Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal. Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi. Pada umur 12 bulan, kanak-kanak boleh makan makanan keluarga.
Beri bayi makanan dengan tekstur yang bersesuaian bagi mengelakkannya daripada tercekik. Kanak-kanak perlu dipantau semasa waktu makan untuk mengelakkan kejadian berbahaya seperti tercekik. Penjaga perlu lengkapkan diri dengan pengetahuan asas tentang prosedur keselamatan akibat tercekik.
Pengenalan Tekstur Makanan Bayi dari 0-12 bulan
Ads
Namun apa bila bayi mula beralih bulan, tekstur makanan mereka juga perlu dibubah. Kenapa penting untuk mommy daddy faham peralihan tekstur makanan ini?
Kenapa kena tukar tekstur? Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa? Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap? Perkembangan skill baby adalah paling cepat antara 0-2 tahun. Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang. Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah.
6-7 Bulan : Puri, Cair, Kisar Halus
a) Baby belajar merasa makanan dan telan
b) Sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan
c) Transition dari susu ke makanan pelengkap
d) Jangan risau kalau baby taknak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup
e) Tujuan: memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu
7-8 Bulan : Lenyek, Kisar Kasar
a) Bayi perlu kuatkan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut
b) Lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letak dalam mulut sebab macam tu baby ‘rasa’
c) Sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan
d) Transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap saja bila bayi antara 7-8bulan
e) Kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan
8-10 Bulan : Cincang Kasar
a) Tujuan: kuatkan lidah baby untuk meng’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan
b) Melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah
c) Makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan
d) Kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan
e) Dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan
10 -12 Bulan : Potongan Kecil/Kiub Lembut
a) Tujuan: menguatkan lidah dan fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut
b) Anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi
c) Kuantiti 5 – 7 sudu besar
d) Memberi keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen
12 Bulan Ke Atas
a) Sama seperti makanan dewasa
b) Anak dah advanced,siap boleh duduk di meja makan dan suap sendiri
c) Jika beri lain dari menu, baby boleh soal kenapa makanan dia lain dari orang lain dan akan meminta juga makanan dari pinggan kita
d) Sebolehnya teruskan no salt sugar sehingga 2 tahun
Ubahla tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak. Apa-apa yang baru kita perkenalkan secara berperingkat untuk elak masalah seperti sembelit berlaku.
Madu memang memang berkhasiat dan mempunyai pelbagai kelebihan. Kita sentiasa mahukan makanan yang terbaik untuk bayi. Tapi tahukah anda madu tidak sepatutnya diberikan kepada bayi?
Madu tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 bulan. American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula yang diberikan kepada bayi yang berusia lebih muda daripada usia 12 bulan. Secara teknikalnya, ia termasuk madu mentah mahu pun yang terkandung di dalam makanan makanan yang dipanggang atau diproses menggunakan madu.
Ramai yang yang tidak tahu madu bahaya kepada bayi berumur di bawah 12 bulan walaupun madu telah diletakkan atau dicampur ke dalam makanan ketika dalam peringkat pemprosesan. Terdapat kebanyakan etnik dan budaya yang terus memberikan bayi madu seawal dari lahir dan terus memasukkannya awal ke dalam diet bayi tanpa menyedari tindakan ini boleh mengundang bahaya dan boleh mengancam nyawa si kecil.
KENAPA MADU BERBAHAYA KEPADA BAYI?
Madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme. Daripada 145 kes botulisme yang dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat, kira-kira 94 kes (65%) adalah botulisme bayi.
Walau bagaimanapun pakar-pakar menganggarkan angka-angka ini daripada 250 kes setahun dengan banyak kes yang tidak dikenalpasti. Apa yang menyedihkan ialah 90% bayi yang didiagnosis dengan botulisme bayi di Amerika Syarikat adalah di bawah umur enam bulan!
Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi spora / bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.
Madu kebanyakannya dimakan dalam bentuk mentah dan biasanya tidak dipasteur atau disterilkan. Madu walau telah dipasteur boleh mengandungi spora botulism dan tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 12 bulan!
Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Tidak seperti orang dewasa dan kanak-kanak lebih tua, bayi boleh jatuh sakit akibat daripada toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini.
TANDA-TANDA AMARAN BOTULISME BAYI
Botulisme akibat daripada kolonisasi oleh bakteria dalam sistem penghadaman bayi. Gejala biasanya muncul dalam masa 12-36 jam selepas bayi terdedah kepada makan makanan yang tercemar. Ia juga mungkin berlaku seawal beberapa jam dan sehingga 10 hari. Gejala botulisme pada bayi mungkin berlaku sehingga 14 hari kemudian!
Bayi dengan botulisme mungkin mempunyai gejala berikut:
Gejala ini disebabkan oleh lumpuh otot yang disebabkan oleh toksin bakteria. Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda botulisme, terus bawa ke bahagian kecemasan dengan segera kerana ia boleh mengancam nyawa!
Orang dewasa tidak terjejas dengan sejumlah kecil spora botulinium berbanding bayi. Pada orang dewasa, jumlah spora botulisme yang ditelan (jika ada) dari madu sangat kecil jumlahnya kerana kita mempunyai usus matang. Usus orang dewasa mengandung asid yang cukup untuk menangkal pengeluaran toksin yang menghasilkan bakteria botulisme.
Sebaik sahaja bayi mencapai umur satu tahun atau lebih, usus mereka akan mempunyai keseimbangan asid yang akan membantu memusnahkan dan melawan sebarang toksin yang menghasilkan bakteri botulisme.
BOLEHKAH BAYI SAYA MAKAN MAKANAN YANG DIBAKAR DENGAN MADU?
Spora botulisme hanya boleh dibunuh oleh haba yang tinggi yang boleh diperolehi dalam tekanan pembakar. Toksin (yang dihasilkan dalam keadaan anaerob) hanya boleh dimusnahkan dengan mendidih (WHO). Jadi secara teknikal, madu tidak selamat untuk bayi walaupun dalam bentuk yang dimasak seperti dalam makanan yang dipanggang seperti roti.
Spora botulisme TIDAK akan musnahkan semasa proses memanggang atau melalui mana-mana kaedah memasak rumah. Berbincanglah dengan pakar pediatrik dengan untuk mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
Cara pemakanan, teknik mengepam dan ‘mindset’ yang betul sangat penting untuk ibu menyusu di bulan Ramadan nanti. Ada yang risau susu akan drop dan mungkin cepat lapar selepas mengepam atau menyusukan anak.
Bagaimanapun, ada beberapa cara yang boleh dilakukan ikut kesesuaian badan ibu untuk pastikan kekal bertenaga dan dapat terus membekalkan susu.
Perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom caranya menghasilkan pengeluaran susu dan bertenaga boleh dicuba ketika waktu bersahur.
Pengalaman saya bila sahur makan berat seperti nasi, pukul 10 pagi bila tengah mengepam tu terasa juga berkeroncong perut. Menggigil lapar pun ya juga.
Jadi saya suka gantikan dengan oat, kurma dan susu. Paling favourite, susu + kurma blend! Smoothie yang menyedapkan dan in shaa Allah sampai pukul 2 petang tu boleh maintain lagi turun naik tangga.
Kebetulan pula kat pasar raya sejak bulan Mac hari tu dah mula jual kurma, terus saya beli buat stok.
Biasanya saya guna dua bahan je.
1. Susu segar 2. Kurma 3 biji
Lepas tu blend. Saya suka guna air sejuk untuk blend. Rasa segar sampai ke perut. Bilangan kurma tu bolehlah adjust ikut kesesuaian.
Mak-mak yang tak berapa gemar minum susu atau makan kurma bolehlah cuba kaedah ni. Biasanya bila cuba, ramai yang boleh terima.
Rasa macam susu farm fresh perisa kurma tu tau. Hehe. Selamat mencuba!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa kita tahu, selain serbuk ayam, ikan bilis dan juga Mirepoix, cendawan juga salah satu sayur yang paling memberikan rasa.
Tidak hairanlah mengapa cendawan sentiasa menjadi penambah rasa dalam setiap makanan?
Usahakanlah tambahkan cendawan dalam masakan anak. Bukan sahaja lebih khasiat bahkan sedap kerana perasa aslinya. Dr Mazliana Mazlan berkongsi tip.
Cendawan boleh jadi pengganti aji kalau masak sayur untuk anak. MSG penyedap makanan, beri rasa umami pada lidah. Buat makanan yang anak makan, lebih sedap dari biasa.
Ada yang ambil makanan tinggi dengan MSG tiruan, dapat kesan sampingan pening, loya, muntah, berdebar-debar.
Kajian pun ada tunjukkan yang MSG ada kaitan dengan obesiti, penyakit metabolik, kesan neurotoksik, dan kesan pada organ peranakan.
Tak sesuai untuk anak-anak kita ya. Sebaiknya elakkan dari anak-anak seboleh mungkin.
Kiub/serbuk ayam.
Kiub/perencah tomyam.
Secukup rasa, penyedap rasa.
Perencah nasi goreng.
Perencah sup tulang.
Perencah mee segera.
Sos tiram.
Kicap.
Elakkan masak makanan anak-anak kita dengan bahan ini. Semua jenis penambah rasa ni kebanyakkan ada MSG tiruan.
Cendawan, antara sayuran sebenar yang beri rasa umami yang kuat pada lidah kita. Sumber semulajadi pilihan yang lebih baik buat anak-anak.
Dalam gambar, saya ada kongsi 10 jenis cendawan yang ada di pasaran. Boleh shopping k.
1. Brown button mushroom
2. White button mushroom
3. Shiitake mushroom
4. Portabello mushroom
5. King otyster mushroom
6. Inoki mushroom
7. Grey oyster mushroom
8. Bunashimeji mushroom
9. Bunapi mushroom
10. Dried shiitake mushroom
Dried shiitake mushroom, sentiasa ada stok di rumah saya. Sebab cendawan ni kering, tahan lama, tinggi dengan glutamate dan beri rasa umami yang kuat. Guna sikit je dah sedap hasil masakan kita.
Buat mee goreng pun saya kisar dulu cendawan shiitake dan tumis sekali dengan bebawang. Seriusss, sedap lain dari biasa. Korang kena try tau.
Cendawan apa paling bagus?
Setiap cendawan ada khasiat terlebih terkurang sikit, tapi umumnya semua ada kebaikan.
Umur berapa boleh start makan?
Boleh cuba untuk baby 10 bulan ke atas.
Anak eczema boleh makan?
Yang ni tengok post semalam, 9 sayur yang anak eczema kena elakkan.
Serbuk cendawan boleh guna?
Boleh je kalau bahan-bahan dia ok. Boleh lah shopping cendawan lepas ni selalu tau. Kita cuba cari perasa dari bahan semulajadi untuk anak-anak ya.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Dark chocolate dikatakan mampu membantu fokus dan memori anak ketika musim peperiksaan. Ketahui penjelasan Pakar Otak Dr Rizal Abu Bakar, manfaat flavanol serta cara memilih dark chocolate yang sesuai.