyokong tubuhnya dan juga tangan anda yang memegang anak.

IKLAN

Sakit, Kebas Sebelah Badan Ibu. Baby Cuma Pilih ‘Sebelah’ Waktu Menyusu

Jari pada tangan yang mengampu kepala bayi haruslah diletakkan pada celah punggung untuk menguatkan sokongan pada tubuhnya. Sebelah lagi tangan, ampu payudara supaya tidak menghempap muka bayi.

Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan. Jangan mudah berputus asa. Sama seperti orang dewasa, bayi juga mempunyai kegemaran dan pilihannya sendiri. Perlahan-lahan latih anak dan pujuk si manja untuk menerima kedua-dua payudara si ibu.

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI