Ramai yang suka apabila jurusolek terkenal, Mua Bellaz berkongsi gambar atau video anak-anaknya. Ternyata wajah comel mereka semua diwarisi dari Bellaz dan suami dan sekarang ramai yang sering tertunggu-tunggu jurusolek cantik ini memuatnaik tentang anak bongsunya, Nur Aisywara Nealofa.
Sebelum ini perkongsian Bellaz yang menunjukkan gelagat Aisywara yang suka dikipaskan menarik perhatian ramai. Apabila berhenti dikipaskan, anaknya itu akan merengek. Yang lucunya, bila sambung semua kena kipas terus tersenyum!
Selain itu, Bellaz juga ada berkongsi video ketika dia menggomol pipi anaknya itu. Geram sebab comel sangat tapi ramai yang memuji Aishwara kerana dia anak yang susah menangis.
Terbaru, Bellaz memuatnaik sebuah video yang menunjukkan anak lelakinya Ean Yusuf pula yang bermain dengan adiknya. Biarpun pipinya yang gebu itu dicubit si abang, Aisywara tenang saja sambil tersenyum apabila diagah.
Ternyata gelagat dua beradik itu mencuit hati ramai orang. Antara komen yang dtinggalkan warganet;
Ads
Alahai, memang baik sungguhlah baby Aisywara ni. Dia langsung tak menangis, senyum je bila abang main pipi. Kalau tengok anak-anak Bellaz ni memang geram betul, semuanya comel-comel! Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang disenangi ramai serta membanggakan keluarga.
Biarpun hanya duduk d rumah dan menguruskan hal rumah tangga, peranan seorang isteri dan iu itu tetap mulia. Tidak perlu ke pejabat untuk membuktikan kaum suri rumah sayangkan keluarganya. Kebanyakan wanita yang membuat keputusan untuk fokus kepada keluarga bukannya biasa-biasa. Semuanya berpendidikan tinggi. Begitu juga dengan Shafeeqa Johari, isteri kepala pelawak terkenal, Atu Zero. Dia sering dikatakan tidak bekerja walaupun mempunyai ijazah.
Memuat naik sebuah posting di laman Instagram peribadinya, Shafeeqa menjelaskan mengapa dia lebih selesa menguruskan anak-anaknya sendiri. Walaupun duduk di rumah, Shafeeqa tetap menjana pendapatan untuk keluarganya dengan meniaga kek lapis yang dibuatnya sendiri. Bahkan katanya, menguruskan keluarga menjadi satu kenikmatan buatnya. Bahkan dia bersyukur kerana dirinya dihargai dan dihormati oleh si suami. Tidak timbul rasa bosan kerana jika tak tahu nak buat apa, Shafeeqa akan mencium anak-anaknya.
Baik lah… sy setuju dgn sis… sy xda maid.. jaga anak dirumah sepenuh masa sambil buat kek lapis?.. sbb itu je yg sy rasa nikmat walaupun sering dikatakan “ad degree tp x kerja..” come on.. sy kerja dr rumah duit masuk hokey… sy xsuruh mak/mertua jagakan anak sy. Nikmat basuh botol anak bertimbun dlm sinki ?. Nikmat tido 2 jam bangun menyusukan anak ?, nikmat cuci baju baby, baju sdiri hantar dobi. Xmuat umah nk sidai. Maklum lah, gemuk.. baju besar2 ? nikmat dgr anak dua2 menangis serentak ? nikmat tgk baby shark dodododo ? nikmat kene kutuk ngan suami ? nikmat.. semua tu Allah dah tentukan… TAPI KLO AKU ADA MAID BAIK, RAJIN senang dah hatiku… bersyukur je lah.. anak rapat ngan kita bila kita sdiri jaga. Org lain tu perlu bekerja untuk tampung belanja rumah. Rezeki masing2.. ad suami yg sanggup berabis untuk lihat isteri cantik, ada suami yg katanya gurau2 tp puji2 org lain, isteri sdiri dikutuk. Ada suami yg terima je seadanya, malah dihormati diagongkan lagi isteri nya. Kita enjoy je life… klo rase bosan, cium anak2… nikmat lah tu… mak2 yg bekerja tu x dpt nk cium anak 24jam… #positivekandiriku #terimakasihkepadayangmembeli #keklapisanozon anak2 sy menyusu dgn hasil pembelian kek dari anda. Insyaallah nnt mereka besar berbakti kepada semua org dgn baik. Sy tak beli emas untuk diri sdiri, tiada beg LV untuk melaram.. cukup lah sy dapat lihat anak2 membesar dgn sempurna. Terima kasih…
Atu dan Shafeeqa berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Dayang Sumayyah binti Sharif Kunal dan Sharif Salahuddin bin Sharif Kunal.
Seorang pelajar Tingkatan 1, Tan YouHan, telah mencuri tumpuan dunia inovasi teknologi apabila ciptaan beliau, PostureManager, diiktiraf dengan Anugerah Khas Juri: Teknologi Kreatif dalamINNOVATHON Musim 2, sebuah program realiti TV berteraskan sains, teknologi dan inovasi sebagai platform untuk mengangkat Kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mencari penyelesaian dan juga penambahbaikan terhadap isu sosioekonomi semasa.
Berusia 13 tahun, You Han adalah seorang pelajar di SMJK (C) Katholik PJ dan mula mendalami dunia coding sejak berusia 9 tahun. Kegigihan dan semangatnya dalam dunia teknologi membolehkannya mencipta penyelesaian yang praktikal untuk masalah kesihatan yang biasa dihadapi oleh masyarakat, terutamanya berkaitan postur duduk.
Latar Belakang Inovasi
Inovasi ‘Posture Manager’ bermula daripada pengalaman peribadi You Han. Ibunya sering mengalami masalah sakit belakang dan terpaksa menjalani rawatan fisioterapi yang berulang. Melihat kesukaran yang dihadapi ibunya, You Han merasa terdorong untuk mencipta sesuatu yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini dengan cara yang lebih efisien, terutamanya dalam pemantauan postur di rumah.
Bermula dengan membuat kajian dalam talian mengenai kesalahan postur duduk, You Han mendapati bahawa ramai individu, terutamanya mereka yang bekerja dalam jangka masa panjang, mengalami masalah postur yang salah. Hal ini boleh menyebabkan sakit belakang, leher, dan pelbagai penyakit lain. Menerusi pengamatan tersebut, beliau bertekad untuk mencipta sebuah alat yang dapat memberi peringatan kepada pengguna agar duduk dengan cara yang betul.
Inovasi Mengubah Cara Duduk
‘Posture Manager’ adalah sebuah peranti yang direka untuk membantu pengguna membetulkan postur duduk mereka. Peranti ini bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan mencegah penyakit yang sering timbul akibat postur duduk yang salah. Dengan menggunakan teknologi dan kemahiran coding yang diperoleh You Han, beliau dapat menghasilkan sebuah produk yang mudah digunakan, di mana peranti ini akan memberi amaran apabila postur duduk seseorang tidak betul.
Ketika ditanyakan tentang bagaimana produknya dapat membantu orang lain, You Han mengatakan kini semakin ramai yang mengalami masalah sakit belakang kerana postur tubuh yang salah.
“Saya percaya bahawa ‘Posture Manager’ dapat membantu lebih ramai orang pada masa hadapan kerana semakin ramai orang mengalami sakit belakang, yang sering dikaitkan dengan postur yang salah, terutamanya dengan peningkatan gaya hidup sedentari, pengaturan kerja dari rumah, dan masa penggunaan skrin yang berpanjangan.
Produk saya dibangunkan untuk menangani masalah yang meluas ini dengan menggalakkan tabiat duduk yang lebih baik, yang dapat mengurangkan risiko ketidakselesaan berkaitan postur, seperti sakit belakang. Seiring dengan peningkatan kesedaran mengenai kesan postur terhadap kesihatan jangka panjang, saya percaya ‘Posture Manager’ mempunyai potensi untuk membantu lebih ramai orang dengan bertindak bukan sahaja sebagai alat pembetulan, tetapi juga sebagai langkah pencegahan untuk mengurangkan sakit belakang sebelum ia menjadi masalah kronik.”
Kos untuk pembangunan produk ini adalah sekitar RM70, dan ia dijual pada harga RM100. You Han juga mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian pasaran dengan membuat tinjauan dalam talian mengenai masalah postur duduk yang salah sebelum memulakan pembangunan produk. Melalui kajian ini, beliau dapat memahami lebih lanjut tentang masalah yang dihadapi oleh ramai orang, sekaligus membantu mereka mencari solusi yang praktikal.
Pencapaian Hebat You Han!
Selain anugerah yang diterima dalam Innovathon, Posture Manager juga telah mendapat pengiktirafan dalam beberapa pertandingan inovasi. You Han meraih tempat kedua dalam pertandingan Coolest Project Malaysia di Pulau Pinang pada tahun 2023, dan juga dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima dalam pertandingan YTech Competition.
Lebih membanggakan, beliau telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan International Creative Innovation Award (ICIA) yang berlangsung di Thailand, di mana beliau berjaya meraih dua anugerah besar: Titanium Award dan Grand Prize pada April 2024.
Masa Depan Yang Cerah
Inovasi yang dihasilkan oleh You Han bukan sahaja memberi manfaat kepada individu yang mengalami masalah postur, tetapi juga menunjukkan potensi besar dalam bidang teknologi. Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan pengetahuan, kreativiti, dan ketekunan, seseorang remaja pun dapat mencipta sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat.
Memasang impian untuk menambah baik ‘Posture Manager’ You Han mahu mengembangkan produknya lebih dari sekadar sebuah kerusi.
“Saya sentiasa memantau cabaran kesihatan di seluruh dunia, mencari cara untuk memberikan impak positif. Pada masa hadapan, saya ingin mengembangkan ‘Posture Manager’ dengan menambah ciri-ciri baharu yang lebih meluas, bukan hanya terhad kepada kerusi.
Saya sedang meneroka cara untuk mengintegrasikan teknologi canggih seperti IoT dan AI untuk pembetulan postur yang lebih pintar. Saya juga bersemangat untuk meningkatkan bantuan mobiliti, seperti kerusi roda, dengan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan sokongan dan keselamatan bagi penggunanya.”
Tanpa ragu lagi, kejayaan You Han ini menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus meneroka dan berinovasi dalam bidang teknologi. Dengan semangat yang tinggi dan dedikasi yang tidak mengenal putus asa, beliau menunjukkan bahawa usia bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan yang besar.
Posture Manager adalah bukti nyata bahawa inovasi yang sederhana namun bermakna boleh memberi impak besar dalam kehidupan seharian. Tan You Han telah membuktikan bahawa dengan keinginan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi orang sekeliling, seorang pelajar tingkatan 1 mampu mencipta sebuah alat yang bukan sahaja menyelesaikan isu kesihatan, tetapi juga menginspirasi generasi muda untuk mencipta masa depan yang lebih baik.
Jom usha kesemua episod INNOVATHON Musim 2 di Astro Go dan sooka, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!
“Biarlah… budak-budak je pun.” Ayat ini kedengaran biasa, malah sering keluar daripada mulut ibu bapa yang menyaksikan gelagat anak mereka menolak, merampas mainan atau menjerit tanpa kawalan.
Tapi tanpa sedar, inilah bibit awal yang membentuk sifat membuli dalam diri anak-anak.
Isu buli di Malaysia, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, semakin membimbangkan. Lebih menyedihkan, ada kes yang berakhir dengan kecederaan fizikal serius malah meragut nyawa. Sedangkan, anak-anak ini tidak dilahirkan dengan sifat pembuli ia terbentuk daripada cara didikan, respons ibu bapa terhadap tingkah laku, dan persekitaran yang tidak membetulkan kesalahan sejak kecil.
Pengguna Threads, @lilybookattic_, berkongsi pandangan jujur yang meraih perhatian ramai. Katanya:
“Budak-budak yang kaki buli di sekolah itu tidak lahir terus jadi begitu. Itu hasil masterpiece didikan daripada ibu bapa. Bila anak tolak budak lain di taman permainan, rampas mainan, jerit macam Tarzan, dan biadab, ibu bapa pula bersahaja cakap ‘budak-budak sahaja pun’. Mereka normalisasikan kelakuan ini sejak umur tiga tahun.”
Tegas beliau, inilah punca utama budaya buli yang makin parah ia bermula dengan ibu bapa yang mengabaikan disiplin anak, dan menganggap semua kelakuan kasar itu sebagai lumrah usia kecil.
Lebih memburukkan keadaan, ada ibu bapa yang cepat melenting bila anak ditegur. Ayat seperti, “Saya kenal anak saya, dia bukan macam tu” sering diluahkan sebagai bentuk perlindungan, tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenaran aduan.
“Anak kita bukan malaikat. Mungkin depan kita dia baik, tapi belakang kita kita tak tahu. Siasat dulu. Tanya cikgu, kawan-kawan dia. Jangan terus menafikan,” kata beliau lagi.
Kasih sayang terhadap anak memang tidak bertepi. Tapi apabila terlalu melindungi hingga menutup ruang memperbetulkan kesilapan, anak akan rasa ‘bebas’ berbuat sesuka hati dan inilah yang memupuk sifat pembuli.
Sebagai ibu bapa, kita adalah ‘cermin’ kepada anak. Jika kita menghalalkan kelakuan kasar sejak kecil, jangan terkejut jika mereka membesar tanpa empati dan hormat pada orang lain.
Anak-anak perlu dididik bahawa setiap perbuatan ada akibat. Apabila mereka menolak, merampas atau menengking, tegur dengan kasih sayang. Jangan biarkan tanpa tindakan.
Jangan biarkan budaya ‘biarlah budak-budak’ menjadi alasan untuk terus membiarkan sikap kasar anak-anak berlarutan. Mulakan daripada rumah — bentuk akhlak mereka dengan disiplin, didikan dan kasih sayang yang seimbang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!