Dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru pada Sabtu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau pada Ahad.
Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan Nurul Hawa Zafira Muhammad Fikri, 2, dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 5.30 petang (Ahad).
Terdahulu jenazah dua kanak-kanak itu tiba dengan dibawa van ke tanah perkuburan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Dianggarkan lebih 50 orang termasuk ahli keluarga dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir dalam suasana hiba.
Ads
Ibu mangsa Nurul Ain Najihah Zulkifli, 27, ketika ditemui berkata, dia hanya mampu meredai pemergian cahaya matanya itu.
“Saya tidak risau apa-apa sebab anak saya sudah jadi anak-anak syurga.
Ads
Kredit: Metro
“Cuma rasa sedih sebab saya lihat Zafran (di lokasi kejadian) peluk adik dia..saya orang pertama yang masuk ke rumah selepas kebakaran dipadamkan,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.
Semalam, dua beradik itu ditemukan rentung dalam bilik tidur dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.40 tengah hari. – Bernama
Kes seorang ibu yang tular meninggal dunia selepas bersalin anak kedua, Allahyarham, Ain Farhana Mohd Fadzli, rupanya mengalami pendarahan otak.
Hal ini dikongsikan sendiri oleh suaminya, Khairul Azhar Jainal Abidin. Menurutnya, arwah isterinya itu sebelum ini pernah mengadu sakit kepala yang disangka migrain. Namun, rawatan imbasan tomografi berkomputer tidak sempat dilakukan selepas disahkan hamil.
“Sepanjang sembilan bulan kandungan anak kedua ini, rekod perubatan isteri tiada sebarang masalah. Sepatutnya dia bersalin pada 17 Julai, tetapi pada 11 Julai, dia mengadu pening kepala.
“Keesokan hari, saya bawa ke klinik dan doktor hanya beri rawatan biasa. Petangnya, dia sekali lagi mengadu sakit kepala sebelum tiba-tiba diserang sawan. Ambulans datang dan membawanya ke hospital terdekat. Pegawai perubatan maklumkan tekanan darah isteri tinggi,” kongsinya.
Tekanan darah normal lepas bersalin
Selepas selamat melahirkan anak keduanya, arwah Ain Farhana dimasukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi (HDU) untuk rawatan lanjut. Bahkan kata suaminya, dia juga sempat berbual seketika bersama isterinya itu selepas bersalin.
Tambahnya lagi, tekanan darah isterinya itu juga kembali normal selepas bersalin.
“Saya sempat jumpa isteri dan kami berbual seperti biasa. Tekanan darahnya juga sudah normal. Namun, doktor maklumkan keputusan imbasan menunjukkan saluran darah di kepala telah bengkak dan dia mengalami eklampsia.
“Doktor juga rancang untuk memindahkan isteri ke Hospital Sungai Buloh, tapi dia diserang sawan sekali lagi semasa dalam wad,” ujarnya.
Walaupun pembedahan dilakukan untuk membuang darah dalam kepala, keadaannya kekal kritikal dan Ain tidak sedarkan diri. Malah, tindak balas anak mata juga lemah.
Setelah tiga hari menerima rawatan rapi, Ain Farhana akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas bantuan oksigen dihentikan.
Walaupun kes sebegini jarang berlaku, pendarahan otak boleh menyebabkan komplikasi serius jika tidak dirawat segera.
Terdahulu, Arwah Ain Farhana meninggalkan dua cahaya mata iaitu Uthman Attaki, 2, dan bayi baru lahir, Helena Attiya.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejadian yang meruntun jiwa buat ibu ayah yang kehilangan anak tersayang. Begitulah yang berlaku apabila suasana petang yang tenang di Sungai Kaabah, Kampung Kelaweh, Machang bertukar menjadi detik ngeri yang takkan dilupakan.
Tawa riang empat sepupu yang sedang bermain lastik bertukar menjadi jeritan cemas, apabila seekor lembu tiba-tiba mengejar mereka tanpa henti. Nafas tercungap-cungap, kaki kecil itu berlari sekuat hati sehingga ke tebing sungai.
Air sungai yang kelihatan tenang itu akhirnya menjadi saksi tragedi. Dalam usaha menyelamatkan diri, keempat-empat mereka terjatuh ke dalam arus. Tiga berjaya berpaut pada pokok, namun seorang daripadanya Muhammad Anaqi Syamin Azmi, pelajar Tahun Satu berusia tujuh tahun hilang dibawa deras air.
“Saya dimaklumkan, bapa kepada kanak-kanak lain cuba selamatkan mereka walaupun dia baru pulih daripada kemalangan. Tapi Anaqi… tak kelihatan.”
“Yang lain terselamat sebab ada yang berpaut pada dahan, kepala masih nampak masa ditarik,” kata Siti Maizatul Azla Musa, kerani yang bekerja dengan ibu mangsa.
Panggilan kecemasan dibuat. Pasukan bomba bergegas ke lokasi, menyelam dan mencari dalam sungai yang keruh itu. Di celah doa dan tangisan, akhirnya tubuh kecil Anaqi ditemui tidak bernyawa, hanya 0.5 meter dari tempat dia terjatuh.
Anak kedua daripada empat beradik ini dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat, meninggalkan keluarganya dalam pilu yang tak terungkap.
Bukan sekadar pelakon, tetapi seorang ibu tunggal yang selama ini berjuang dalam diam.
Ketabahan dan dedikasi Rita Rudaini Mokhtar, 49, akhirnya mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Arau, semalam.
Anugerah tersebut diberikan sebagai penghormatan kepada sumbangannya dalam dunia seni tanah air selama hampir 28 tahun, termasuk usaha murni beliau dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.
Namun, di sebalik kejayaan itu, tersimpan kisah ketabahan seorang wanita yang membesarkan dua anak lelaki sendirian, tanpa pernah menjadikan kesusahan sebagai alasan untuk mengundur diri dari terus berkarya dan mendidik anak-anak menjadi insan berguna.
“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis atas penganugerahan ini. Ia adalah satu penghormatan besar dan saya anggap sebagai rezeki bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga buat anak-anak serta semua yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya,” tulisnya penuh rasa rendah diri menerusi perkongsian di Instagram.
Rita juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada barisan Exco Kerajaan Negeri Perlis yang terbabit dalam pencalonan dan pengiktirafan itu.
“Insya-Allah, akan ada banyak aktiviti bersama mereka nanti. Tidak terkecuali kepada semua pihak seperti penerbit, pengarah dan penggiat seni yang sentiasa menghargai bakat saya. Tidak dilupakan kepada semua rakan media dan peminat yang tanpa henti memberi sokongan. Dari dulu sampai sekarang,” katanya lagi.
Lebih menyentuh hati, Rita menyifatkan pengiktirafan itu bukan hanya untuk dirinya, tetapi buat seluruh warga seni yang terus berjuang dalam industri kreatif tanah air, serta sebagai satu penghormatan kepada negeri kelahirannya, Perlis Indera Kayangan.
“Alhamdulillah… 28 tahun saya dalam industri seni kreatif sedikit sebanyak dapat mengharumkan negeri kelahiran saya, Perlis Indera Kayangan… dan diiktiraf oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail,” kongsinya.
Rita turut menjunjung kasih kepada Tuanku Permaisuri Raja Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid atas jemputan istimewa yang diberikan kepadanya dan rakan selebriti, Dr Ezani, untuk menjayakan persembahan khas ketika waktu santapan majlis berkenaan.
“Terima kasih Tuanku Permaisuri Raja Perlis Tuanku Tengku Fauziah yang menjemput Patik dan Dr Ezani berlakon di waktu santapan… Menjunjung kasih Tuanku untuk Pingat Jasa Baik (PJB) Perlis,” tambah Rita.
Dalam dunia seni yang sering kali menuntut kekuatan mental dan fizikal, perjalanan Rita sebagai seorang pelakon, ibu tunggal dan wanita berdikari bukanlah sesuatu yang mudah. Namun hari ini, segala usaha, air mata dan pengorbanan itu akhirnya diberi tempat yang selayaknya.
Pengiktirafan ini bukan sekadar sebutan pingat ia adalah simbol ketabahan seorang wanita bernama Rita Rudaini.