Sebut sahaja nama Che Ta, pasti sudah tergambarkan akan kecantikan dari kepala hingga ke kaki yang dimiliki ibu berusia 50 tahun itu. Tak pernah tak cantik. Itulah yang boleh diperkatakan mengenai ibu yang seorang ini.
Rupanya bukan hanya dirinya, malah Che Ta juga turut menjaga penampilan diri kesemua anggota keluarga, baik suami mahupun tiga anaknya, Ammar Effendy, Aniq Ezzra dan puteri kesayangan, Aaisyah Dhia Rana.
Menerusi perkongsian video, Che Ta mengakui kedua-dua anak lelakinya turut diajar untuk berpenampilan segak malah sentiasa memakai kasut berbanding mengenakan selipar di kaki apabila keluar dari rumah.
Walau hanya ke kedai, bagi ibu ini berpenampilan baik mencerminkan diri mereka sendiri. Dek kerana itulah mereka diajar untuk tampil kemas sentiasa.
Ads
Menerusi video temu bual di Tik Tok Che Ta turut memberitahu sebab sebenar dia melarang anaknya memakai selipar.
“Zaman dulu selipar kan buruk macam selipar jamban. Tapi sekarang okay je.
“Ammar dan Aniq ketika mereka membesar, saya memang tak ajar pakai selipar. Tiada selipar, hanya kasut,” katanya berkongsi.
Ads
Pun begitu kata Che Ta lagi, berbanding dua anak lelakinya, hal itu tidak terjadi kepada anak bongsunya Aaisyah Dhia Rana yang diajar oleh suaminya, Zain Saidin untuk tampil lebih santai.
“Tapi bila Aaisyah, sebab bukan saya 100% yang ajar dia tetapi Zain. Bila keluar dengan Zain, rupa anak Zain. Bila keluar dengan Che Ta, rupa anak Che Ta,” seloroh Che Ta.
Tambah Che Ta lagi, dia ibu yang paling gembira dalam soal menguruskan pakaian suami serta anak-anak supaya kelihatan ‘sedondon’.
Ads
“Saya enjoy, bila tengah malam saya akan susun dan pilih baju apa nak pakai. Bila benda tu you memang suka, memang takkan penat. Seronok sangat,” kongsi Che Ta lagi.
Perkongsian Che Ta itu sudah semestinya mendapat pujian ramai kerana bukan mudah untuk menyedia dan mempersiapkan satu keluarga untuk tampil sedondon dan bergaya.
Menjadi kebiasaan masyarakat kita, apabila isteri bersalin pasti akan dihantar ke rumah orang tua untuk dijaga. Namun bagi sesetengah suami, dia lebih rela menjaga sendiri isteri dalam tempoh berpantang.
Walaupun tidak sepandai isteri dalam urusan rumah, namun lelaki ini tetap mencuba yang terbaik untuk menjaga anak serta isteri dalam tempoh berpantang. Baginya, tak pandai tak apa asalkan ada rasa ingin belajar dan mencuba. Ikuti perkongsian bapa ini
Beginilah rutin harian tuan-tuan masa isteri berpantang.. balik keje cod barang-barang,tengok baju isteri anak tak sempat basuh lagi,kita tolong basuh,tolong jemur & lipatkan.
Tak pandai takpe dik,asal kita buat..salah takpe,kita belajar..tanya isteri dah makan atau belom,kalau belum..boleh kita hidangkan,makan sama-sama..
Jangan hentak kaki bila balik keje tengok makanan takde atas meja..tengok keadaan isteri & anak dulu,tengok keadaan rumah..tengok dalam sinki,ada yang tak sempat isteri buat,anak tak mandi lagi ke kita tolong buatkan, sama2 bertimbang rasa..bukan takut isteri dik,tapi kita hormat diorang..kerana isteri & anak-anak adalah rezeki kita..
Isteri saya berpantang czer,saya memang tak bagi dia buat kerja..suruh berehat banyak-banyak,lain orang lain situasi.. tak sama macam abang jugak dik,ada org keluar gelap,balik gelap untuk cari rezeki,abg alhamdulillah setakat boleh buat abang buat..
Tak kaya takpe dik,asal kita ada usaha..insyaAllah Allah permudahkan urusan kita.
Petua nak hilangkan baran ni ada caranya. Bila rasa nak marah, ketap bibir dan terus pandang tempat lain. Capai air masak dan minum sekurang-kurangnya dua gelas. Kemudian pergi ambil wudhu dan buat solat taubat.
Kalau wanita yang tak boleh solat. Lepas dah minum air tu, pandang tempat lain, buat kerja lain.
Sebenarnya kalian boleh nak marah, mungkin masalah tu boleh selesai dan kesalahan tu tak berulang.
Tetapi ada hal yang kekal. Iaitu pasangan akan terasa hati dan ingat sampai bila-bila.
Yang itu yang tak seronok. Titik kebahagiaan seseorang terletak di hati.
Perasaan yang ada dalam itu, kalau kita nak buat dia gembira. Maka jangan kita bagi dia terasa dan terluka.
Kadang, hal yang timbul ni bukannya hal besar. Boleh kata hal yang kecil sahaja terus diperbesarkan.
Para pasangan suami isteri di luar sana, boleh saja kita selesaikan dengan cara lain tanpa perlu marah pasangan kita.
Kita boleh pilih untuk berbincang tanpa guna kata-kata berapi.
Kita boleh pilih untuk berbincang pada masa dan tempat yang sesuai dan privasi.
Buang atau kawal sikap cepat nak melenting, cepat nak marah, panas baran ni sebab ia sifat syaitan. Syaitan suka kita ikut sifatnya.
Moga kita terlepas dari sifat amarah ini dan jadi manusia yang tenang dan sabar menghadapi sebarang ujian. Perbaiki dan perbetulkan sebelum terlambat.
Tidur sememangnya cukup penting sebagai salah satu tumbesaran bayi. Pun begitu mendodoikan bayi tidak mudah. Penat mendodoi, anak masih tak mahu tidur. Ada waktunya, bayi kecil kita perlu dibiarkan tidur sendiri supaya ia mudah terbiasa dengan keadaan ini.
Pelbagai cara sudah dicuba, tetapi si manja sukar untuk tidur tanpa disusukan atau didodoi sebelum tertidur. Ia pastinya menjadi satu masalah, lebih-lebih lagi jika ibu mengejar masa dan terpaksa melakukan pelbagai kerja lain.
Melatih anak tidur sendiri sebenarnya memerlukan teknik dan beberapa cara agar anak mudah terbiasa. Latihlah mereka untuk terbiasa dengan keadaan dan akhirnya apabila sudah biasa, bayi kecil kita akan tertidur dengan sendirinya.
Bawa masuk bilik awal
Perkara paling utama dalam melatih bayi tidur sendiri adalah dengan membawa si manja untuk masuk ke bilik tidur lebih awal daripada waktu tidur. Kaedah ini seolah-olah memberitahu si kecil bahawa sudah tiba masa untuk mereka tidur.
Jika anda mengamalkan cara tidurkan bayi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu membiasakan si kecil dengan rutin tidur awal. Sebaiknya ketika di dalam bilik tidur, elakkan sebarang rangsangan yang membuatkan si kecil cergas seperti bunyi daripada televisyen yang kuat.
Rutin sejak kecil
Anda pasti pernah mendengar rungutan sesetengah ibu bapa yang anak mereka sukar tidur awal. Ini adalah disebabkan oleh kebiasaan sejak kecil untuk tidur lambat. Jadi untuk mengelakkan situasi seperti itu, anda harus menyedari kepentingan mendidik waktu tidur kepada anak sedari usia bayi lagi.
Lebih-lebih lagi bayi memerlukan masa tidur yang lebih lama berbanding individu dewasa. Cara tidurkan bayi terbaik adalah dengan melatih mereka melelapkan mata pada waktu yang sama setiap hari. Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecergasan dan kecerdasan mereka sebelum tidur.
Rutin tidur konsisten
2 hingga 3 jam sebelum waktu tidur, anda amat disarankan untuk melakukan aktiviti yang tenang dan boleh merangsang otak si kecil untuk tidur. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan seperti memperdengarkan alunan zikir, bercerita, menyanyi atau sebarang perkara lain yang bersesuaian. Sebolehnya lakukan aktiviti yang sama setiap kali tiba waktu tidur.
Hindari aktiviti melibatkan gajet seperti televisyen atau gajet. Ia tidak membantu merangsang si manja untuk tidur, sebaliknya lebih menjadikan mereka cergas.
Elakkan gangguan ketika mengantuk
Biasanya apabila melihat bayi kelihatan mengantuk, apa yang anda lakukan? Membiarkannya atau mengusik mereka agar tidak tidur? Jika anda membiarkannya, ia adalah antara cara tidurkan bayi yang betul.
Apabila si manja tampak mulai lali dan hampir melelapkan mata, elakkan daripada terus bermain dengan mereka. Jika boleh, sebaik sahaja mereka kelihatan letih, bawalah si kecil ke dalam bilik yang sunyi dan tenang. Ini merupakan antara kaedah yang boleh dilakukan dalam melatih bayi tidur sendiri tanpa dipengaruhi oleh ibu bapa.
Kurangkan tabiat menyusu hingga tidur
Mendukung atau menyusukan bayi sehingga tertidur merupakan antara perkara yang sering dilakukan kebanyakan ibu bapa.
Jangan bimbang, ia tidak salah tetapi jika dilakukan secara berterusan, si kecil mungkin tidak dapat belajar untuk tidur dengan sendirinya. Jadi apabila bayi kelihatan hampir melelapkan mata atau keletihan, letakkan si manja di atas tilam untuk membolehkan dia menenangkan dirinya sebelum tertidur.
Sediakan ruang tidur yang selesa
Jika kita sebagai individu dewasa juga mahukan ruangan selesa untuk tidur, begitu jugalah keadaannya dengan si kecil. Sediakanlah ruangan tidur yang selesa dan tenang untuknya beradu dengan selesa sepanjang malam.
Hindari pencahayaan yang terlalu terang atau terlalu sejuk. Elakkan juga daripada memenuhi ruangan tidur si kecil dengan terlalu banyak barang mainan.
Jadikan waktu tidur sebagai keutamaan
Mesti ada yang bertanya kenapa waktu tidur si manja penting, bukan? Ia bukan sahaja waktu untuk melelapkan mata, bahkan ia juga adalah waktu untuk tumbesaran otak si manja.
Bukan sekadar itu, waktu tidur si manja juga adalah waktu untuk ibu berehat. Jika bayi sukar tidur, ia boleh menyebabkan wujudkan tekanan kepada ibu. Haaa…timbul masalah lain pula.
Melatih bayi tidur adalah perkara penting
Anda mungkin berasakan ia perkara yang tidak begitu penting untuk melatih si kecil tidur dengan sendiri. Tetapi percayalah semakin bayi anda meningkat besar, anda akan berasakan bahawa ia penting untuk mereka belajar tidur secara sendiri.
Jadi mulakan daripada awal, ia bukan sahaja penting untuk si kecil tetapi juga kepada ibu bapa kerana anda juga memerlukan rehat yang secukupnya.
Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma
Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.
Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.
Bagi anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.