Kehamilan

Sambil Beri Ucapan Hari Lahir Buat Isteri, Zamarul Hisham Umum Berita Gembira. Diana Rafar Kini Hamil 5 Bulan

Share

Mendapat ucapan hari lahir daripada suami tercinta pastinya sesuatu yang indah. Tambahan pula dibuat menerusi akaun media sosial yang sentiasa menjadi perhatian peminat. Lebih menggembirakan disamping ucapan hari lahir, suami turut umumkan berita kehamilan isteri tercinta yang kini sudah pun memasuki usia lima bulan.

Pelakon yang pernah memenangi Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM), Zamarul Hisham bukan sahaja membuat ucapan selamat hari lahir buat isteri tercinta, Diana Rafar, tetapi turut mengumumkan isterinya kini sedang hamil 5 bulan.

Artikel menarik: Cantiknya Isteri Bukan Pada Rupa, Tapi Pengorbanan Yang Dibuat Untuk Suami

Dalam satu hantaran di Instagram miliknya, Zamarul berkongsi sekeping gambar isteri tercinta yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi.

“Selamat Hari Kelahiran buat bidadariku Diana Rafar. Terima kasih Allah kerna menjadikan dia permaisuri hidup ku.

“Semoga diberi kesihatan yg baik, diperluaskan pintu rezeki, sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah SWT,” tulis Zamarul.

Pada masa yang sama, Zamarul turut mengumumkan berita gembira bahawa Diana kini sedang hamil 5 bulan cahaya mata ketiga mereka.

“Alhamdulillah kini hamil 5 bulan, doakan kesejahteraan diana dan baby semoga diberi kesihatan yg baik. Luv u ma Diana Rafar,” kongsi Zamarul tentang berita gembira tersebut.

Rata-rata sahabat dan peminat mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan tersebut pada ruangan komen.

Zamarul Hisham dan Diana Rafar mendirikan rumah tangga pada tahun 2009. Pasangan tersebut telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Kashfi Haikal dan Kayla Reysha.

Tahniah diucapkan kepada Zamarul Hisham dan Diana Rafar dengan kehamilan yang baru ini. Semoga dipermudahkan melalui fasa kehamilan ini.

Sumber: Gempak

Artikel menarik: Tiap Kali Ardell & Suami Alun Zikir Anak Dalam Kandungan Bergerak. Keduanya Tak Sabar Tunggu Kelahiran Babyadhwardell

 

IKLAN