Tiap hari masak gulai pun bosan juga. Kadang tu sampai ibu pun dah tak ada idea nak masak. Tapi tetap juga kena sediakan menu atas meja untuk hidangan ahli keluarga.
Kadang lauk yang simple pun sebenarnya dah boleh membuka selera. Tak perlu nak beriya memasak dua atau tiga jenis lauk, asalkan kena selera, nasi satu periuk tu kejap licin.
Kali ni anda boleh cuba resipi simple yang dah viral. Resipi sambal bilis bunga kantan ni memang terbaik. Makan dengan nasi panas-panas, yang tak menambah makan pun akan bertambah. Tak percaya cuba buat.
Hanya dua bahan utama iaitu ikan bilis dan bunga kantan, boleh jadi lauk pembuka selera untuk seisi keluarga.
Resipi yang dikongsikan oleh Norizan Silawati Mohd Yusof boleh anda cuba buat. Jangan salahkan sesiapa ya kalau makan nasi bertambah lepas ni.
Ads
Resipi Sambal Bilis Bunga Kantan
-Bunga kantan rincih halus seeloknya guna yang kembang mekar tu.
Ads
– Saya guna satu kuntum mekar + 3 kuntum biasa tu.. (Ada banyak bolehlah letak lebih ikut citarasa)
– Ikan bilis digoreng ketepikan bagi sejuk
Ads
– Masak sambal macam buat sambal biasa tu. Dah kering sikit masukkan bunga kantan masak sampai layu dan garing.
– Tutup api dan biarkan sambal dah tak panas baru gaulkan ikan bilis yang dah goreng tadi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang, ada juga rasa muak dan tak berselera nak makan nasi. Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas.Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam. selain boleh dimakan dengan nasi dibuat lauk, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis mi.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Mudah Sarapan Pagi & Bekalan Anak Ke Sekolah, Masak Guna Air Fryer Je
Menu sarapan pagi untuk anak-anak biasanya yang mudah dan ringkas. Bagi memancing selera anak-anak untuk makan terutama sarapan pagi, mama ‘terpaksalah’ kreatif ketika menyediakan makanan.
Berikut dikongsikan resipi mudah sarapan untuk anak-anak, bagi menggalakkan mereka untuk sarapan pagi. Menu-menu ini juga sesuai untuk dijadikan bekalan ke sekolah. Sangat senang resipi yang dikongsikan Afzal Sukasuki ini. Semua menu ini dimasak menggunakan air fryer.
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha (boleh guna Royale Paratha Fatihah)
Bawang holland | dipotong dadu
400gm daging cincang | dicuci bersih
1 tin sos carbonara
1 biji kuning telur (untuk disapu atas roti)
Sayur campur (optional)
CARA-CARA:
1. Goreng daging cincang terlebih dahulu sehingga kering. Angkat dan dibiarkan sejuk seketika. Tumis bawang holland. Masukkan daging cincang yang siap digoreng tadi.
2. Kemudian masukkan sayur campur (optional). Masukkan sos carbonara. Masak sehingga mendidih sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk seketika.
3. Potong roti paratha kepada 2 bahagian. Letak bahan-bahan carbonara tadi sebagai inti ke dalam doh roti paratha.
4. Boleh kelim tepi roti paratha tadi menggunakan garfu. Sapu kuning telur pada atas doh carbonara.
5. Masukkan ke dalam air fyer selama 15 minit pada suhu 180°C. Dah siap, boleh dihidang kepada anak-anak.
Sejurus selepas melahirkan bayi, ibu akan mengalami Nifas. Apa itu nifas? Nifas ialah darah yang keluar setelah kosong kesemua rahim daripada kandungan sekalipun yang keluar itu dalam bentuk alaqah (segumpal darah) atau mudghah (segumpal daging), dan sebelum berlalu sekurang-sekurang suci (selepas kelahiran) iaitu selama 15 hari.
Antara perkara penting yang ibu bersalin perlu tahu ialah, hukum, tempoh dan keadaan yang menyebabkan nifas. Melalui portal theasianparent, nifas datang dari perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Dari segi saintifik pula, darah nifas ini ialah darah yang keluar dari rahim wanita selepas beranak atau darah selepas bersalin.
Tempoh:
Tempoh nifas tidak ada had minimum. Sebanyak-banyak nifas ialah 60 hari dan kebiasaan tempoh nifas ialah 40 hari iaitu hanya didapati melalui istiqra’ (kajian) sebagaiamana yang telah disebutkan. (Rujuk: Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj, 1/413). Seperti yang dinyatakan dalam portal mufti wilayah persekutuan, sekiranya darah tersebut keluar melebihi tempoh 60 hari, maka ia dihukumkan sebagai darah isitihadah (darah penyakit)
Bagaimanalah pula kalau bersalin Czer? Berapa hari tempoh darah nifas?
Dalam kes ini, hukum bagi wanita yang bersalin caesar sama seperti wanita bersalin normal. Apabila ada darah keluar, ia adalah darah selepas bersalin. Oleh itu, ibu hendaklah meninggalkan solat dan puasa. Walaupun anda bersalin secara pembedahan anda sama juga seperti wanita bersalin yang ada keluarnya darah nifas. Maka, samalah tempoh dengan wanita bersalin secara normal.
Darah Nifas Untuk Wanita Keguguran:
Bagi wanita keguguran, jika bayi telah cukup siftnya, maka darah yang keluar selepas bersalin ialah darah nifas. Namun, jika janin masih belum cukup sifat dan dalam keadaan segumpah darah atau daging maka darah yang keluar itu adalah darah haid.
Hukum:
Hukum bagi wanita yang dalam keadaan nifas sama seperti keadaan datang haid. Wanita itu tidak boleh solat, sujud tilawah, bertawaf, berpuasa dan ibadah-ibadah yang memerlukan kita dalam keadaan bersih dan suci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...