Sari Yanti Kongsi Tip Legakan Bayi Tersumbat Hidung & Kawal Emosi Masa Hamil

Share

Sari Yanti berkongsi tip penjagaan bayi dan kawalan emosi masa hamil. Ibu kepada Dariya Inara ini cukup sporting menjawab persoalan para peminatnya termasuk tip legakan hidung  bayi tersumbat dan caranya kawal emosi masa hamil.

Aktres Sari Yanti Dato’ Mohamad Nazari yang juga isteri Jep Sepahtu tidak kisah melayani soalan para peminat di ruangan Ask Me Questions di Instagram.

Antara persoalan yang ditanyakan kepadanya ialah seperti berikut;

TIP BAYI TERSUMBAT HIDUNG

Sari berkongsi tip membiarkan bayi terkena cahaya matahari sehingga bayi bersin untuk menangani masalah hidung tersumbat.

KAWAL EMOSI KETIKA HAMIL

Menjawab persoalan tentang kawalan emosi ketika hamil, Sari juga memberikan beberapa tip yang telah dilakukannya semasa mengandungkan Dariya iaitu;

  1. Sabar. Dengar dan baca ayat suci Al-Quran.
  2. Buat tak kisah kepada perkara yang tidak penting.
  3. Baca bahan bacaan yang baik. Tak payah baca kecaman kat artis kegemaran.
  4. Jangan tonton rancangan yang menyedihkan seperti cerita yang  memaparkan kisah suami tinggalkan isteri dan kahwin 2,3. Kata Sari ia untuk mengelakkan jadi lebih emo.

SELEPAS HAMIL LUAR RAHIM, KURANGKAN MAKAN FAST FOOD

Sari yang sebelum ini pernah mengalami masalah hamil luar rahim. Selepas itu dia mengurangkan pengambilan fast food.

HANDLE ANAK MENANGIS SEBELUM TIDUR

Ada juga yang bertanya tentang anak yang menangis sebelum tidur, ini respons Sari Yanti;

PEMAKANAN SEMASA MENYUSUKAN BAYI

Ada juga yang bertanya tentang pengambilan makanan pedas dan memakan aiskrim semasa menyusu, Sari Yanti telah menjawabnya berdasarkan pengalamannya.

BAYI YANG SELALU MAHU DIPEGANG & BAYI MAHU BERDUKUNG WAKTU MALAM

Ada peminat yang bertanya tentang bayi yang suka dipegang dan tidak suka diletakkan dan bayi suka bangun awal pagi dan mahu didukung. Ini jawapan Sari;

TAK AMALKAN KAWALAN MAKANAN KERANA MENYUSU

Sari juga menjawab persoalan mengenai penjagaan badan apabila ditanya peminat. Jawapan yang diberikan ialah dia tidak mengamalkan apa-apa kawalan pengambilan makanan atau berdiet sebaliknya akan menunggu bayinya Dariya mencecah usia 9 bulan untuk berbuat demikian.

PERTANYAAN MENGENAI DARIYA INARA

Sari juga menjawab persoalan peminat tentang buah hatinya, Dariya Inara.

Sumber: Sari Yanti

 

 

 

IKLAN