
“Ma, perut adik sakit…”
Anak dah nampak sihat selepas demam atau jangkitan, tapi masih kerap pegang perut, mengadu kembung atau tiba-tiba cirit-birit? Jangan terlalu cepat anggap ia cuma sembelit, tersalah makan atau masuk angin. Ketidakselesaan yang berlarutan, terutama jika anak baru atau sedang mengambil antibiotik, boleh menjadi petanda sistem penghadamannya masih memerlukan perhatian.
Apa yang berlaku di dalam usus kadang-kadang tidak nampak dari luar. Walaupun si kecil dah kembali aktif dan berlari satu rumah, antibiotik bukan sahaja bertindak terhadap bakteria penyebab jangkitan, tetapi turut boleh mempengaruhi bakteria baik yang hidup di dalam usus. Sebab itu, perubahan pada sistem penghadaman anak selepas atau ketika rawatan tidak wajar dipandang ringan.

Apabila anak mengalami jangkitan bakteria seperti demam tinggi & jangkitan saluran kencing (UTI), doktor mungkin memberikan antibiotik. Ubat ini perlu diambil mengikut dos dan tempoh yang ditetapkan walaupun anak sudah kelihatan pulih.
Sepanjang rawatan, sesetengah kanak-kanak mungkin mengalami sakit perut, kembung atau cirit-birit kerana antibiotik turut boleh menjejaskan keseimbangan bakteria baik dalam usus.
Usus Anak Bukan Sekadar Tentang ‘Buang Air Besar’
Usus bukan sekadar berkaitan sembelit atau cirit-birit. Ia menempatkan triliunan mikroorganisma yang membentuk mikrobiom usus, penting untuk penghadaman, penyerapan nutrien dan fungsi imun.
Keseimbangan mikrobiom boleh dipengaruhi oleh pemakanan, penyakit, rutin dan penggunaan ubat. Ketika mengambil antibiotik, sebahagian bakteria baik juga boleh terjejas, menyebabkan perubahan sementara pada penghadaman, selera makan atau keselesaan perut.
Kenapa 1P Sahaja Bila Boleh Dapat Sokongan 3P?
Mama papa mungkin biasa dengar tentang probiotik. Tetapi untuk menyokong ekosistem usus, ada dua lagi komponen yang semakin diberi perhatian iaitu prebiotik dan postbiotik.
Bayangkan usus anak seperti sebuah taman. Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang boleh memberikan manfaat kesihatan apabila diambil dalam jumlah mencukupi.

Prebiotik pula ibarat “makanan” untuk bakteria baik. Ia membantu menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh bakteria baik di dalam usus. Antara contoh prebiotik yang biasa digunakan ialah fructooligosaccharides (FOS) dan inulin.
Postbiotik pula merujuk kepada komponen mikrob tidak hidup atau bahan bermanfaat yang terhasil daripada aktiviti mikroorganisma. Ia boleh membantu menyokong lapisan usus, fungsi sel imun serta persekitaran sistem penghadaman yang sihat.
Maknanya, ketiga-tiganya mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling melengkapi dalam menyokong ekosistem usus.
Bukan Sekadar Probiotik: CHAMPS Poppin’ Gabungkan 3P Dalam Satu Sachet
Di sinilah CHAMPS Poppin’ 3P-Biotics menawarkan pendekatan yang berbeza.
Daripada hanya memberi tumpuan kepada probiotik, formulasi ini menggabungkan 3P iaitu Prebiotik + Probiotik + Postbiotik dalam satu sachet, bagi menyokong ekosistem usus kanak-kanak secara lebih menyeluruh.

Lebih mudah lagi, semuanya sudah tersedia dalam satu sachet. Tak perlu menyukat atau menyediakan beberapa produk berasingan, hanya satu sachet sehari berdasarkan arahan pada label produk.
Kita semua juga tahu, formulasi yang bagus pun susah nak membantu rutin harian kalau setiap kali nak beri pada anak, satu rumah kena “berunding”.
Sebab itu CHAMPS Poppin’ 3P-Biotics turut hadir dengan sensasi “popping” dan rasa yang mesra kanak-kanak. Ia menjadikan rutin mengambil suplemen lebih menyeronokkan untuk si kecil, sekali gus lebih praktikal untuk mama papa.

CHAMPS Poppin’ 3P-Biotics dirumuskan untuk kanak-kanak berusia dua tahun ke atas dan boleh diambil sebelum atau selepas makan berdasarkan arahan pada label produk.

Bila CHAMPS Poppin’ 3P-Biotics Boleh Dipertimbangkan?
Setiap anak berbeza, tetapi ada masanya kesihatan usus si manja perlukan sedikit sokongan tambahan.
- Ketika anak mengambil ubat
Jika si manja sedang mengambil antibiotik atau antiviral, CHAMPS Poppin’ 3P-Biotics boleh dipertimbangkan sebagai sokongan tambahan untuk kesihatan usus. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi tentang waktu pengambilan yang sesuai. - Selepas selesai rawatan
Dah nampak aktif dan ceria semula? Kesihatan usus masih perlu diberi perhatian. Berdasarkan cadangan penggunaan produk, CHAMPS Poppin’ 3P-Biotics boleh diteruskan sekitar 30 hari selepas rawatan bagi menyokong pemulihan dan keseimbangan mikrobiota usus. - Si manja kerap jatuh sakit
Jika anak kerap mengalami jangkitan, penjagaan kesihatan usus boleh menjadi sebahagian daripada rutin kesihatannya. Namun, mama papa tetap disarankan mendapatkan pemeriksaan doktor untuk mengenal pasti punca sebenar.
CHAMPS Poppin’ 3P-Biotics merupakan sokongan pemakanan dan bukan pengganti rawatan doktor.
Jangan Lupa, ‘3P’ Juga Bermula Dari Pinggan Anak
Suplemen boleh menjadi salah satu pilihan sokongan, tetapi apa yang masuk ke dalam pinggan anak setiap hari tetap memainkan peranan penting.
Mama papa boleh memperkenalkan makanan yang sesuai dengan usia anak dan membantu mempelbagaikan diet mereka, termasuk sumber serat serta makanan seperti yogurt dan makanan fermentasi yang bersesuaian.

Pastikan juga anak mendapat pemakanan seimbang, minum air secukupnya serta mendapat rehat dan tidur yang mencukupi, terutama selepas melalui fasa kurang sihat.
Sebagai mama papa, kita mungkin tak mampu mengelakkan setiap demam, jangkitan atau hari anak kurang sihat. Tetapi kita boleh lebih peka terhadap apa yang berlaku di sebalik keluhan kecil mereka.
Kadang-kadang ayat ringkas, “Ma, perut adik tak selesa…” bukan sekadar tentang sembelit. Ia mungkin menjadi peringatan bahawa selepas tubuh kecil mereka bekerja keras melawan jangkitan, bahagian “dalam” juga perlukan perhatian.
Artikel ini disediakan sebagai perkongsian maklumat umum dan tidak bertujuan menggantikan pemeriksaan, diagnosis atau nasihat daripada profesional kesihatan. Antibiotik perlu diberikan mengikut preskripsi dan arahan doktor. Sekiranya ingin memberikan suplemen kepada anak, berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi, khususnya jika anak sedang menjalani rawatan atau mempunyai keadaan kesihatan tertentu.

sekarang!
