Berikutan pengumuman kerajaan yang mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan pada Januari depan, ada yang menyokong dan tak kurang juga membantah atas alasan tertentu.
Namun bagi Anzalna Nasir yang turut mempunyai bayi lelaki, Muhammad Eidress, 5 bulan, dia menyokong sepenuhnya saranan kerajaan demi nyawa anak.
Pelaksanaan yang bakal dilakukan ini bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak cuma keselamatan anak dalam kenderaan penting untuk dititikberatkan.
Menerusi perkongsiannya di instagram, Anzalna berkongsi tip pemilihan car seat yang sesuai mengikut ketinggian dan berat anak. Ini perkara penting perlu tahu sebelum membeli car seat yang betul.
0-18 Bulan
Ads
15 Bulan – 4 Tahun
“Jangan lupa, penggunaan dan pemasangan perlu merujuk kepada manual Kerusi Keselamatan Kanak-kanak dan juga manual kereta masing-masing. Setiap kereta tak sama,” katanya.
4 – 7 Tahun
6 Tahun Ke Atas
Ads
Kongsinya lagi sebagai ibu bapa kita yang perlu mainkan peranan dan tahu apa yang terbaik untuk anak.
Anzalna dan Hanif berkahwin pada Februari 2016 selepas 10 tahun perkenalan dan melahirkan Eidress pada 31 Mei lalu.
Sumber: ig Anzalna Nasir
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika anak-anak berbuat salah, kita sebagai ibu bapa akan menegur mereka. Kategori menegur ada dua, bertegas dan berkeras. Yang manakah kita? Mengikut perkongsian oleh Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani, kedua-dua cara ini mempunyai perbezaannya. Bahkan sangat besar jurangnya itu. Mari lihat penerangan Ustaz, semoga dapat membantu kita menjadi ibu bapa yang lebih bertoleransi dengan anak-anak.
BERTEGAS maksudnya memarahi anak apabila mereka melakukan kesalahan dan seterusnya menerangkan perkara yang sebetulnya sehingga mereka sedar yang mereka melakukan perkara yang salah dan membaikinya.
BERKERAS maksudnya menengking anak apabila mereka melakukan kesalahan dan seterusnya membiarkan anak tersebut. Mereka tidak jelas perkara yang perlu dibuat. Keras dan terus keras. Salah. Maki hamun, tengking, semua keluar. Anak tersebut berhenti, namun berhenti mereka adalah berhenti yang memendam.
Memori anak mudah menyimpan dan mudah membuang. Fahami cara untuk menyimpan memori dalam minda anak dan cara membuang memori dalam minda anak.
Ada ibubapa yang merasakan anak perlu ditengking jika melakukan kesalahan. Jika tidak mereka tidak akan belajar, manja. Itu kata ibu bapa tersebut. Memarahi tidak semestinya menengking.
Ada beza tinggi suara dengan menengking. Impaknya berbeza.
Tersilap melepaskan marah itu biasa. Akui kelemahan diri dan cuba ubah. Belajar cara menguruskan. Menyamakan zaman mereka dahulu dengan zaman sekarang. Dahulu, jika salah, ditengking, lalu akan berhenti, taubat, tidak mahu buat dah.
Perlu faham ada perbezaan di situ. ZAMAN.
Zaman berubah, pendedahan berubah, pendekatan berubah dan suasana berubah. Yang tidak berubah adalah Ibu ayah tetap ibu ayah, anak tetap anak.
Jangan silap perkiraan dalam mendidik anak-anak. Psikologi anak-anak berkembang mengikut pendedahan dan keadaan.
Jadikan mereka air yang mengalir tenang mengikut aliran. Jangan jadikan mereka manusia bersifat batu, kayu ataupun besi.
Ibubapa perlu berubah. Jangan pelik kenapa pelbagai sikap pelik anak-anak muncul.
Mereka ‘formless’, saat ini. Sifat air. Diletakkan ke dalam mangkuk, berbentuk mangkuk. Diletakkan di dalam cawan, berbentuk cawan, dan boleh berubah apabila ianya dituangkan ke dalam bekas lain.
Namun, apabila ia disejukbekukan. Menjadi keras. Walaupun diletakkan ke dalam besen, tetap bentuk tersebut. Hendak cepat, terpaksa ‘diketuk’, supaya pecah.
Hendak supaya menjadi formless semula perlu ‘dipanaskan’. Jika tidak, perlu tunggu lama, untuk tujuan tersebut. Namun sewaktu itu, struktur asal air sudah ‘berubah’. Kenapa perlu lakukan semua itu jika boleh lakukan secara baik dari awal?
Ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Ustaz Wan Asrul. Dewasa ini, iu bapa cenderung untuk menengking anak-anak apabila mereka buat salah. Kita terlupa tugas sebenar ibu bapa adalah untuk mendidik maka setiap teguran itu perlu diiringi dengan penjelasan. Memarahi anak dengan keras tidak menyelesaikan masalah malahan membuat mereka ‘menjauh’ dan kelak lebih sukar dibentuk.
Membaca perkongsian Ustaz Wan Asrul membuka minda penulis untuk menjadi lebih sabar dalam menangani sikap ‘banyak akal’ anak-anak. Sudah tentu mereka sering buat perangai kerana masih dalam proses membesar. Setiap perangai mereka itu datangnya dari akal yang dikurniakan oleh Allah SWT, seharusnya kita lebih bersyukur kerana mereka dikurniakan kecerdasan akal.
Selepas pengumuman rentas negeri dibuat oleh Perdana Menteri, pastinya masing-masing dah ada perancangan untuk membawa ahli keluarga balik ke kampung atau bercuti ke destinasi pilihan. Semestinya dalam tempoh ini, lebuh raya akan kembali ‘meriah’ dengan kenderaan.
Bagi keluarga yang ada anak-anak kecil, perjalanan yang lancar dan tak perlu menempuh kesesakan berjam-jam sangat diharapkan bagi mengelakkan anak buat hal kerana mula bosan berada dalam kereta.
Lagi satu, dalam keadaan Covid sekarang ini, seboleh mungkin ibu bapa akan berhati-hati untuk berhenti di kawasan rehat yang ramai orang untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ahli keluarga terjaga.
Oleh itu, bagi anda yang ada perancangan dalam masa terdekat untuk merentas negeri, perkongsian dari saudara Afnan ini mungkin boleh jadi panduan.
Boleh check dulu lebuh raya sesak atau lancar
Kalau plan nak rentas negeri, selain dari Apps Waze, boleh jugak check kesesakan highway melalui portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia. Anda akan dapat Live Picture berapa banyak kereta sedang lalu dekat highway tersebut. Memang bagus dan boleh membantu untuk plan perjalanan.
Search je lembaga lebuhraya Malaysia.
Then, pilih lebuhraya mana yang nak tengok. Nanti akan appear Live view dari setiap camera yang ada dekat highway tu. Semoga perjalanan kita semua berjalan dengan lancar.
Ok itu sahaja! Rancang perjalanan anda dulu sebelum merentas negeri. Baru senang hati atas jalan raya tak banyak kereta. Hati-Hati di jalan. SOP jangan lupa.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak nakal tu, mesti mak ayah tak ajar anak”. Sikap anak kecil yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran, naik darah dan geram.
Perkongsian penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu bapa mendidik dan mentarbiah anak-anak dengan cara betul supaya beroleh anak yang soleh dan solehah.
Di zaman yang serba canggih, cara didikan kepada anak-anak adalah berbeza dengan cara didikan dahulu. Semua ibu ayah sentiasa mendoakan anak mereka membesar sebagai hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan mendengar cakap ibu bapa. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Berikut bagaimana mendidik anak-anak nakal supaya mendengar cakap ibu bapa.
1. Doa
Doa kebahagiaan rumah tangga dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. Doa yang patut kita amalkan daripada Al-Quran iaitu Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud “Ya Allah kurniakan kepada kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati dan didiklah kami menjadi pemimpin kepada orang mukmin
2.Beri jawapan segera
Beri perhatian kepada anak jika anak bertanya kepada anda. Jangan pula sehingga anak bertanya atau panggil nama anda berulang kali. Seeloknya terus berikan jawapan setelah anak bertanya. “Ye sayang, apa dia. Mama dengar ni…”
Sesungguhnya anak-anak yang nakal adalah anak yang kurang diberi perhatian daripada ibu bapanya.
3.Teguran berulang kali
Namun jika kesalahan yang dilakukannya, anda harus menyampaikan mesej kepada anak-anak bahawa anda tidak suka sikapnya. Lakukan dengan cara teguran secara tegas. Beritahu kepada anak secara berulang kali ‘ tak suka’, ‘tak suka’. Contohnya, “Jangan tendang kucing, Allah tak suka, Allah tak suka. Manusia pun tak suka. Sakit kucing tu.” Tegur anak kecil dengan menggunakan pendekataan perasaan supaya mudah mereka faham. Buat baik diberi pujian dan sebaliknya akan dimarahi.
4.Pujian dan pelukan
Jika anak-anak melakukan kebaikan berilah pujian dan pelukkan. Misalnya membantu anda membasuh pinggan. Berilah pujian berulang kali supaya anak berasa seronok atas kebaikan yang dilakukannya. Juga peluk anak sebelum pergi sekolah atau bangun pagi supaya kasih sayang semakin menebal dalam diri anak-anak.
5.Hukuman
Sememangnya semua ibu bapa sayang kepada anak-anak. Namun ini tidak bermakna anak yang bersalah atau nakal tidak boleh dikenakan hukuman. Namun hukuman seperti pukul bukan sehingga boleh mencedera atau melukakannya. Adab memberi hukuman antaranya ialah pukul atau rotan di tapak tangan anda secara perlahan dan mesti dalam keadaan serius untuk menunjukkan ketegasan anda terhadap kesalahan yang dilakukannya. Katakan kepadanya, “Mama tak marah tetapi sebab adik buat salah, adik kena terima hukuman.” Bukan mudah untuk mengubah sikap anak menjadi seorang yang berdisplin dan mendengar cakap jika tidak dilakukan secara tegas.
6.Pujuk cara motivasi
Selepas hukuman, anda harus mengucapkan kata-kata motivasi bahawa ia adalah kesan akibat perbuatannya. “Salah adik kan kacau abang sedang tidur”. Namun pastikan anda tidak menghukum anak tanpa usul periksa untuk mengelak rasa tidak puas hati anak-anak sehingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara adik beradik. Juga tidak salah jika anda memujuk anak selepas hukuman. Katakan kepadanya, “Mama minta maaf. Mama bukan nak rotan dan marah. Tapi mama nak nasihat adik, mama nak adik jadi orang baik. Bukan anak yang nakal dan tidak mendengar cakap ibu bapa”.
7.Penghargaan
Apabila anak melakukan kebaikan, sekali sekali berikan penghargaan buat diri anak. Belikan makanan kegemarannya atau hadiah. “Jika adik nak lori tu, janji dengan mak atau ayah jangan gaduh-gaduh dengan abang lagi.”
8.Muhasabah diri
Anda sebagai ibu bapa harus semak diri sendiri adakah kita berjaya didik anak atau tidak. Adakah kita luangkan masa yang banyak bersama-sama anak. Suami juga perlu didik dan kerjasama dengan isteri supaya anak-anak dibimbing dengan cara yang betul.
9.Pemakanan tidak sihat
Cuba elakan memberi anak-anak minum kopi, gula-gula dan gula-gula getah sehinggga anak menjadi seorang remaja. Gula-gula getah dikatakan mempunyai radikal gula yang boleh memberi kesan negatif kepada sikap anak-anak.
Gula-gula yang dikemam akan merangsang deria otak. Apabila anak-anak kemam gula-gula dalam mulut dia akan merangsang otak untuk membentuk personaliti yang dikenali sebagai sensitif yang melibatkan sikap pendiam, pendendam, memberontak dan pemarah. Kopi pula yang mengandungi kafein tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan anak berjaga malam sehingga sukar bangun awal pagi. Didiklah anak tidur awal supaya anak dapat bangun awal kerana ia adalah ciri-ciri displin bagi seorang anak yang cemerlang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!