Sudah tentu ibu ayah akan merasa rungsing jika anak tidak mahu tidur. Biarpun aktif pada waktu siangnya, dia tetap tidur lewat pada malamnya. Anak-anak yang kurang tidur akan menyebabkan mereka tidak mendapat rehat yang secukupnya. Inilah salah satu punca mereka akan tantrum pada waktu siang.

Apakah inisiatif yang boleh diambil oleh ibu ayah untuk mengatasi masalah anak tidak mahu tidur ini? Tidur merupakan salah satu keperluan asas dalam fungsi badan manusia sebagaimana bernafas, makan dan minum.

Artikel Menarik: [“Kelu Lidah Tengok CT Scan Otak Bayi Akibat Jatuh Walker.” Doktor Cadangkan Guna Playpens Bukan Walker]

Salah Sikit, Mengamuk! Jangan Marah, Anak Buat Hal Sebab Tak Cukup Tidur

Tidur yang cukup dan berkualiti adalah salah satu faktor yang penting bagi kesihatan yang baik, terutamanya bagi anak kecil yang sedang membesar dengan pesat. Tidur yang secukupnya adalah sangat penting bagi memastikan segala fungsi organ dan badan berada di tahap optimum.

Semasa tidur, tisu-tisu atau sel-sel organ penting seperti jantung dan salur darah melalui proses pemulihan. Sel-sel otak si kecil juga dicas semula  dan litar sinaps  baharu dilahirkan semasa tidur.

Hal ini penting supaya keesokan harinya anak anda dapat mempelajari lebih banyak benda baharu, membina memori dan ingatan dan sebagainya. Ia juga membantu  menyeimbangkan emosi dan psikologi dan seterusnya membolehkan anak anda belajar berfungsi dengan baik dalam struktur sosial dan masyarakat.

Artikel Menarik: [Rangsang Otak Kanan Bayi Seawal Usia 6 Bulan, Anak Lebih Pintar & Cepat Belajar]

IKLAN

Selain daripada itu, tabiat pemakanan anak anda juga dipengaruhi oleh rutin tidur dan berjaga yang optima dan konsisten kerana sebahagain ritma rembesan hormon yang mengawal selera makan anak anda bergantung kepada tabiat tidur yang sihat.

Kanak-kanak yang berusia 1 – 2 tahun disarankan untuk tidur selama 11 – 14jam sehari. Ini termasuk waktu tidur di siang hari. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak tidur dalam lingkungan 10 – 12 jam pada usia tersebut.

Kanak-kanak di usia ini sudah mula lebih aktif mempelajari benda baharu, menerokai pelbagai aktiviti, dan mungkin akan kurang ‘berminat’ untuk tidur terutamanya di siang hari.

Malah ada kanak-kanak yang melawan keinginan untuk tidur dan hanya akan tidur setelah terlalu kepenatan. Walau bagaimanapun sebagai ibu bapa, kita seharusnya cuba untuk menyusun atur waktu berjaga dan waktu tidur anak sebaik mungkin. Tetapkan waktu tidur yang konsisten supaya anak belajar rutin yang betul.

Salah Sikit, Mengamuk! Jangan Marah, Anak Buat Hal Sebab Tak Cukup Tidur

IKLAN

Apabila menghampiri waktu untuk tidur, hentikan segala aktiviti termasuk gajet elektronik seperti televisyen dan telefon bimbit dan malapkan cahaya di kamar tidur. Berikan snek susunya sambil mendodoikan anak kecil anda sehingga tidur.

Antara simptom atau gejala anak yang kurang tidur adalah cepat marah atau kerap mengamuk, impulsif atau berubah emosi secara mendadak.

Salah Sikit, Mengamuk! Jangan Marah, Anak Buat Hal Sebab Tak Cukup Tidur

Artikel Menarik: [Asal Letak Je Menangis, Nak Berdukung 24 Jam, Pakar Kongsikan Trik Nak Atasinya!]

Kadangkala anak yang kurang tidur juga boleh menjadi terlalu hiperaktif buat seketika. Sekiranya ia berterusan, anak yang terlalu kurang tidur pula mungkin kelihatan tidak bermaya dan kurang berminat untuk melalukan aktiviti dan mempelajari benda baharu.

Salah Sikit, Mengamuk! Jangan Marah, Anak Buat Hal Sebab Tak Cukup Tidur

IKLAN

Selain daripada itu, kurang tidur atau tabiat tidur yang tidak sihat juga boleh mempengaruhi selera dan tabiat makan anak-anak. Seterusnya ini akan mempengaruhi tumbesaran anak anda sama ada menyebabkan kekurangan zat dan menjejaskan tumbesaran atau menyebabkan kecenderungan kepada obesiti.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Cara mudah nak menang akaun SSPN, klik saja di SINI

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI