“Saya Paksa Isteri Dating Berdua” Suami Kongsi Cara Rehatkan Isteri Dari Tugasan Rumah

Share

Bila bergelar ibu dan isteri, semua perlu dilaksanakan dengan baik. Ada sahaja tugas yang perlu diselesaikan. Setiap hari setiap minggu hal anak-anak dan rumahtangga tak pernah habis.

Kadang-kadang golongan ibu terlupa untuk ambil masa berehat dan tenangkan fikiran tanpa memikirkan urusan rumahtangga. Jadi sebagai suami, support system yang utama bagi isteri perlulah memainkan peranan utama dalam menjaga kesihatan mental dan emosi isteri. Ikuti perkongsian Dr Taufiq bagaimana cara dia rehatkan isteri sebentar dari tugasan menjadi ibu.

Saya memang tak bagi isteri saya jadi ibu 24 jam walaupun dia rela.
Saya tetap kena ingatkan dia bahawa dia tu bukan cuma seorang ibu semata tapi dia juga adalah seorang kekasih dan isteri pada suaminya.

Jadi memang nak taknak saya akan ‘paksa’ dia dating dengan saya. Tak kisahlah ke kedai mamak ke, kopitiam ke mall ke atau di tepi sungai ke yang penting saya kena cari jalan untuk rehatkan isteri saya.

Jadi tugas saya untuk sesekali ‘rehatkan’ isteri saya daripada tugasnya menjadi seorang ibu rumahtangga.

 

Saya juga bukan cuma seorang bapa semata mata. Saya juga seorang pencinta dan suami kepada isteri saya.

Jadi isteri saya pun akan ‘paksa’ saya untuk dating berdua dengannya semata mata untuk rehatkan saya daripada menjadi pencari nafkah sepenuh masa buat keluarga.

Saya percaya pada Balanced Life. Buat apa pun kena seimbang. Bila hidup seimbang insyaAllah nak jadi ibu ke nak jadi isteri ke nak jadi pekerja ke nak jadi bos ke boleh belaka dan yang penting kena hidup seimbang dan bahagia!

Kredit: Taufiq Razif

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

 

IKLAN