PKP menjadikan kita lebih kreatif untuk mencipta pelbagai resipi buat anak-anak di rumah. Aiskrim jangan dilupakan kerana ia menjadi penyejuk tekak dan paling disukai anak-anak kita.

Tak perlu beli, kali ini apa kata kita buat sendiri aiskrim mangga homemade seperti yang dikongsikan oleh Pie Emy. Rasa memang padu!


Teringat mak kita ada bagi mangga, ehhh jom kite buat jap. Aiskrim mangga Homemade, Perghhhh fresh giler rasa dia.

Bahan-bahan:
Ovelet 1 sudu
Susu pekat ikut manis
Mangga -potong ikut suka banyak mana
Susu cair 1 tin

Blend semua bahan sampai gebu.

IKLAN

Masukkan dalam bekas.

Kemudian taburkan potongan mangga dadu dekat atas.

Kemudian bekukanlah semalaman.

IKLAN

Siap!

Menarik: Resipi Donat Mozarella Tarik, Anak Mesti Suka Keju Melimpah Macam Ni

IKLAN

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)