Setiap orang ada kebaikan. Setiap orang juga ada keburukan. Tak ada siapa dalam dunia ni sempurna.
Kalau kita boleh terima ni, kenapa kita nak harap anak-anak kecil kita tu jadi sempurna? Langsung tak realistik, kan!
Macam mana yang realistik?
Kita cari kebaikan anak. Dan bantu bimbing kekurangan.
Tak payah nak compare anak kita dengan anak-anak orang. OK?
Anak ni rupanya tak automatik jadi baik. Lincah dan nakal tu semulajadi tingkah laku mereka. Sebab mereka tak tau apa baik dan apa buruk. Kita mak ayah ni la rupanya yang perlu motivasikan anak jadi baik.
Ads
Untuk motivasikan anak untuk jadi baik, kita perlu buat mereka rasa diterima, didengari, diperlukan, bernilai dan jadikan mereka rasa mereka sebahagian dari ahli keluarga. Bukan individu yang berasingan.
Bila mereka luah perasaan, letak tepi barang yang kita pegang. Pandang matanya.
Bila kita buat kerja rumah, beri sekali tugas kepada mereka.
Bila mereka memerlukan, kita hadiahkan pelukan.
Ads
Biar mereka tau, sumber kasih sayang ada dalam rumah. Tak perlu nak cari di sekolah. Atau menagih pada orang yang salah.
Ads
Kalau ada perangai anak yang kita tak senang, reflek semula diri kita. Adakah kita yang jadi penghalang anak untuk jadi baik?
Adakah kita hargai bila mereka berbuat baik? Atau adakah kita hanya nampak mereka bila mereka buat salah?
Kalau kita rasa anak kita nakal, tangkaplah mereka waktu mereka buat baik. Anak nakal sebenarnya lagi perlu banyak dipeluk dan dipuji.
Anak nak masuk kelas, ibu pula yang susah hati. Kerisauan yang semacam ini selalu terjadi pada kita. Bukan sekali tetapi setiap kali bangun pagi, kesabaran ibu selalu terduga.
Mengejutkan anak bangun pagi memang mencabar. Namun perkongsian OT, Ayesha Sairi pastinya sedikit membantu, lebih-lebih lagi anak-anak yang mengikuti kelas PdPR di pagi hari.
Strategi untuk Anak Sukar Bangun Pagi
Saya: Puan. anak ok ke ikut kelas online? Cikgu buat Google Meet anak ada masalah nak join?
Ibu: Saya stress sangat nak kejut anak bangun pagi. Pagi-pagi saya kalut kena sedia makan kat depa. Lepas tu nak paksa depa bangkit. Hat abang dah sekolah menengah pandai dah la urus masa sendiri. Hat dia ni jenuh nak ligan suruh pi bilik ayaq. Tak mau bangkit.
Saya: Lepas tu Puan buat apa?
Ibu: Saya dah hangat hati, saya tempik dari dapoq panggil nama dia. Tu pun kadang tak bangkit jugak. Baloq liat sungguh. Sakit hati saya.
Saya: Dia tidoq lewat ka puan?
Ibu: Tu lah tu. Kadang saya tak tau dia tidoq pukui brapa. Dok main game sampai malam. Bukan kita tak pesan suruh tidoq. Dok kata sat, sat. Nak habih dah. Saya tak larat tunggu. Saya tidoq dulu dengan adik dia.
Ada ke di kalangan pembaca yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama dengan ibu klien saya? Memandangkan anak masih mengikuti PdPr, mungkin ada ibubapa yang berasa sukar menguruskan anak disamping kerja hakiki yang perlu dilakukan.
Semua kerja pun perlu dilakukan dengan tergesa-gesa. Bawa bertenang. Apa yang kita boleh buat ialah kenalpasti root cause analysis atau punca masalah terlebih dahulu.
Kalau ikutkan perbualan dengan ibu ini, masalah utamanya ialah anak tidur lewat malam. Ini menyebabkan anak sukar bangun pagi.
Apa strategi yang saya berikan kepada ibu?
1) Limitkan masa anak untuk bermain game. Ibu kena tegas. Lagipun screen time yang lama untuk anak tidak bagus, boleh baca perkongsian saya sebelum ini mengenai screen time.
2) Buatkan jadual waktu untuk anak. Ini dapat membantu anak membina rutin harian. Secara tidak langung, anak akan lebih berdisipin. Jadual waktu ini boleh dilekatkan di ruang yang mudah dilihat sama ada di dalam bilik, ruang tamu mahupun di pintu bilik. Pilihan masing-masing.
3) Untuk anak yang masih belum boleh membaca, jadual visual dapat membantu mereka untuk mengetahui rutin harian.
Sediakan gambar yang jelas. Lukisan tangan pun tidak mengapa. Asalkan anak boleh tafsirkan dengan betul.
Jom sertai event Pa&Ma Gala Moms Reunion ni secara PERCUMA. Siapa daftar cepat dia dapat tempat. Apa mommies dapat bila join event virtual ni?
• Menyertai sesi soal jawab bersama Pakar yg akan mengupas topik masalah kulit yang kerap berlaku di kalangan bayi.
• Aktiviti games bersama selebriti mama iaitu Mawar Rashid, Farahanim & Muabella.
• Sesi cabutan bertuah.
Daftar sekarang di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cabaran membesarkan anak hari ini tak sama seperti dulu. Begitu juga untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah. Perlu pengorbanan ibu ayah sejak dari awal untuk membentuk akhlak anak.
Ini kerana dalam proses membesarkan anak, tiada apa yang membahagiakan hati ibu ayah kalau anak yang dilahirkan itu mendengar cakap, rajin solat, tolong ibu ayah, tak melawan cakap dan bersemangat ke sekolah untuk menuntut ilmu.
Namun di sebalik perkara itu, ada yang perlu ibu ayah buat untuk anak-anak sejak mereka kecil agar impian untuk melihat anak membesar menjadi seorang yang baik budi perkerti, soleh dan solehah tercapai.
Dalam facebook Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood beliau ada menekankan empat perkara penting perlu diberi perhatian oleh ibu ayah dalam proses nak mendidik anak.
Mungkin dah ramai yang tahu tapi kadang-kala ia tetap terlepas pandang. Antaranya adalah
1) Sentiasa keluar perkataan positif dan elak perkataan negatif
Perlu ingat andai perkataan negatif yang ibu ayah label pada anak-anak kerana perasaan marah yang membara di atas kesilapan mereka, bimbang perkataan negatif itu jadi mustajab. Macam mana? Tolonglah elakkan demi kebaikan anak.
Sebaiknya ibu ayah amalkan perkataan yang baik-baik walaupun dalam keadaan nak marah seperti anak bertuah, anak baik, anak mama sayang, anak abah sayang, anak syurga. Insya-Allah jika kata-kata ini sentiasa keluar dari mulut ibu ayah ia seolah-olah satu doa yang baik untuk kesejahteraan anak itu.
2) Tegur anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang
Anak-anak ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran ibu ayah dalam mendidik amanah yang diberikan-Nya. Kena ingat nak marah sekalipun, tegurlah dengan berhemah.
Percayalah setiap kesabaran Allah gantikan dengan ganjaran yang lebih baik buat ibu ayah. Sentiasa positifkan jiwa dan minda.
3) Amalkan sebut nama Allah dan Rasulullah S.A.W
Contoh anak ibu sayang Allah tak, anak ibu sayang Rasulullah S.A.W tak. Kalau sayang Allah dan nabi jangan tinggal solat. Jangan lawan cakap mak ayah sebab semua nak masuk syurga dan nak dapat syafaat Rasullullah S.A.W
Jika anak dah terbiasa, secara automatik anak faham dan apa yang dia kena lakukan mestilah yang baik-baik dan perlu dengar cakap orang tua. Ulang dan ulang, lama-kelamaan akan meresap masuk dalam jiwa anak.
4) Banyak berdoa supaya anak sentiasa lembut hati
Nak lembutkan hati anak, ibu ayah kena sentiasa berdoa tanpa putus asa. Doa adalah senjata utama untuk semua dan jika diamalkan selalu keberkatan itu akan diperoleh.
Percayalah ibu bapa yang sayangkan anak jika terus mengamalkan 4 tip ini, anda akan lihat hasilnya. Paling penting ibu bapa kena sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan masing-masing.
Kredit: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak menangis bila bangun tidur walaupun dah tidur lama? Perkara ini mungkin jadi penyebab. Mungkin ramai ibu bapa perasan ada waktu-waktu tertentu anak kita yang tidur lama tiba-tiba bangun dalam keadaan menangis seolah-olah macam tak puas tidur.
Keadaan ini mungkin menyebabkan ada ibu bapa yang memarahi si kecil atas alasan tidur sudah berjam-jam, bangun tetap juga merengek. Sebelum anda menambahkan lagi bad mood anak pada hari itu, ini LIMA sebab kenapa anak menangis bila bangun tidur.
Sleeping Discomfort
Tilam tak sesuai, pampers terlampau penuh, panas dan berpeluh pun boleh buatkan anak kita menangis masa dia bangun. Rasa tak selesa tu yang buatkan anak kita nak melalak je bila bangun.
Feeling hungry
Bila anak dah tidur 8-10 jam tanpa makan minum ni memang buatkan perut anak bagi signal untuk diisi lah. Tu yang bangun bangun je terus melalak mintak susu tu. Pedih perut la katakan.
Anxiety Awakening
Bila bangun-bangun je mak ayah dah tak ada depan mata memang boleh trigger rasa cemas anak. Ni normal je. Lebih kurang Separation Anxiety juga macam anak jadi cemas bila kita hantar dia ke rumah pengasuh atau dia tak nampak kita bila kita ke tandas atau ke dapur.
Cuma Anxiety Awakening ni adalah anak rasa cemas bila bangun tidur sebab kita tak ada depan mata dia. Itu yang dia melalak cari kita mama dan papanya.
Sleep Inertia
Bila anak bangun bangun je dia rasa groggy, rasa mengantuk sangat sangat dan rasa nak melalak, tu mungkin anak kita tengah kena Sleep Inertia.
Sleep Inertia ini terjadi sebab:
*Kita bangunkan dia masa dia tengah dalam fasa Rapid Eye Movement Sleep (REM sleep). Bahasa mudahnya adalah kita bangunkan dia masa dia tengah nyenyak sangat tidur
*Masa kita kejut tu level hormon Melatonin yang menyebabkan anak kita mengantuk tu masih banyak lagi. Tu yang anak kita melalak sebab dia masih mengantuk sangat lagi
Biasanya akan ambil masa 30 minit hingga 1 jam juga untuk anak kita betul betul recover daripada Sleep Inertia tu.
Lack of Quality Sleep
Bila kualiti tidur anak tak cukup, emosi anak akan mudah terganggu. Tu yang dia jadi irritable sikit. Contohnya jadi mudah nangis tanpa sebab setiap hari ataupun jadi mudah mengamuk tanpa sebab setiap hari.
Sebab itulah sebelum tidur:
*Jangan main gajet atau tengok TV beberapa jam sebelum waktu tidur. Takutnya bila kita tutup lampu pun mata anak masih terkebil kebil tak boleh tidur sebab ‘blue light’ daripada gadget tu boleh buatkan anak susah tidur
*Jangan bagi anak terlalu penat sangat sebelum tidur. Berpada pada lah kalau nak bagi anak bermain sebelum tidur sebab bila anak terlalu penat pun tidurnya boleh terganggu sebab badan dan otak dah jadi Overtired
Tolong sampaikan ilmu ni pada pasangan masing masing dan juga semua ibubapa di luar sana sebab ilmu ni tersangat la penting bagi ibubapa yang masing ‘berperang’ dengan perangai anak masing masing.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...