Bila orang membandingkan anak-anak, apa perasaan kita sebagai ibu bapa. Pasti akan rasa tersentuh hati kan? Sebab itu, bila bercakap mengenai hal anak-anak, perlu jaga tutur kata kerana setiap anak ada kelebihannya.
Seperti perkongsian ibu ini, Cik Puan Ammy, apa yang buatkannya tersentak apabila ada yang menyatakan anak lahir bulan 12 lambat sikit berbeza dengan anak yang lain.
Salahkah lahir bulan 12..? Anak saya dilahirkan awal bulan 12. Jadi saya nak tanya para pembaca, salah ke lahir bulan 12..?
Kenapa mesti ada sikap yang suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain sedangkan kita sendiri maklum bahawa perkembangan bayi adalah berbeza. Saya pernah di sapa oleh seorang wanita ketika saya sedang berniaga.
Walaupun sudah hampir 4 tahun berlalu, setiap kali saya pandang anak saya, pasti akan teringatkan kata-kata makcik tersebut.
Makcik : Dah berapa bulan ni…?
Sambil tangan memilih selipar baby.
Saya : Dah nak masuk 8 bulan.
Ads
Makcik : Dah pandai apa yer…?
Saya : Owh…! Dah boleh duduk dan guling-guling.
Makcik : Lambatnyer… Cucu acik dah boleh bangun sendiri tateh-tateh dah… Dah tumbuh gigi pun 2 batang… Orang dah makan nasi nanti awk mkn bubur lagi yer syg.. Sambil cuit-cuit pipi ank saya..
Makcik : Lain kali kau jangan beranak bulan 12… lambat anak nak besor… lembabb nanti nak belajar.
Erkkkk…camtu pulak… Bisik hati saya.
Makcik : Berapa ringgit selipar ni…
Ads
Saya : 10 ringgit jer acik..
Makcik : Haisssh… Tak dapat kurang lagi ke… 8 ringgit dah la… Untuk cucu makcik baru nak ‘dapat kaki’ ni haaa …
Saya : 10 ringgit dah murah acik…
Tak jadi dia beli selipar tu.
Saya tengok mata anak saya… Tak apa lah dik… Kamu lambat jalan, mama, baba, kakak, abang-abang sentiasa ada untuk dukung kamu. Kamu lambat tumbuh gigi pun tak apa… Mama sentiasa ada untuk blender makanan untuk kamu. Yang penting kamu sihat, kuat dan cergas. Senyuman sentiasa ada bersama kamu… Sayang kamu anak mama…
Ads
Sekarang, awal bulan 12 ni dah nak masuk 4 tahun pun dia. Saya pun dah tidak berniaga di pasar malam lagi. Alhamdulillah ternyata apa yang dikatakan oleh makcik tu adalah mitos semata-mata…
Alhamdulillah susu untuk Yusoff sentiasa ada dan tak pernah kurang, Datin Shahida memuatnaik video berkenaan tip untuk ibu-ibu yang bekerja dalam masa yang sama masih menyusukan anak.
Susu ibu susu yang terbaik sebagai pemakanan anak-anak. Patutlah Yusoff Alqardawi nampak sihat dan gebu. Shahida tak lokek berkongsi rahsia bagaimana dia menguruskan jadual untuk mengepam, pemakanan walaupun dia sibuk menguruskan syarikat Dherbs bersama suami, Dato Aliff Syukri.
Ni lah rutin saya bila di ofis pump susu 3 jam wajib ikut timing…..minum air banyak….saya buat stok susu seminggu lepas bersalin sebab saya masuk kerja awal….Alhamdulillah susu utk yusoff x pernah kurang dan sentiasa ada…makan makanan berkhasiat sbb apa yg kita makan akan sampai melalui susu.
Pump susu, buat stok ketika berada di ofis
Simpan susu dalam storage milk bag kemudian
Tulis nama, tarikh pam dan juga masa
Masukkan ke dalam milk storage bag, dan pastikan ada ice pack
Ambil makanan tambahan sebagai milk booster
Set alarm 3 jam sekali untuk pump
Setelah pulang, masukkan kedalam freezer
Netizen memuji sikap sikap Shahida yang masih menyusukan Yusoff walaupun sibuk bekerja. Mereka juga berterima kasih atas tip yang diberikan malah ada juga yang sempat bertanya bebrapa tip yang lain.
Ada ibu bapa tanpa sedar atau menyedari bahawa mereka sebenarnya pilih kasih pada anak-anak. Anak yang pandai lebih disayangi manakala anak yang kurang pandai selalunya kurang diberi perhatian atau dipandang sebelah mata.
Biarpun anak-anak masih kecil, tetapi mereka juga mempunyai perasaan. Jika dimarahi, tetap akan terasa walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi kecil hati dan sebagainya. Salah satu keadaan di mana ibu ayah mungkin tidak sedar yang kita sebenarnya sedang menyakitkan hati anak-anak adalah apabila kita bersikap pilih kasih.
Ibu Bapa Pilih Kasih Pada Anak
Adakah kita dibenarkan untuk pilih kasih antara anak-anak? Salah atau tidak jika kita melayan anak secara berat sebelah? Berikut adalah penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus berkaitan hal ini.
Ini Hukumnya Seperti Dijelaskan UAI
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya? Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
YANG DIMAKSUDKAN PILIH KASIH YANG DILARANG INI IALAH PADA PERKARA ZAHIR YAITU MELEBIHKAN PEMBERIAN NAFAQAH ATAU HADIAH ATAU SEUMPAMANYA DARIPADA YANG BANGSA ZAHIR KEPADA SEBAHAGIAN ANAK YANG DIA KASIH.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
Artinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
Maksudnya : “Maka hendaklah kamu takut akan Allah dan hendaklah kamu berlaku adil antara anak-anakmu.”
Menyebut tentang impak sekiranya kita pilih kasih pada anak, mereka mungkin akan mengalami beberapa keadaan ini:
– Kurang keyakinan diri
– Kemurungan
– Cenderung bertindak kasar atau agresif
– Mengalami gangguan pembelajaran
– Berpotensi untuk mempunyai masalah komunikasi dengan orang sekeliling
Selain itu, untuk anak-anak yang terlalu diberi perhatian pula mungkin akan:
– Mengalami masalah dengan adik-beradik yang lain kerana rasa iri hati
– Mudah merasa terkongkong
– Tidak pandai berdikari dan terlebih manja
– Sentiasa memberontak dan tidak pandai untuk bertoleransi dengan orang lain
Sebagai ibu ayah, sebaik-baiknya cubalah mengelak untuk mempunayi sikap pilih kasih ini kerana ia memberi efek yang negatif pada anak-anak. Selain mengganggu proses tumbesaran mereka, keadaan ini akan menyebabkan anak cenderung memberontak dan sentiasa berperangai negatif.
Pelumba basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berkongsi cabaran membesarkan anak-anak di perantauan. Paling mencabar baginya adalah tahap penguasaan bahasa Melayu kedua-dua puterinya yang kurang lancar setelah sekian lama di besarkan di Melbourne, Australia.
Beliau turut berkongsi beberapa tip untuk membantu anak-anaknya menguasai bahasa dengan baik dan yang paling penting adalah penglibatan ibu bapa itu sendiri.
“Membesarkan anak-anak bukan suatu proses yang mudah. Cuba korang tanya mana-mana ibu bapa yang korang kenal. Setiap anak ada pelbagai ragam serta perangai dan cabarannya pula datang dalam pelbagai bentuk. Tapi bagi saya setiap anak-anak ini unik dan mereka ini seperti puzzle kepada ibu bapa.”
Menurut Azizul, anak-anaknya dibesarkan di luar negara sejak kecil dan bahasa pertuturan adalah bahasa inggeris sehingga menyukarkan mereka untuk berbahasa Melayu.
“Antara cabaran membesarkan anak-anak di perantauan adalah untuk memantapkan penguasaan bahasa melayu. Bukan mudah bila di sekolah mereka berbahasa inggeris. Bila berkumpul dan jumpa rakan-rakan komuniti Melayu, anak-anak ni sesama mereka sendiri memang mereka bercakap dalam bahasa inggeris juga.”
Beliau dan isteri mengambil inisiatif untuk mengajar anak-anaknya bahasa Melayu di rumah, membaca buku-buku bahasa melayu untuk memastikan mereka faham apabila berbahasa Melayu nanti.
“Apa yang saya dan isteri tersayang @tyailyana buat adalah di rumah kami akan bercakap bahasa melayu. Malah cikgu di sekolah pun memang sarankan agar ibu bapa untuk bercakap dengan anak-anak mereka menggunakan ‘mother tongue’. ‘Mother tongue’ tu bukang lidoh mok mung, alapadanglah kalu awok mung ingat budok-budok ni kene gune lidoh mok die, parok gituw. ‘Mother tongue’ ni adalah bahasa yang anak-anak mula-mula belajar di rumah daripada ibu bapa ataupun bahasa dari negara asal sesebuah keluarga tersebut.
“Yang keduanya saya cuba sebaik mungkin untuk mereka ini membaca buku-buku bahasa melayu. Kadang-kadang mereka ni agak berat skit nak baca sebab lenggok sebutan tu agak berlainan sedikit dan banyak perkataan yang mereka tak faham. Tapi nak tak nak kena cari jugak jalan untuk pastikan mereka baca buku-buku bahasa melayu ni kurang-kurang 3-4 kali seminggu. Biasanya anak-anak di perantauan ni mereka faham bila kita bercakap dalam bahasa melayu, cuma mereka susah nak balas balik sebab mereka jarang bertutur. Jadi kata kunci dia di sini adalah ‘Practice Makes Perfect’ ke guane boh?”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.