Perjalanan mengandung dan melahirkan anak bagi setiap ibu berbeza-beza. Ada yang mudah, ada yang sakit sampai dah serik nak bersalin lagi. Bukan itu saja, bagi pasangan suami isteri, bila anak anak sulung lelaki atau perempuan dan untuk anak seterusnya pasti impikan juga anak yang lain jantinanya.

Menyentuh mengenai jantina anak, ia adalah rezeki Allah. Jika dapat selang bunga alhamdulillah, dapat anak lelaki atau perempuan berderet pun alhamdulillah, janji anak-anak lahir sihat dan sempurna.

“Scan Lelaki, Masa Dalam Perut Daddy Selalu Panggil ‘Hasyim’. Keluar Tetap Geng Mama.”

Scan jantina lelaki, keluar perempuan

Namun biasalah keinginan untuk dapat anak lelaki dan perempuan dalam keluarga tetap ada buat suami isteri. Seperti kisah ibu ini, Puan Nuramirah Shafiqah, selepas dapat 4 anak perempuan berderet, bila tahu hamil pula anak kelima, mengharapkan anak lelaki.

Cuma impian itu hanya sementara dan selepas bayi lahir, rupanya bayi perempuan juga yang keluar walaupun masa scan doktor beritahu bakal menimang bayi lelaki.

Saya nak cerita bila saya tertipu dengan scan. Scan masa 7 bulan doktor siap tunjuk ‘biji’ dia lagi dan sahkan saya akan lahirkan bayi lelaki. Waktu itu saya gembira sangat-sangat sebab dah ada empat anak perempuan.

Apa yang lucunya saya siap buat kejutan lagi pada suami dengan membuat video dan menangis tanda kesyukuran. Suami pun bila tahu bakal ada gengnya turut bersyukur. Orang kata keterujaan nak timang bayi lelaki lain macam.

“Scan Lelaki, Masa Dalam Perut Daddy Selalu Panggil ‘Hasyim’. Keluar Tetap Geng Mama.”

Suami pun excited beli baju dan pilih warna yang sesuai dengan bayi lelaki. Jika dulu banyak pink, kali ini berpinar mata nak pilih warna biru. Bukan itu saja, kami suami isteri dah siap ada nama untuk bayi lelaki yang akan keluar nanti.

IKLAN

Masa dalam kandungan, daddy dah panggil Hasyim

Nama yang kami pilih Hasyim Fatteh. Sepanjang mengandung tu daddynya selalu usap perut dan panggil Hasyim. Tak sangka bila 37 minggu 6 hari (18 April 2021), bayi keluar doktor angkat dan tunjukkan jantinanya pada saya.

“Mama nampak jantina baby..?”..Dengan muka hairan “perempuan? perempuan ke doktor?” Doktor cakap “ya . Tengok la betul-betul, perempuan ni..”

Waktu tu terus saya teringat semula keputusan scan kali ke-3 ketika kandungan 7 bulan. Terus senyum seorang diri dan sebelum masuk ke wad sempatlah whatsapp suami beritahu yang anak kelimanya dipanggil Hasyim sebelum ini adalah bayi perempuan.

Disebabkan suami tak dapat masuk, bila dapat whatsapp saya itu dia tak percaya dan ingat saya bergurau. Setelah saya ambil gambar gelang pink di kaki baby barulah dia tahu saya cakap betul.

“Scan Lelaki, Masa Dalam Perut Daddy Selalu Panggil ‘Hasyim’. Keluar Tetap Geng Mama.”

IKLAN

KIV dulu nama Hasyim Fatteh, pilih Safwa Qaireen 

Apa pun saya dan suami tetap bersyukur dengan kurniaan Allah yang kelima ini. Proses melahirkan bayi pun mudah sangat dan alhamdulillah tiada koyakan sama seperti bersalinkan empat kakaknya.

Kiranya doa kakak-kakak yang selalu minta adik yang keluar perempuan dimakbulkan Allah. Ini kerana keempat-empat kakaknya memang nak adik perempuan. Bila doktor beritahu hari tu bayi lelaki akan keluar nanti, masing-masing merajuk dan cakap tak mahu kawan. Bila bawa balik ke rumah dan tahu bertambah lagi geng kakak, semua pakat suka dan sukarela nak jaga.

Selepas beberapa hari lahir, kami suami isteri fikir semula nama bayi perempuan sebab sebelum ini tak cari kerana percaya pada scan tersebut. Jadi nama Hasyim Fatteh kami simpan dulu dan setuju untuk letak nama Safwa Qaireen.

“Scan Lelaki, Masa Dalam Perut Daddy Selalu Panggil ‘Hasyim’. Keluar Tetap Geng Mama.”

IKLAN

Rehat dulu, jika ada rezeki dapat baby boy alhamdulillah

Nuramirah berkata, buat masa sekarang dia mahu fokuskan untuk membesarkan kelima-lima anaknya dulu sebelum menambah ahli baru dalam keluarga. Lagipun saya berkahwin ketika usia 16 tahun.

Memandangkan saya baru berumur 25 tahun jadi masih ada peluang lagi selepas ini. Mungkin orang tak percaya usia 20-an dah ada lima anak usia 9, 8, 5, 2 tahun 3 bulan dan yang dalam pantang sekarang ini.

“Scan Lelaki, Masa Dalam Perut Daddy Selalu Panggil ‘Hasyim’. Keluar Tetap Geng Mama.”

Anak-anak dah boleh harap buat kerja rumah

Apa pun saya harapkan kelima-lima anak ini mampu beri kebahagiaan dan kesenangan pada kami suami isteri apabila besar nanti. Sekarang ni pun, anak sulung dan yang kedua dah boleh harap buat kerja rumah dan jaga adik-adik.

Ringanlah sikit kerja saya uruskan rumah tangga kerana kedua-duanya tahu nak buat apa semasa berada di rumah tanpa perlu disuruh banyak kali. Pesanan saya buat ibu bapa yang ada anak lelaki atau perempuan berderet, bersyukurlah. Orang lain belum tentu dapat rezeki anak ramai.

Kredit: Nuramirah Shafiqah 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI