Bosan dengan aiskrim biasa, apa kata kali ini kita cipta kelainan pula dengan menjadikan aiskrim cheesekut yang enak dan unik rasanya.

Menggabungkan cheekut dalam aiskrim pastinya buat anak suka. Jom cuba resipi perkongsian Pn Hanis Zainal ini. Terbaik!


Assalamualaikum, hai hampa selamat malam, Keknis nak share resepi “CheeseKut Aiskrim”. Keknis belajar dari dapurcikdayang. Jadi keknis nak share dengan kawan-kawan dekat sini juga. Keknis buat jual cheesekut ni haa, hampa doakan keknis dimurahkan rezeki ye.

Bahan-bahan:
250gm -creamcheese
400gm -aiskrim vanilla (timbang masa beku nah-kalau timbang time lebur aiskrim tak berat)
Susu pekat secukup rasa
Susu full cream
Biskut marie

Cheesekut Aiskrim Gebu, Lagi Sedap Rendam Lama-Lama, Memang Layan!

Bahan A
Sediakan bekas, kemudian masukkan creamcheese pastu putar pakai mixer sampai jadi gebu tau. Pastu masukkan 2 sudu besar susu (kalau tak manis masukkan sehingga cukup rasa). Mixer lagi dan kemudian masukkan aiskrim vanilla. Pukul sampai cheese tu tak berketul.

Cheesekut Aiskrim Gebu, Lagi Sedap Rendam Lama-Lama, Memang Layan!

Sediakan bekas dan susu full cream untuk celup biskut marie.

Cheesekut Aiskrim Gebu, Lagi Sedap Rendam Lama-Lama, Memang Layan!

Ambil biskut marie dan celup dalam susu fullcream tadi. Celup sat ja nah pastu masukkan dalam bekas ni haa, saya pakai saiz 250oz.

IKLAN

Cheesekut Aiskrim Gebu, Lagi Sedap Rendam Lama-Lama, Memang Layan!

Kemudian masukkan adunan cheese tadi.

Cheesekut Aiskrim Gebu, Lagi Sedap Rendam Lama-Lama, Memang Layan!

Kemudian, patahkan biskut marie kepada 2, pastu celup macam yang pertama tadi dan letakkan adunan cheese tadi.

Cheesekut Aiskrim Gebu, Lagi Sedap Rendam Lama-Lama, Memang Layan!

Kemudian patahkan biskut marie kepada 2 bahagian sekali lagi dan susun bertentangan pulak supaya bila makan cheesekut kita terasa biskut marie tu ha.

IKLAN

Cheesekut Aiskrim Gebu, Lagi Sedap Rendam Lama-Lama, Memang Layan!

Kemudian ulang kaedah yang sama sampai full bekas ye.

Kemudian terpulang la nak letak topping apa pun, ni saya letak oreo. Saya beli oreo yang peket panjang tu, then saya buang cream putih tu pastu saya tumbuk dan jadi la serbuk oreo.

Cheesekut Aiskrim Gebu, Lagi Sedap Rendam Lama-Lama, Memang Layan!

Cheesekut Aiskrim Gebu, Lagi Sedap Rendam Lama-Lama, Memang Layan!

Taraa ni la hasil cheesekut aiskrim saya. Selamat mencuba guys, kemudian sejukkan dalam peti , bila dah sejuk boleh ngap.

IKLAN

Menarik: Aiskrim Mangga Homemade 4 Bahan, Blend Lama Sampai Gebu, Rasa Memang Tip Top

Cheesekut Aiskrim Gebu, Lagi Sedap Rendam Lama-Lama, Memang Layan!

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Hanis Zainol

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI