Isteri mana yang tidak merasa bahagia bila mana suami sentiasa menjadi pendamping setia dalam apa jua yang dilakukan. Lagi-lagi bila suami berusaha untuk tunaikan hajat dan permintaan isteri di hari lahirnya. Inilah yang dilakukan oleh Dato’ Fazley Yaakob kepada isteri tercintanya, Datin Azrene Ahmad.
Bagi memenuhi permintaan isteri tersayang, Dato’ Fazley berusaha untuk menemani isterinya mendaki Gunung Kinabalu walaupun hanya menemani hingga ke Laban Rata sahaja. Namun usaha yang ditunjukkan dan memenuhi permintaan isteri sempena hari lahirnya amat dipuji.
Paling menarik rupanya Dato’Fazley seorang yang gayat. Pun begitu gayat tidak menghalangnya untuk menunaikan impian isteri tercinta. Pengkongsian di instagram buat semua pengikutnya terharu malah mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
Bismillah! Hadiah hari jadi Adik Sayang @azrene_ahmad dari saya, saya akan cuba untuk mendaki #GunungKinabalu bagi menyempurnakan impian beliau sempena ulang tahun ke-40 esok!
Ads
Buat yang tak tahu, saya ni seorang yang gayat sangat, segan kepada ketinggian hehe! Bila naik lift pun saya cuak, berdiri di balcony bangunan 3 tingkat pun macam nak tercabut nyawa rasa, tetapi demi isteri tersayang.. saya gagahkan juga untuk MENCUBA mendaki hari ni.. doakan kami berdua dan team kami juga ya!
Berjaya Sampai Di Laban Rata
Dato’Fazley sempat merakam detik kenangan bersama isteri ketika berjaya sampai ke Laban Rata. Beliau berbangga kerana dapat menghadiahkan permintaan paling bermakna buat isteri tercintanya. Hebat!
Sebak Terpisah Lama
Perkongsian video yang dimuatkan oleh Dato’Fazley ini mengundang rasa sebak dan terharu pengikutnya bila mana Datin Azrene lambat tiba walaupun hari telah pun gelap. Alhamdulillah selepas menanti lama, akhirnya Datin Azrene berjaya menamatkan pendakiannya pada jam 7 malam. Syabas!
Semalam sewaktu turun dari #GunungKinabalu bersama @azrene_ahmad , kami berpisah kerana hujan terlalu lebat dan saya terlalu gayat bila jalan perlahan. Jadi azrene turun bersama malim kami Alex dan saya diminta untuk terus turun dahulu memandang kan saya gak pantas mendaki dan turun gunung.
Ads
Namun saya sampai pukul 5 petang selepas mendaki turun di mulakan pada jam 12. Namun saya berdebar menunggu Azrene sebab dah pukul 7 malam kelibat Azrene dan malimnya belum kelihatan.
Sampai renjer hutan mengarahkan seorang malim gunung masuk semula di dalam hutan yang gelap gelita untuk memastikan mereka ok. Tak lama lepas tu Azrene akhirnya sampai. Sebak kami berdua. Tentunya pengalaman hari ulangtahun Azrene ke-40 yang terindah. Terima kasih semua yang menyokong dan memberi semangat!!
Mengajar serta menggalakkan anak-anak memberus gigi bukan lah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Salah satu penyebabnya adalah kerana mereka masih belum faham tentang kepentingan memberus gigi. Selalunya ia merupakan satu cabaran kerana anak-anak hanya bermotivasi untuk melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan sahaja. Ada ibubapa yang menggunakan kaedah memujuk, dan tidak kurang juga ada yang menggunakan ugutan dalam menangani masalah ini.
Terdapat beberapa tip yang boleh dipraktikkan untuk menggalakkan anak-anak memberus gigi:-
Mula Seawal Mungkin
Rutin penjagaan gigi dan gusi seharusnya diperkenalkan dan dimulakan seawal sebelum tumbuhnya gigi susu.
Sebelum tumbuhnya gigi susu, bersihkan gusi anak-anak menggunakan tuala atau kain bersih yang dibasahkan dan dibalut pada jari.
Berus jari untuk bayi yang dibuat khas daripada getah juga boleh digunakan untuk membersihkan gusi.
Mula membersih dan memberus gigi apabila gigi susu yang pertama telah tumbuh. Lap dan bersihkan gigi tersebut setiap hari menggunakan tuala atau kain basah yang bersih.
Apabila anak-anak telah selesa dengan rutin pembersihan tersebut, kenalkan beliau dengan berus gigi dan galakkan anak-anak untuk memegang sendiri bahagian pemegang berus gigi tersebut, semasa anda memberus giginya.
Berus gigi bersama mereka
Anak-anak suka meniru segala perbuatan ibubapa atau adik-beradiknya. Duduk berhadapan dengan mereka dan berus gigi bersama-sama. Semasa anda memberus gigi anda, tunjukkan padanya yang anda sangat seronok memberus gigi, agar anak anda akan berasa teruja untuk memberus gigi juga.
Pastikan anak-anak memegang berus gigi mereka sendiri and dapat melihat dengan jelas apa yang anda lakukan dengan berus gigi.
Jadikan rutin
Berikan penekanan bahawa memberus gigi adalah satu rutin harian yang wajib, iaitu pada waktu pagi dan malam.
Peruntukkan masa yang sesuai dimana anak-anak anda tidak terlalu letih, supaya aktiviti memberus gigi tersebut menjadi mudah untuk anda dan anak anda.
Jadikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang ringkas dan mudah. Sebagai permulaan, tidak perlu menekankan kepentingan memberus gigi selama 2 minit.
Masa bersama keluarga
Cuba dapatkan semua ahli keluarga untuk memberus gigi bersama sebagai satu aktiviti keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari, atau pun sekali seminggu semasa hujung minggu.
Biarkan anak-anak bermain dengan berus gigi mereka dan biarkan mereka memberus “gigi” patung mainan kegemaran mereka, ataupun mereka juga boleh memberus gigi anda.
Jadikan suasana memberus gigi itu sebagai satu aktiviti keluarga yang menyeronokkan.
Mainkan muzik / Nyanyikan lagu
Main kan lagu atau muzik kegemaran anak-anak semasa mereka dan anda memberus gigi.
Cipta satu lagu mengenai “memberus gigi” dan nyanyikan bersama mereka semasa mereka memberus gigi sendiri, atau pun semasa anda memberus gigi mereka.
Sekiranya mereka berhenti memberus gigi, hentikan muzik tersebut atau berhenti menyanyi. Beritahu mereka bahawa lagu dan muzik hanya akan dimainkan atau dinyanyikan apabila mereka memberus gigi semula.
Lokasi memberus gigi
Memberus gigi tidak semestinya dilakukan hanya di dalam bilik air atau bilik mandi.
Biarkan anak-anak anda memberus gigi semasa mereka menonton rancangan televisyen kegemaran mereka di ruang tamu (perlu diawasi!).
Memberus gigi juga boleh dilakukan di bilik makan atau dapur, dengan membiarkan anak duduk di kerusi dan anda berdiri dibelakang kerusi tersebut untuk membantu anak memberus gigi.
Pilihan berus gigi yang menarik
Beri peluang kepada anak anda untuk memilih sendiri berus gigi, sebagai contohnya berus gigi bermotif kartun atau hero kegemaran mereka.
Apabila anak-anak diberi peluang begini, mereka akan merasa bahawa diri mereka mempunyai kawalan kemampuan dan keperluan.
Pilihan ubat gigi berperisa kegemaran anak-anak
Gunakan sebarang jenis ubat gigi kanak-kanak yang disukai mereka dan juga mempunyai perisa yang digemari.
Biarkan anak-anak memilih pelbagai jenis ubat gigi kanak-kanak berperisa dan cuba setiap perisa semasa memberus gigi agar mereka dapat memilih perisa kesukaan mereka.
Boleh juga gunakan pelbagai perisa ubat gigi kanak-kanak secara bertukar-tukar mengikut giliran.
Walaubagaimanapun, pastikan hanya meletakkan ubat gigi bersaiz kacang pis di atas berus gigi, terutama jika menggunakan ubat gigi berfluorida dan anak-anak tidak pandai berkumur atau meludah dengan sempurna.
Beri anak-anak penghargaan
Anak-anak boleh diberi motivasi mengenai kepentingan memberus gigi dengan memberikan mereka penghargaan setiap kali mereka memberus gigi.
Buat satu carta untuk mereka menandakan aktiviti memberus gigi setiap kali ia dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya.
Berikan penghargaan setiap kali mereka berjaya memberus gigi dengan baik, seperti membeli dan bermain dengan permainan kesukaan mereka atau membacakan mereka cerita dari buku kegemaran mereka.
Selalunya, penghargaan lisan seperti pujian adalah memadai.
Tidak kira bagaimana anda menangani masalah ini, jangan menganggap ia sesuatu yang mudah dan jangan mengharapkan kesempurnaan.
Peranan ibubapa mendidik anak-anak dan menerapkan keberanian dan semangan kesukarelaan adalah suatu tugas yang penting. Seorang juara adalah diasuh dengan pemikiran dan minda juara.
Saksikan kisah “Hero Cilik” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 29 Julai, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa wanita mudah sangat stres dan moody? Boleh dikatakan setiap hari mesti akan ada perasaan ni walaupun tak terlalu serius. Ibaratnya semua perkara nak difikirkan serentak hingga hati dan perasaan sendiri terabai.
Perkongsian dari saudara Mohd Fhais yang selalu berkongsi ilmu keibubapaan dan rumah tangga ini ada betulnya.
Selalu orang kata wanita mudah sangat stres dan moody kan. Kenapa? Jawapannya kerana mereka suka nak menjaga hati orang lain lebih dari hati diri sendiri. Walaupun hati sendiri terabai.
“Bang jangan lupa ya kenduri aqiqah adik abg hari sabtu ni.”
“Bang dah lama tak balik jumpa mak abg, bila nak balik?”
“Bang nanti kita pergi melawat adik abg tengok baby”
“Bang nanti kita pergi tengok mak kat hospital”
“Bang mana nak cari sofa bed untuk ayah, senang dia nak duduk dan baring”
Begini la bila jadi wanita, setiap masa dia duk fikir pasal orang lain. Pasal adik la, adik ipar la, mak mertua la, mak dengan ayah sendiri la.
Memang sahih bahawa wanita ni dilahirkan sebagai CONNECTOR
Yang mahu menjaga silaturahim, selalu fikir akan kebaikan orang lain dan sentiasa berusaha supaya rasa bahagia itu dapat di beri pada ahli keluarga lain terlebih dahulu.
Diri sendiri selalu jadi yang terakhir…
Sebab itulah penting sangat bagi seorang wanita untuk mempunyai lelaki yang boleh mendengar dan memahami dengan baik.
Apa yang di cakap tu hanya la secebis dari apa yang bermain di otak mereka. Dalam otak dia orang ni berselirat banyak lagi benda lain.
Belum cerita lagi pasal anak, rumah, kerja, penat, mengantuk dan berat badan naik. Kalau cerita semua 7 hari 7 malam belum tentu habis.
Makin lama pendam, makin berselirat jadinya otak wanita ni. Makin mudah la stres!
Tugas lelaki kena dengar dan korek sebanyak mungkin maklumat dari otak isteri supaya otak yang berselirat tadi boleh jadi lapang selapangnya.
Bila otak dah lapang kerja banyak macam mana pun isteri tak akan stres, anak meragam pun boleh gelak ketawa.
Bukan sahaja stres boleh hilang malah segala kedutan dan kulit kusam isteri pun boleh hilang sekali.
Sebab suami yang rajin mendengar ni akan beri isteri Self Care dan Self Healing yang paling diorang idamkan.
Jangan terkejut pula lepas selalu jadi pendengar setia isteri korang jadi semakin cantik dan awet muda.
Di waktu PKP ini, hal-hal kecil dan remeh pun sudah semestinya membuatkan kita merasa geram dengan anak. Namun jangan dibiarkan hal sebegini membelenggu diri kita dan selebihnya melepaskan kemarahan pada anak.
Ada waktunya kita harus belajar menerima dan sekaligus memberi ruang kepada anak untuk bebas bermain tanpa perlu memikirkan bakal dimarahi dan sudahnya anak mula bermain dalam keadaan takut-takut.
Benar kata penulis keibubapaan, Mohd Fhais Salim, ada waktunya kita jangan bersikap terlalu perfectionist tidak kena tempat. Biarkan anak kita bermain dengan bebas. Dan kita pun tak akan marah-marah dan stress!
Jangan la perfectionist sangat ye!
1. Tak apa anak suka buat sepah sepah rumah, itu tandanya dia aktif dan sihat. Ini la peluang nak didik budaya mengemas, lepas buat sepah ajak anak kemas sekali.
2. Tak apa anak makan tertumpah tumpah, jangan marah selalu sangat, patut kita puji dia dan galakkan lagi dia berdikari begitu. Boleh makan sendiri tu tanda dia dah pandai berdikari tau.
3. Tak apa anak lasak lasak sedikit, usah jerit atau tengking suruh dia duduk diam. Layankan sahaja sebab anak yang sentiasa aktif ni bagus untuk tumbesaran otak dia. Bakal ada growth mindset nanti tu.
4. Tak apa anak tak mahu ikut arahan, jangan cepat tersinggung. Nak jadi ibu ayah hati tak boleh tisu, kena kental. Anak yang susah ikut arahan ni selalunya ada Strong Will, rahsia orang berjaya tu tau.
5. Tak apa anak lambat sikit belajar, usah stress sangat. Proses tarbiah memang akan makan masa sikit, sebab tarbiah yang berkesan menusuk ke dalam hati dan jiwa bukan setakat lekat di akal je.
Jangan biarkan sikap nak perfect kita tu buat kita jadi keras hati dan buta hati dalam mendidik anak anak.
Serius. Kalau sikap nak perfect ni hilang confirm kita akan jadi susah nak stress, susah nak marah marah dan susah giler nak menjerit.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!