Melancong ke luar negara dengan anak kecil memang mencabar. Malah perlukan kesabaran yang tinggi. Hal ini turut diakui oleh pengacara hebat, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang turut berdepan hal sama ketika bercuti.
Pasangan itu yang kini sedang bercuti di London terbang tanpa bersama pengasuh mereka dan ini pastinya satu pengalaman menarik buat keduanya.
Jika dahulu hanya bersama Lara Alana, anak sulung pasangan ini. Kini sejak pula anak dua, Lila Aminam, percutian keluarga kecil ini tambah mencarabar.
Menurut perkongsian Awal di Instgaramnya, setiap hari dia sememangnya tidak punya masa untuk mengabadikan kenangan di media sosial. Semuanya kerana kepenatan menguruskan dua anak mereka seharian sepanjang bercuti.
Malah menurut awal lagi, dia tidak menang tangan melayan karenah dua anak perempuannya, Lara dan Lila yang sememangnya ‘anak daddy’.
Ads
“Tak menang tangan sampai terpaksa post 3rd day on the 4th day. Tak tau how long this supposed to be daily post will last.
“Saya ambil gambar, begitu banyak kenangan pada telefon saya tapi tak tahu sama ada sempat sampai ke media sosial.
Ads
“Melancong dengan bayi yang melekat ni memang sekat keupayaan saya untuk pos hahaha. By the time balik rumah, dah tidur,” kongsi Awal di Instagramnya.
Dalam pada itu menerusi entri berlainan juga, kata Awal, anak keduanya Lila Amina juga begitu cergas dan tanpa barang-barang kesayangannya ketika bercuti, dia mula buat perangai.
“Dukung, pacifier, blanket. Set of 3. Satu takde, bergegar dunia. @lilaaminaaa,” tulis Awal di Instagram.
Awal dan Scha juga turut berkongsi beberapa momen percutian mereka sepanjang menikmati musil salji di London. Banyak gambar-gambar cantik yang diabadikan pasangan ini.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Dalam hubungan suami isteri ada masanya kita alami satu perselisihan faham yang kecil. Maklum sahaja bila dengan orang yang tersayang, dia punya kecil hati tu cepat je, walaupun kadang tak ada isu yang besar pun.
Kadang terbawak-bawak oleh perasaan yang sentiasa ada keraguan, tapi itu semua normal dalam perhubungan. Yang penting kita dan pasangan tahu isi hati masing-masing dan cuba memahami antara satu sama lain untuk menjaga hubungan kasih sayang yang tercipta dalam rumah tangga.
Seperti dalam perkongsian yang dibuat oleh Saidatul Husna tentang Bahasa kasih sayang yang ramai kurang peka. Menurutnya timbulnya kurang peka terhadap Bahasa-bahasa yang disampaikan itu mungkin kerana kita dan pasangan masih belum sepenuhnya kuasai Bahasa kasih sayang antara satu sama lain.
Pernah tak kita rasa mencabar nak faham bahasa seseorang. Bukan bahasa pertuturan, namun bahasa dalaman mereka.
Contohnya kalau pasangan suami isteri, si isteri bagitahu saya sayang awak, awak kacak, awak hebat kemudian suami buat tak endah. Kita pun hairan, kecewa pun ya.
Kalau suami pulak bukan main dah ni tolong isteri buat kerja rumah, kemudian isteri rasa macam belum cukup je. Ada sesuatu yang tidak lengkap.
Mungkin itu tanda kita belum kuasai bahasa kasih sayang kita. Dalam sains, setiap dari kita ada kod yang menentukan bahasa kasih sayang masing masing. Perkara ini terjadi dari lahir dan boleh berubah mengikut suasana kita dibesarkan.
Jom teruskan bacaan, apa itu bahasa kasih sayang. Ada 5 semuanya iaitu :-
1) Word of affirmation (ucapan)
Jika kita suka orang puji contoh awak baik, awak bijak, awak cantik sangat hari ni, mungkin kod kasih sayang kita adalah dengan word of affirmation iaitu ucapan baik.
2) Receiving gift.
Jika kita suka beri hadiah dan menerima hadiah walaupun sekecil benda, rasa excited rasa gembira walaupun sebatang pen saja, mungkin kita jenis receiving gift iaitu suka menerima hadiah.
Saya ada kawan masa belajar di Mesir, asal hari jadi kawan je dia paling bersungguh carikan hadiah. Katanya memang suka bagi hadiah, rasa macam terapi.
3) Quality time.
Wah yang ni best. Jika kita tidak kisah orang puji, tidak kisah orang tak beri hadiah, mungkin kita sukakan masa berkualiti dengan orang yang kita sayang.
Pattern orang begini mereka sangat pentingkan masa. Suasana tenang, sunyi, tempat yang selesa membantu orang quality time menghargai setiap momen bersama orang tersayang.
4) Act of service (Bantuan)
Perasan tak ada orang tidak terkesan dengan kata manis, sentuhan, hadiah dan masa berkualiti, namun sangat hargai sesiapa yang membantunya buat kerja.
Jadi bila dengan orang begini, fokuskan pada bantuan dan ringan ringankan tulang bersamanya.
5) Physical touch (Sentuhan)
Sentuhan ini biasanya ada pada orang kinestatik. Kita ada 3 jenis elemen. Samaada visual, auditory ataupun kinestatik. Orang kinestatik sukakan pergerakan, tidak boleh duduk diam dan sensitif pada sentuhan.
Kadang kadang warga emas contohnya emak kita ada bahasa kasih sayang ini. Mereka sukakan sentuhan dan perhatian.
Inilah 5 bahasa kasih sayang menurut sains. Agak agaknya kita yang mana satu ya. Boleh juga main teka teki dengan orang sekeliling kita, pasangan, mak ayah atau anak. Mesti mereka baru tahu dan teruja selepas tahu.
Pengalaman pertama kali yang tidak mungkin dilupakan. Begitu kata Issey berkongsi kisah menyambut kelahiran bayi sulungnya, Faaeq Fathian yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu.
Menerusi Pa&Ma E-Workshop Urus Newborn Baby A-Z yang berlangsung pagi tadi, Issey berkongsi kisah dan pengalamannya bergelar bapa.
Kata Issey pengalaman pertama kali berada di labour room adalah momen yang tidak mungkin dapat dilupakannya. Amat berharga!
“Satu pengalaman yang cukup luar biasa untuk saya. Sepertimana yang semua orang tahu saya ada tiga orang anak tiri yang saya anggap sudah seperti anak kandung saya. Tapi pengalaman menjadi bapa sememangnya cukup luar biasa.
“Banyak benda baru yang saya pelajar, ada juga yang gagal tapi alhamdulillah isteri saya banyak pengalaman dan mak mentua juga banyak membantu. Alhandulillah,” kongsi Issey memulakan bicaranya ketika bersiaran secara langsung menerusi E-Workshop Pa&Ma pagi tadi.
Menurut kata Issey, pengalaman pertamanya berada di labour room melihat perjuangan isteri antara pengalaman yang tak dapat dilupakannya.
“Saya nak cerita dekat labour room lagi, yang bestnya anak saya lahir 31 Ogos iaitu Hari Merdeka. 30hb lagi isteri dah sakit-sakit perut, esok pagi baru isteri saya masuk labour room. Sebab pkp saya memang tak boleh masuk labour room awal dan bila dah sampai waktunya barulah saya dibenarkan masuk.
“Saya masuk masa dekat hendak bersalin. Bila masuk saja doktor sambut saya, saya menggigil tengok keadaan isteri waktu itu. Doktor pula yang risau tengok saya dan takut saya pengsan. Jujur saya takut nak tengok isteri waktu itu.
“Bila doktor cakap kepala dah nak keluar, saya mula gelabah. Doktor panggil saya untuk tengok, bila pertama kali tengok anak, air mata saya terus tumpah dan ketika itulah saya dah fikirkan tanggungjawab saya. Saya kena jaga amanah Allah ini dan perlu jadi lebih baik.
“Sebelum ini dah ada tanggungjawab pada tiga anak saya tapi bila tengok depan mata sendiri terus rasa keinsafan. Pengalaman yang saya tak boleh lupa,” kongsi Issey lagi.
Banyak belajar dari Youtube
Ketika di tanya mengenai pengalaman menguruskan anak kecilnya itu dan perbezaan menguruskan kesemuanya, kata Issey dia banyak mempelajari pelbagai ilmu di Youtube selain dibantu oleh isterinya yang banyak pengalaman menguruskan anak-anak.
“Anak-anak tiri saya dah macam anak kandung sebab saya jaga amanah tu sejak kahwin lagi. Kalau perbezaan, anak-anak sebelum ini semua dah besar, jadi saya kekok sebab masih bayi.
“Kalau dengan anak dah besar boleh la kita berkomunikasi, dengan baby ni susah pula. Dia menangis saja.
“Jujur saya banyak belajar macam-macam perkara melalu Youtube. Contoh saya cari apa sebab baby menangis, jadi saya belajar dari situ. Lama-lama sangat dah tahu setiap kali anak menangis.
“Cerita mengenai bangun malam, cabaran untuk saya sebab saya on air pagi, pukul 4 lebih saya dah keluar rumah sebab nak on air pukul 6 pagi. Jadi susah juga nak berjaga baby menangis malam-malam.
“Bagi saya, kalau nak bantu isteri, nak susukan anak kita bangun dan duduk di sebelah bertanya keadaan isteri pun dah cukup memadai. Itulah yang saya buat. Saya bangun dan bantu isteri mana yang patut. Bagi semangat pada isteri. Bila nak on air memang mengantuk tapi semua ini pengalaman baru bagi saya.
Malah kata Issey lagi, bergelar ayah kepada Faaeq Fathian atau digelar Baby Iyyen oleh Issey sekeluarga banyak mengajarnya pelbagai ilmu baru yang tidak pernah terfikir olehnya sebelum ini.
“Salah satu perkara yang cukup mengajar Issey adalah merubah keadaan dan situasi bergantung kepada anak. Contoh cara nak mandikan anak dengan air suam bukanlah air suam mengikut suhu kita sebaliknya kena kenakan air ke siku, barulah sesuai dengan suhu bayi.
“Begitu jugalah bila hendak buka penghawa dingin. Perlu sesuaikan dengan suhu sesuai untuk bayi. Anak tak suka suhu sejuk, terpaksalah saya ikut cara anak. Benda-benda macam inilah saya dapat ilmu baru untuk diri saya sendiri,” kongsinya lagi.
Belajar jadi support system terbaik
Malah kata Issey lagi, suami adalah support system terbaik untuk membantu isteri di rumah. Kalau bukan menguruskan urusan rumah tangga, ambil alih untuk menjaga anak.
“Bagi suami, ambillah tugas-tugas lain untuk membantu isteri bagi meringankan beban isteri. Kalau bukan jaga anak, uruskan perkara-perkara lain.
“Suami support system yang penting untuk pastikan emosi isteri berjalan lancar. Masalah kalau emosi isteri tak diuruskan dengan baik. Bagi saya isteri tak happy susah nanti.
“Baby Iyyen dah nak masuk tiga bulan, jadi saya gunakan masa sebaik mungkin dengan dia. Orang kata hubungan kita dengan anak paling baik adalah 12 tahun pertama. Dalam masa 12 tahun pertama inilah kita gunakan sebaik mungkin. Jadi tunjukkanlah kita sebagai bapa yang baik pada anak,” kongsinya lagi.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya kebanyakan ibu-ibu membeli barangan dapur untuk stok 2 minggu atau sebulan sekali. Keperluan pelbagai jenis sos, kicap dan sebagainya antara yang sentiasa ada di dapur. Ini untuk memudahkan kerja semua ibu bila nak menggunakannya.
Bagaimanapun, tiap kali kita membeli stok tersebut, hanya melihat tarikh luput dan arahan penyimpanannya tak dititikberatkan sangat. Sebab itulah, kadang-kadang walaupun tarikh luput lama lagi, barang tersebut dah rosak atau berkulat.
Melalui perkongsian Facebook seorang ahli teknologi makanan, Sazly Tulih, beliau kongsikan sebab mengapa pentingnya baca arahan penyimpanan pada label sesuatu produk. Ikuti perkongsian beliau.
Baca Label (Arahan Penyimpanan)
“Kenapa ya? Memang sudah lama guna jenama ni. First time kena macam ni. Kalau ikutkan tarikh luput lambat lagi. Dah guna sekali, hari ni nak masak kicap ikan. Sekali buka dah tumbuh kulat plak, nasib tak masak lagi. Sikit je nak share dengan tuan puan hari ni.”
Begitulah sedikit luahan rasa Puan Y berkenaan sos tiramnya yang dah berkulat walaupun baru sekali guna dan tarikh luputnya lambat lagi nak expired.
Kalau kita perasan, ada penyataan “Arahan Penyimpanan” pada botol tersebut. Jadi ikut la arahan itu. Untuk pengetahuan semua, apa-apa makanan yang telah dibuka kotaknya, plastiknya, botolnya ataupun tinnya, Tarikh Akhir, Guna Sebelum, Makan Sebelum dan Baik Sebelum telah berubah dan bergantung kepada tempat simpanan kita.
Oleh kerana bungkusan makanan yang telah dibuka, keadaan makanan itu adalah berlaian daripada keadaannya yang asal. Banyak faktor yang menyumbangkan kepada kerosakan makanan kita yang perlu diambil kira antaranya adalah suhu yang telah berbeza, udara, kelembapan, masa dan kebersihan persekitaran yang menyumbangkan kehadiran makroorganisma seperti bakteria dan kulat.
Banyak kaedah penyimpanan yang dicadangkan bergantung kepada jenis dan sifat makanan tersebut antaranya:
Sedikit tambahan, pada Peraturan 14(a), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dinyatakan
a. ”Tarikh akhir” berhubungan dengan sesuatu bungkusan makanan, ertinya tarikh selepas makanan itu, apabila disimpan mengikut apa-apa keadaan penstoran yang dinyatakan pada labelnya, tidak mungkin lagi mengekalkan ciri-ciri kualiti yang biasanya diharapkan oleh seseorang pengguna.
b. ”tarikh ketahanan minima” berhubungan dengan sesuatu bungkusan makanan, ertinya tarikh hingga mana makanan itu, apabila disimpan mengikut apa-apa keadaan penstoran yang dinyatakan pada labelnya, akan mengekalkan apa-apa kualiti tertentu yang diakui secara tersirat atau nyata.
Nasihat saya,
1. Baca arahan penyimpanan
2. Jangan menggunakan bekas makanan asal setelah dibuka seperti makanan dalam tin seperti susu pekat manis.
3. Salin bekas makanan asal kepada bekas makanan yang bersih dan kedap udara.
4. Tutup semua bekas makanan dengan sempurna setelah digunakan.
5. Sentiasa amalkan Lihat dan Hidu sebelum menggunakan bahan mentah.
6. Adalah lebih baik, labelkan setiap bekas makanan dengan nama produk dan tarikh akhir supaya tak terlupa.
7. Jangan beli produk makanan yang jarang dimakan dengan kuantiti yang banyak atau saiz yang besar.
Jadilah pengguna yang bijak.
Kredit Gambar: FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.