Kehamilan

“Saya Sangat Teruja Nak Dengar Jantung Bayi…” Hannah Delisha Kongsi Detik Pilu Keguguran!

Share

Di sebalik senyuman yang sering dipamerkan kepada peminat, pelakon dan penyanyi Hannah Delisha menyimpan satu kisah yang cukup menyentuh hati apabila terpaksa berdepan kehilangan cahaya mata sulung pada tahun lalu.

Membuka kisah yang selama ini menjadi antara episod paling sukar dalam hidupnya, Hannah mendedahkan detik menyayat hati itu ketika muncul dalam podcast Sembang Seram yang dihoskan oleh Safwan Nazri.

Usia Kandungan Lapan Minggu Baru Sedar Diri Hamil

Menurut Hannah atau nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 30, dia mengetahui dirinya sedang hamil ketika usia kandungan memasuki lapan minggu. Namun kebahagiaan yang dirasai tidak bertahan lama apabila kandungannya disahkan gugur pada minggu ke-12.

“Saya dapat tahu yang saya sedang hamil apabila usia kandungan memasuki lapan minggu. Tetapi minggu ke-12 kehamilan saya keguguran.

Minggu ke-12 saya dapat tahu jantung bayi sudah berhenti. Itu juga pertama kali saya masuk hospital yang lama dan melalui pembedahan. Momen dalam hospital sangat ‘down’ dan itu adalah peristiwa yang sangat mengejutkan.”

Teruja Pertama Kali Hendak Dengar Jantung Bayi

Lebih memilukan, Hannah berkata dia mengetahui berita tersebut ketika sedang menantikan saat pertama untuk mendengar degupan jantung bayinya.

“Saya dapat tahu yang jantung bayi sudah tiada adalah ketika pertama kali mahu dengar jantung bayi. Kerana minggu ke-12 biasanya sudah boleh dengar.

Saya sangat teruja pada awalnya mahu dengar degupan jantung bayi, rupanya sudah tiada. Ketika kejadian itu, doktor yang memeriksa saya muka dia tiba-tiba berubah.”

Menurut Hannah, perubahan riak wajah doktor ketika pemeriksaan dilakukan sudah cukup membuatkan dirinya berasa tidak sedap hati sebelum menerima berita yang tidak dijangka itu.

Suami Usaha Untuk Kekal Kuat

Dalam pada itu, Hannah turut berkongsi bagaimana suaminya yang juga pelakon, Imam Shah, berusaha untuk kekal kuat walaupun hakikatnya turut bersedih dengan kehilangan tersebut.

“Doktor itu kemudian memanggil seorang jururawat untuk mengesahkan perkara tersebut. Doktor cakap, ‘Hannah dan Imam kami minta maaf, jantung bayi sudah terhenti’.

Imam sangat ‘down’ sangat ketika itu. Saya nampak dia terpaksa jadi kuat menghadapi situasi tersebut. Dia nampak sangat sedih cuma tidak tunjuk.”

Untuk rekod, Hannah dan Imam Shah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2021. Pada Mac 2024, Hannah berkongsi khabar duka apabila mengalami keguguran ketika kandungannya berusia 12 minggu.

Baca lagi: Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil 

RM100 Sebulan Untuk Rakyat Selangor, Semak Kelayakan Anda Sekarang!

Sumber: TikTok

Published by
SRM