Hati siapa yang tidak luluh bila mendengar kisah seorang bayi kecil yang baru mengenal dunia, ditinggalkan keseorangan tanpa belaian seorang ibu.

Malam Jumaat yang sepatutnya tenang dikejutkan dengan penemuan menyayat hati seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir, dibalut dengan kain napkin dan diletakkan di dalam sebuah kotak di pondok menunggu bas berhampiran Surau Batu 5, Alai, Kandang.

Sampai Hati, Bayi Baru Lahir Masih Bertali Pusat Ditinggalkan Sendirian

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian itu disedari kira-kira jam 9.20 malam oleh seorang jemaah surau sebelum beliau segera menghubungi pihak polis.

Ads

Balai Polis Kandang yang menerima maklumat bergegas menghantar anggota ke lokasi. Pemeriksaan mendapati bayi berkenaan masih bernyawa dan ditempatkan dalam sebuah kotak berwarna coklat di atas tempat duduk pondok bas.

“Bayi seberat 2.7 kilogram itu masih bertali pusat, dianggarkan berusia sekitar tujuh hari dan berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan,” kata sumber.

Sampai Hati, Bayi Baru Lahir Masih Bertali Pusat Ditinggalkan Sendirian

Tidak lama kemudian, ambulans tiba di lokasi kira-kira 25 minit selepas panggilan dibuat. Pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan awal mengesahkan bayi itu stabil sebelum membawanya ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Ads

Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut hadir membantu siasatan di lokasi sebelum kes diserahkan kepada Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Sampai Hati, Bayi Baru Lahir Masih Bertali Pusat Ditinggalkan Sendirian

Ads

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Deputi Komisioner Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu dan ia disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Kisah ini sekali lagi membuka mata masyarakat tentang isu pembuangan bayi yang masih berlaku. Walaupun bayi itu ditemui dalam keadaan selamat, persoalan besar yang tinggal adalah mengapa nyawa sekecil itu harus menanggung takdir seberat ini.

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads