Keibubapaan

“Sambil Mandi Bacakanlah Doa” Galas Tanggungjawab Mandikan Anak Setiap Hari, Raf Yaakob Kongsi Tip!

Share

Menerima kelahiran bayi sememangnya cukup menggembirakan namun menjaga segala keperluannya saban hari, memandikan dan menyusukannya tidaklah semudah disangka. Semuanya harus dibantu, tidak boleh dilakukan sendiri oleh ibu berpantang yang masih tidak kuat selepas proses melahirkan anak.

Namun bagi Raf Yaakob, suami kepada pelakon Mawar Rashid, dia langsung tidak merasa kekok apatah lagi merasa terbeban untuk menjaga anaknya ketika berpantang. Dan inilah yang sepatutnya dilakukan oleh semua suami.

Menerusi instagramnya sebentar tadi, Raf berkongsi sebuah video ketika memandikan bayinya, Raden Seri Rossabella Cinta yang kini sudah pun berusia 2 minggu.

Kata Raf, memandikan bayi ketika dalam waktu pantang sudah menjadi kebiasaan baginya sejak dulu lagi.

“Pagi-pagi, memang tugas wajib papa mandikan @rossabellacinta. Bukan disuruh, tapi dah memang jadi kebiasaan Raf untuk mandikan semua anak-anak Raf waktu dalam pantang,” tulisnya.

Malah bapa kepada empat orang cahaya mata ini turut berkongsi tip ketika memandikan bayi. Bukan hanya bonding bahkan ia adalah sebagai satu petua untuk anak sentiasa dipelihara kesihatannya.

Malah kata Raf lagi, dia juga sentiasa mengamalkan zikir setiap kali memandikan bayi agar anak-anak sentiasa dekat dengan ibu bapa.

“Sambil mandi, sambil baca doa-doa tertentu supaya baby sihat, tak mudah demam, sakit etc. Kita doa dan usaha saja, Allah Swt jua yang tentukan.

“Lepas mandikan baby, time basah-basah lagi tu, kita hug dia. Biar air mandi dia meresap kat badan kita pulak.

“Sambil hug sambil baca doa, zikir-zikir tertentu dan niat supaya anak-anak sentiasa sayang dan ingat kat kita, rapat dengan kita, dengar cakap ibu bapak dan kita doakan sekali supaya dia menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Insyaa’ALLAH dengan izinNya. Amin,” kata Raf lagi berkongsi.

Malah kata Raf lagi, mengambil tanggungjawab memandikan anak ketika waktu berpantang seharusnya dilakukan oleh semua suami sebagai tanda prihatin ketika isteri masih berpantang.

“Lebih baik bapak-bapak yang mandikan time baby pantang ni. Sebab anak-anak semua Bin kan bapak dia. Plus, kita tolong lah ibu-ibu yang dalam pantang. Diorangkan tak boleh dukung baby lagi.

“3kg+ kira berat lah tu untuk ibu-ibu yang dalam pantang ni,”katanya berkongsi.

Terdahulu, Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rossabella Cinta yang lahir pada 2 Januari lalu. Raf turut mempunyai dua orang cahaya mata lagi melalui perkahwinan terdahulunya.

Artikel berkaitan: Lengkap Sepasang, Mawar Selamat Bersalin Bayi Perempuan, Pilih Nama Raden Seri Rossabella Cinta

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @rafyaakob

IKLAN