Menu telur antara yang menjadi pilihan seisi keluarga dan paling mudah nak sediakan dalam apa keadaan sekalipun. Sama ada untuk hidangan sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam.
Walaupun hanya digoreng dan diletakkan kicap sahaja, dah cukup membuka selera seisi keluarga. Sedar tak sedar, sepinggan nasi tak cukup. Selain menu telur kicap, ada beberapa lagi menu istimewa berasaskan telur.
Kebetulan sekarang di bulan Ramadan, pastinya kita sebagai ibu nak cuba sediakan menu yang sedap untuk membuka selera anak-anak. Apa kata cuba masak sambal telur pecah 3 rasa.
Resipi ini dianggap menu penyelamat jika dah kesuntukan masa lagi-lagi bagi ibu yang bekerja dan samai rumah pun dah agak lambat. Bukan itu saja, jika terlewat sikit bangun sahur pun masih sempat sediakan menu ini. Makan pula dengan nasi panas-panas memang tak pandang kiri kanan.
Berikut dikongsikan resepi sambal telur pecah 3 rasa hasil air tangan Liza Idris. Boleh terus simpan siap-siap menu ni untuk masak!
RESEPI SAMBAL TELUR PECAH 3 RASA
Nah, menu sahur simple “Telur Pecah Sambal 3 Rasa”. Boleh masak untuk sahur esok.
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji telur ayam
3 sudu cili kering
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Sedikit daun bawang jika ada
CARA-CARA
Cara masak ada pada setiap gambar. Jom kita mulakan.
Ads
1. Tumis
Mula-mula panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.
2. Masukkan cili
Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.
3. Masukkan sos
Ads
Masuk pula 3 beradik sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata. Hidup mesti adil.
Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barulah masakan jadi sedap.
4. Bubuh sedikit air
Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.
5. Perasakan
Rasalah sikit, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.
Ads
6. Pecah Telur
Rasa kuah dah sempoi, pecah je telur macam saya buat tu.
7. Taburkan Daun Sup
Tabur daun sup kalau ada dalam peti ais. Tak letak pun sedap je. Saja la serabutkan dalam kuali tu.
Kita biarkan dulu sekejap sebab tak nak telur tu pecah. Ada yang suka pecah bolehlah kacau.
8. Terbalikkan
Terbalikkan telur tu kalau nak bagi masak sama rata. Agak-agak dah masak, bolehlah tutup api. SIAP!
Haa mudah sangat kan! Sedap tu dah tentu. Bahan-bahannya semua yang memang ada di dapur. Wajib cuba, gerenti puas hati!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain Chicken Feet Stock atau Serbuk Ikan Bilis yang dijadikan penambah perasa dalam makanan anak kecil kita, mama boleh juga variasikan sumber makanan lain bagi menambah perasa dalam makanan anak. Idea menghasilkan stok pes tomato ini juga dapat membantu memberikan lebih ‘rasa’ pada anak.
Kiub pes tomato yang dikongsikan oleh Puan Erin Hillary ini di instagramnya @Mommy_EH memang menarik malah boleh dijadikan contoh untuk menyenangkan ibu-ibu memasak untuk anak. Balik sahaja kerja, keluarkan kiub dan campak sahaja ke dalam makanan anak.
Bukan anak sahaja, makanan untuk kita juga boleh digunakan. Paling penting bukan hanya tomato bahkan turut dicampurkan sayur-sayuran lain sebagai penambah rasa. Sihat!
Kapsikum sebagai optional. Untuk tambahkan lebih warna, kisarkan kesemua bahan dan masak dengan api perlahan sampai jadi pes.
Simpan pes yang dah siap dalam peti sejuk selama seminggu dan sejuk beku boleh tahan sampai 3 bulan.
Campurkan tomato dengan lobak merah, kapsikum, bawang merah dan bawang putih.
Masak hingga pekat.
Sejuk bekukan dan boleh tahan sampai 3 bulan.
Boleh sediakan spageti, nasi tomato, pizza, tomato soup, tomato mee dan masak merah untuk ahli keluarga lain. Senang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau sebelum ni kita selalu dengar resipi daging harimau menangis tapi kali ini apakata anda cuba buat resipi ayam menangis pula. Kalau susah nak dapatkan daging jangan risau, guna ayam pun tetap boleh nikmati hidangan popular ini. Selamat mencuba!
AYAM MENANGIS MERAUNG 😁
Bahan perapan ayam (perap 3 jam) :
– Ayam ( Isi Peha atas, Isi Peha Bawah,Isi Dada )
– Akar ketumbar
– Bawang putih
– Gula perang
– Sos ikan
– Kicap pekat
– Lada sulah/hitam
– Minyak
Blend semua, lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
Perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, bakar dengan api kecil.
Bahan sos:
– Sos ikan
– Air asam jawa
– Perahan limau nipis
– Gula kabung/nisan Thai
– Serbuk cili kasar
– Beras goreng
– Daun ketumbar (cincang)
– Akar ketumbar (cincang)
– Cili padi (cincang)
– Bawang merah (cincang)
– Bawang putih (cincang)
Bancuh semua bahan, perasakan.
Kredit : Serina Seman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.