“Satu Hari Nangis Fikirkan Raees” 12 Bulan Dah Hantar Anak Ke Playschool, Tasha Shilla Akui Tak Kuat!

Share

Ibu mana yang sanggup berpisah lama dengan anaknya. Lebih-lebih lagi anak baru berusia 12 bulan. Akui Tasha Shilla dia sendiri pada mulanya tidak yakin untuk menghantar anaknya, Raees Zander ke playschool.

Namun demi memastikan anaknya mampu berdikari lebih awal dan biasa dengan persekitaran lebih cepat, dia mengalah.

Menceritakan detik awal ketika Raees dihantar ke playschool, akui Tasha pada mulanya dia menangis seharian bila mengenangkan anaknya di sekolah. Bimbang anak kecil itu tercari-cari ibunya.

“Ramai tanya saya macam mana perasaan hantar anak yang masih kecil ke playschool.

“First day Raees ke playschool saya satu hari nangis fikirkan keadaan Raees. Dah makan ke, tidur ok ke takde mommy dia, happy ke dia. Macam-macam ada di fikiran sebagai seorang ibu/parent.

“First time tak pernah berjauhan, memang rindu sangat. Waktu itu dia masih berusia 12 bulan,”begitu kongsi Tasha di awalnya.

Namun kata Tasha lagi, demi memastikan anaknya peka dengan sekeliling ditambah pula bakal bergelar abang sedikit masa lagi, dia tekad.

Malah dia mahu Raees cepat-cepat peka dengan persekitarannya disamping mencari ilmu baru buat anaknya.

“Masuk hari kedua saya kena ubah mindset saya, saya dan suami mahu Raees belajar berdikari, belajar bersosial dengan kawan-kawan dan belajar ilmu yang bermanfaat. Memandangkan dia nak jadi abang tak lama lagi.

“Sekarang dah masuk 5 bulan Raees menimba ilmu di @kitakids.preschool, banyak perkembangan yang amat positif buat Raees.

“Saya dan suami sangat bersyukur Allah permudahkan segala urusan kami serta tenaga pengajar Kita Kids dan kanak-kanak lain semua nampak happy di playschool,” kongsi Tasha lagi yang begitu bersyukur dengan perkembangan anaknya kini.

 

Terdahulu, Tasha dan suami bakal menerima kehadiran cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi. Tasha kini berada di trimester terakhir kandungannya.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN