Mendidik anak-anak dengan aturan hidup yang sihat semestinya menjadi tanggungjawab mak dan ayah. Salah satu yang perlu diajarkan pada anak adalah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di ketika waktu berharga ini. Jom manfaatkan masa bersama-sama dengan anak.
Apakah yang perlu kita buat satu jam selepas subuh?
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Ajarkan juga pada anak-anak untuk mandi awal pagi. Cubalah!
Ads
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun tak apa. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah. Ajak anak sama-sama turut serta membaca Al-Quran.
Gambar hiasan.
5. Ajarkan pada anak sedekah subuh kerana ia bukan hanya dapat pahala tetapi melatih disiplin dalam diri anak selain mengetahui konsep bersedekah.
Satu jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.
Ads
Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama anak:
1. Berkebun dengan anak-anak.
2. Lepas sahaja subuh, ajaklah anak untuk bersenam. Biar tenaga mereka dikeluarkan. Baik untuk aktiviti fizikal anak-anak.
3. Minta anak lakukan rutin wajib seperti mengemas katil dan menyiram pokok bunga.
Setiap ujian Allah ada hikmah yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh kita. Baik dari kesihatan, rezeki atau apa sahaja. Bagaimana kita menghadapinya itu yang Allah nak tengok dan ganjarannya pasti besar.
Begitu juga dalam hubungan suami isteri. Sepanjang berumah tangga pasti ada kenangan yang akan kita ingat sampai bila-bila tambah lagi bila dah dikurniakan anak. Saling melengkapi antara satu sama lagi. Tapi jika pasangan kita ditimpa musibah, pasti kita pun turut terasa sakitnya.
Luahan hati dikongsi Encik Ayie reda dengan ketentuanNya apabila isteri tercinta terpaksa bertarung nyawa di wad ICU. Dia mengenangkan nasib yang bakal ditempuhi bersama seorang anak jika ketiadaan isteri tercinta.
Saya sanggup tak kerja takut…
Kita KENAL 2009. Kita TUNANG 2013. Kita PUTUS tunang 2014. Kita NIKAH 2016.
Macam-macam kita lalui, macam-macam kita tempuhi, walaupun family tak suka kita bersama tapi awak tetap ikut saya kahwin dengan saya. Ramai yang cakap saya tak boleh jaga awak, saya akan mensia-siakan pengorbanan awak. Saya tak kisah keadaan awak terbaring ke berkerusi roda ke janji awak ada dengan saya sama-sama kita besarkan anak kita. Saya boleh jaga awak asalkan awak boleh bercakap itu cukup memadai dan saya bersyukur. Sekarang diaorang tau yang diaorang silap, dari hari saya salam tangan tok kadi saya berjanji dengan diri saya takkan tinggalkan awak. Saya sanggup tak kerja takut terlepas waktu melawat, sebab saya nak bila awak sedar saya orang pertama yang awak nampak.
Awak tetap bertahan hingga sekarang
Anak kita perlukan kasih sayang awak bukan kasih sayang ibu yang lain, saya pun masih perlukan awak. 9hb doktor cakap awak mungkin tak bertahan smpai pagi masa tu saya dah REDHA saya dah putus asa tapi keajaiban ALLAH s.w.t awak tetap bertahan hingga sekarang. Hari ni sekali lagi saya nampak awak tenat harapan yang menggunung semalam, runtuh sekelip mata. Selalunya ramai yang teman saya mungkin hari ni mereka sibuk, bila saya sendiri macam ni saya jadi takut saya jadi tak kuat, walau macam mana pun saya tahan AIRMATA tetap mangalir. Saya nak awak dapat baca apa yang saya taip SAYA TAK NAK KEHILANGAN AWAK.
“TERIMA KASIH YANG DATANG MELAWAT , TERIMA KASIH YANG TIDAK PUTUS BERDOA UNTUK KAMI”
Saya tetap akan jaga awak
06/05/2019 hari pertama puasa saya BUKA seorang. Tapi awak tak nak bangun, masih terbaring dalam ICU dengan penuh tube dalam mulut, hidung, badan. Esok saya datang lagi tunggu awak bangun kita PUASA sama-sama, kalau awak tak bangun esoknya saya lagi, datang lagi, datang lagi, sampai awak BANGUN. Saya tetap jaga awak macam yang saya JANJI mula-mula kita kawin dulu. Susahnya kita nk di IJAB KABUL macam-macam kita tempuh, ramai yang cakap kita dah tak ada JODOH tapi ALLAH MAHA KUASA kita tetap disatukan.
Sebenarnya saya tak kuat
Kawan-kawan yang datang melawat awak semua MENITIS air mata termasuklah saya yang tengah menaip sekarang ni. Orang tanya macam mana kau kuat tempuh semua ni, ada yang cakap aku nak jadi macam kau sedangkan mereka tak pernah tau apa yang ada dalam HATI saya. Hanya ALLAH s.w.t je tau apa yang saya pendam, hari ni bila saya dengan awak je kat sana baru saya tahu yang saya sebenarnya tak kuat lagi-lagi sekarang bulan RAMADHAN, saya cuma takut bila SYAWAL menjelang tiba. Awak bangun la cepat kesian saya dengan FATEHAH.
Tiada yang menyebakkan hati apabila melihat terpisahnya kasih sayang anak dan ayah di saat anak masih kecil dan memerlukan belaian dan kasih sayang daripada insan bergelar bapa.
Kejadian tular video kejadian perselisihan faham di jalanraya, mangsa Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Syakir disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Nilai akibat dilanggar oleh suspek.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku berpunca daripada kemalangan kecil antara Syed Muhammad Danial dan suspek berusia 40 tahun selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.
Dalam kejadian pada jam 1.40 tengah pada 10 Ogos 2019, difahamkan kereta yang dipandu Allahyarham Syed Muhammad Danial melanggar bahagian belakang kereta suspek menyebabkan berlaku kejar mengejar sehingga kenderaan mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi.
Menurutnya, berlaku pergaduhan antara suspek sebelum mangsa yang dikatakan tidak berpuas hati keluar dari kenderaannya dengan membawa kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek. Suspek yang kemudian menekan pedal minyak dalam keadaan tergesa-gesa terlanggar Syed Muhammad Danial.
Kejadian itu menyebabkan Syed Muhammad Danial tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan sebelum dikejarkan ke Nilai Medical Centre oleh orang awam, Allahyarham bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu Qistina Ayu Rozhan Mohd Rozhan, 28, dan bayi perempuan yang baru berusia 4 bulan bernama Syarifah Dian Syed Muhammad Danial.
Polis menahan sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an dan direman tujuh hari hingga 17 Ogos di Mahkamah Majistret Kajang.Pasangan itu direman bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
KERETA ROSAK TAK KETARA, TAK SANGKA MENANTU CEDERA PARAH
“Jikabenar berlaku pergaduhan, tidak perlu hingga meragut nyawa” kata Mohd Rohzan Ramlee, 57, bapa mertua kepada Allahyarham.
Mohd Rozhan Ramlee berkata, dia dimaklumkan berita mengenai kejadian menimpa menantunya itu melalui anak bongsu, Zafri Amir, 19, selepas dimaklumkan oleh rakannya yang kebetulan lalu di lokasi kejadian kira-kira 2 petang.
“Sebaik menerima berita itu, saya bersama anak bergegas dari rumah di Bukit Mahkota ke lokasi untuk melihat keadaan menantu.
“Zafri yang tiba dulu di lokasi kemudian membawa abang iparnya ke klinik kesihatan berhampiran menaiki kereta orang awam sebelum dibawa ke Nilai Medical Centre selepas mendapati klinik berkenaan tutup,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, hari ini.
Mohd Rozhan berkata, dia yang tiba bersama isteri mangsa, Qistina Ayu Rozhan, 28, di lokasi lima minit kemudian mendapati bahagian belakang kereta dipandu menantunya itu kemek.
“Jika dilihat pada kerosakan kereta menantu, tidak ada kerosakan ketara dan saya beranggapan dia mungkin hanya cedera ringan.
“Namun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, menantu disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala dan dalaman.
CUCU HILANG BAPA SEKELIP MATA
“Sebagai bapa mentuanya, menantu seorang yang baik dan hormat pada orang tua. Saya sama sekali tidak menyangka kejadian ini menyebabkan cucu saya kehilangan bapa dalam sekelip mata.
“Menantu seorang anak yang taat kerana setiap hujung minggu dia akan membawa isteri dan anaknya ke rumah ibunya di Shah Alam.
“Jika diikutkan perancangan, mereka sekeluarga mahu menyambut Aidiladha di rumah ibunya ,” katanya yang berazam untuk membesarkan cucunya.
“Saya amat terkejut dengan perkhabaran itu kerana tidak menyangka dia meninggal dunia dalam kejadian itu tanpa menyedari apa yang benar-benar berlaku kepadanya,” katanya.
ADIK IPAR DAPATI MANGSA SEPARUH SEDAR
Zafri Amir ketika menceritakan semula kejadian itu berkata, abang iparnya ditemui dalam keadaan separuh sedar di tepi laluan berkenaan.
“Saya kemudian bergegas membawanya menaiki kereta orang awam yang berada di lokasi untuk ke klinik berhampiran.
“Apa yang saya lihat pada abang ipar ketika itu adalah kesan lebam di kepala serta perutnya.
“Sepanjang perjalanan ke klinik berhampiran, dia dalam keadaan separuh sedar.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, dia sudah tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Unit Kecemasan.
“Pihak doktor yang merawatnya kemudian memaklumkan dia sudah meninggal dunia ketika sedang dirawat,” katanya.
TANGISAN ISTERI MANGSA MERUNTUN JIWA
Sementara itu, isteri mangsa dilihat menangis teresak-esak sambil mendukung anak tunggal mereka, Syarifah Dian Syed Muhammad Danial berusia empat bulan ketika menunggu proses laporan bedah siasat.
Usaha wartawan untuk mendapatkan komen mengenai kejadian menimpa suaminya yang bekerja sebagai pengurus bank gagal apabila dia tidak mahu ditemu bual dan minta diberi ruang.
Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Mahkota, Bangi selepas proses bedah siasat.
Sumber: hmetro.com.my & mmgazzette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bangkahulu, Gemas di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam (Rabu).
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal, berkata Siti Nur Aini Zulimi dikatakan ditinggalkan sendirian dalam buai elektrik oleh ibunya yang keluar ke Pejabat Pos Gemas terletak kira-kira enam kilometer (km) dari rumah pada jam 10.30 pagi.
Minta tolong jiran lihat anak jika menangis
Katanya, ibu mangsa dikatakan ada berpesan kepada jiran untuk tolong melihat jika anak bongsunya itu menangis manakala lima anaknya yang lain dipercayai berada di sekolah.
“Tidak lama selepas itu, wanita terbabit menerima panggilan daripada jiran yang memberitahu rumahnya terbakar.
“Wanita terbabit bergegas pulang dan cuba memasuki rumah untuk mendapatkan anaknya namun dihalang oleh orang ramai berikutan api yang marak,” katanya ketika dihubungi.
Ahmad Pilus berkata, suami wanita itu berada di tempat kerjanya di Kem Tentera Syed Sirajuddin, Gemas ketika kejadian.
Katanya, kes disiasat oleh pihak bomba dan diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Melecur 30 peratus
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mohd Farid Abu Bakar, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.38 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, mangsa didapati melecur 30 peratus manakala rumah mangsa terbakar 60 peratus.
“Punca kejadian masih disiasat dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin,” katanya.
Perkembangan otak bayi dalam kandungan berlaku dengan sangat pesat. Ketahui 5 cara mudah yang ibu hamil boleh lakukan untuk merangsang pemikiran logik dan perkembangan otak bayi sejak dalam rahim.