Salima Habibi Kongsi Pengalaman Penyusuan. Tak Amalkan Milkbooster Tapi Anak 4 Bulan Tetap 11kg!

Share

Pengalaman menyusukan cahaya mata adalah momen yang terindah buat ibu. Salima Habibi berkongsi tentang perjalanan penyusuan susu ibu buat cahaya matanya. Tidak mengamalkan milkbooster tetapi anak keduanya tetap comel, 4 bulan seberat 11kg!

Salima yang merupakan peserta Akademia Fantasia Musim Ke-4 mengakui menerima mesej di Instagram yang bertanyakan tentang milk booster yang diamalkannnya. Melalui Insta story, ibu kepada dua anak ini berkongsi tentang pemakanannya memenuhi keperluan si kecil, Syarifah Nurasmaa’ yang dikatakannya kuat menyusu.

AMALKAN SUSU KAMBING & KURMA MASA HAMIL

Tidak ambil apa-apa milkbooster, tiada menu khas. Tidak akan mengambil apa-apa produk milkbooster. Semasa hamil, Salima memberitahu yang dia mengambil susu kambing dan kurma.

MAKAN SUKU-SUKU SEPARUH, TURUN 20KG

Kini dalam fasa menyusukan bayinya, Salima mengamalkan pengambilan makanan dalam kuantiti sederhana suku-suku separuh. Hasilnya, 20kg berat dapat diturunkan dan masih dapat menyusukan Asmaa’ tanpa masalah.

MOMEN PENYUSUAN DI AWAL KELAHIRAN

Selain itu, Salima juga berkongsi pengalaman penyusuan pada awal kelahiran bayinya itu. Sokongan daripada suaminya, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre membantunya mengharungi saat-saat bengkak susu, bayi belum pandai melekap dengan baik dan sebagainya. Semuanya dijalani dengan positif.

TIDAK HAD AIR & MAKAN PELBAGAI  MAKANAN

Ketika berpantang juga Salima tidak mengehadkan pengambilan air dan mengambil sayur, buah dan pelbagai jenis makanan seperti ikan, ayam dan daging. Baginya momen berpantang yang gembira membantu proses penghasilan susu yang mencukupi.

ANGGAP RUTIN BERPANTANG ITU SEPERTI RAWATAN SPA

Lalui proses berpantang seperti biasa tetapi tidak terlalu memaksa diri. Salima berkata dia menganggap setiap rutin bertungku, berurut dan bersauna seperti rawatan spa.

BERAT TERKINI ASMAA’ 11 KG

Salima juga turut memaklumkan perkembangan terkini Asmaa’. Beratnya terkini ialah 11kg pada usia 4 bulan 3 minggu.

Ibu ini juga turut berharap agar boleh menyusukan Asmaa’ sehingga 2 tahun.

Sumber: salimahabibi

Artikel berkaitan: [Disebabkan Kurang Tidur Kerana Anak Menyusu Tengah Malam Hingga Ke Pagi, Salima Pernah Alami Masalah Saraf Pada Mata. Pipi Kanan Tak Boleh Gerak]

IKLAN